Bila Masa Yang Sesuai Untuk Beli Rumah?

Berapa lama masa yang diambil untuk buat keputusan nak beli rumah? Adakah nak tunggu harga rumah turun dulu baru beli?

Kalau diikutkan, harga rumah bukan semakin menurun malah semain meningkat naik saban tahn. Semakin lama masa yang kita ambil untuk beli rumah, semakin tinggi pula harga rumah.

Harga yang dahulunya mampu milik, kini hanya mampu tengok saja!

Harga rumah memang tidak akan menunggu pembeli, tetapi pembeli yang perlu pantas mengejar harga rumah. Sekiranya, duit simpanan telah mencukupi untuk anda membeli sebuah rumah, maka teruskan sahaja niat tersebut dan jangan berlengah lagi. Namun, pastikan tindakanyang anda buat itu adalah tepat agar tidak merana di kemudian hari.

Bagi mereka yang masih tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk beli rumah, mungkin ini jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran anda.

1. Duit Dah Cukup

Setelah duit yang anda simpan telah mencukupi sekurang-kurangnya untuk membayar deposit rumah yang anda ingin beli, dah boleh untuk mulakan langkah nak beli rumah tersebut. Mulakan dari sekarang untuk membuat simpanan.

Semakin lambat anda menyimpan, semakin rugi anda sebenarnya. Tetapi kalau tak cukup

2. Komitmen Belum Banyak

Atau erti kata lain, hutang belum keliling pinggang. Jangan bila hutang dah banyak, baru nak beli rumah. Hutang pula jenis hutang ‘jahat’ seperti hutang kad kredit, hutang pembiayaan peribadi, hutang kereta dan sebagainya.

3. Beli Ikut Kemampuan

Kalau ikut sifu pelaburan hartanah, rumah pertama seeloknya kita beli untuk tujuan pelaburan dan bukannya untuk kita tinggal. Bila ada orang bayarkan rumah pertama tersebut (kita sewa rumah tersebut), baru cari rumah kedua untuk didiami.

Dan kalau kita mampu beli rumah berharga RM500,000, seeloknya kita beli dua biji rumah berharga RM250,000.

Tak tahu berapa harga rumah yang anda layak beli? Cuba baca Ramai kata tak mampu beli rumah. Bukan tak mampu tapi “tak tahu”.

4. Ada Ilmu Pelaburan Hartanah

Nak lagi tips-tips dalam pelaburan hartanah? Kena rajin pergi seminar sifu-sifu dalam bidang hartanah dan banyakkan membaca.

Tak tahu nak mula dekat mana? Cuba tengok Senarai ‘Abang Long’ Sifu Hartanah di Malaysia dan Follow Mereka di Facebook.

5. Rekos CCRIS Bersih

Bila dah berhutang tu, pastikan anda bayar on-time. Sebab bila anda terlepas buat bayaran, rekod mula jadi tak cantik, bank pula sukar nak bagi pembiayaan yang sewajarnya.

Lagi pening kalau nama dah kena blacklist, apa pun tak boleh.

Apa guna kalau duit dah ada, ilmu pelaburan hartanah pun dah penuh di dada, dah jumpa rumah yang nak dibeli, tapi nak buat pembiayaan tak lepas pula.

Pastikan anda Amalkan Teknik 5C Agar Pembiayaan Perumahan Senang Lulus.

Perlu Tahu Laporan Kredit (Credit Report) Anda

Sebab itulah, sangat penting bagi anda tahu di mana kedudukan kewangan anda pada masa sekarang. Kalau anda rasa anda berada dalam kedudukan yang baik, tapi bank rasa anda bukanlah calon yang layak untuk diberikan hutang sebab takut nanti anda tak terbayar pula hutang.

Bank sudah semestinya akan sayang kepada orang yang mempunyai skor yang tinggi, siap bagi kadar pembiayaan yang terbaik lagi.

Boleh tengok-tengok RAM Credit Info, mereka ada produk bernama RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini megandungi maklumat seperti i-Score (skor kredit), CCRIS, SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Contoh laporan RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP):

Dapat gred 10 tu kira dah terbaik, bermaksud kedudukan anda dalam keadaan yang terbaik. Bank pun mesti suka kalau anda datang berjumpa mereka untuk membuat pembiayaan.

Sama macam CCRIS, kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Bukan mahal pun, hanya RM19.50 untuk mendapatkan laporan tersebut secara on-line.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend