“Booster” Yang Meningkatkan Nilai Hartanah

Kita dapat lihat, di antara faktor yang menyebabkan harga hartanah rumah itu meningkat adalah berkait rapat dengan faktor ekonomi. Begitu juga halnya dengan permintaan dan bekalan juga yang menyebabkannya turut meningkat naik.

Tapi tahukah anda ada beberapa booster yang boleh meningkatkan nilai hartanah? Apa tu booster ni sebenarnya?

Secara ringkasnya, booster ini adalah satu bentuk kemudahan yang tersedia di sebuah kawasan yang mampu menukarkan kawasan tersebut mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan pembeli atau penyewa.

Jika terdapat banyak booster di kawasan tersebut, secara tidak langsung nilai hartanah juga akan turut meningkat naik. Dan kalau kita perasan, kawasan yang banyak booster ini adalah kawasan yang hot. Memang ramai pembeli rumah berpusu-pusu untuk mengambil keputusan untuk membeli hartanah di kawasan tersebut.

Berikut adalah 4 booster yang mempunyai kuasa yang sangat tinggi dan mampu meningkatkan nilai hartanah di sekitarnya.

1. Infrastruktur

Kawasan yang berdekatan dengan lebuhraya dan terdapatnya kemudahan pengangkutan awam, memang acapkali mendapat permintaan yang sangat tinggi daripada pembeli.

Infrastruktur seperti ini adalah satu perkara asas yang akan dipandang tinggi oleh pihak pemaju, bagi memastikan hartanah yang dibina berhampirannya akan menjadi pilihan pembeli; sekaligus melariskan jualan hartanah mereka.

2. Pusat Membeli-Belah

Walaupun terdapatnya pusat membeli belah, namun tidak kesemuanya mampu menark permintaan yang tinggi. Bagi booster pusat membeli-belah, anda kena pastikan terdapat juga pasaraya di dalamnya. Jika ianya menawarkan kemudahan ‘mesra kanak-kanak’ seperti tempat permainan kanak-kanak, juga dapat menarik permintaan ramai.

Biasanya, bagi mereka yang telah berkeluarga pasti melihat kepada booster seperti ini, dan menjadi faktor utama pilihan mereka untuk membeli.

3. Pusat Pengajian

Mengapa pusat pengajian seperti universiti, kolej dan sebagainya mampu meningkatkan nilai hartanah? Jika anda dapat perhatikan, golongan pelajar, tenaga pengajar dan juga staff pusat pengajian lebih terdorong untuk membeli rumah yang berdekatan kawasan tersebut.

Antara sebab lain yang mendorong mereka, adalah disebabkan jarak rumah ke tempat kerja yang dekat. Booster ini juga punya nilai sewaan yang sangat tinggi, dan sangat sesuai untuk dijadikan pelaburan hartanah.

4. Hospital

Wujudnya sebuah hospital yang berhampiran dengan rumah kediaman, turut menjadi penyebab nilai hartanah itu meningkat naik.

Ini adalah kerana, ia adalah booster yang mesra pembeli dimana pembeli rumah tidak perlu bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan apabila mereka sakit nanti.

Ada 4 Booster Ni, Memang Senang Nak Jual Atau Sewa Di Kemudian Hari

Kalau ada salah satu daripada 4 booster ni, memang lebih mudah untuk anda jual atau sewakan hartanah anda pada masa akan datang. Sebab adanya kemudahan yang berhampiran, pasti memudahkan orang ramai untuk menikmatinya.

Tapi kalau boleh cari hartanah yang ada keempat-empat booster tersebut, lagi bestlah jawabnya.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend