Fakta Menarik Mengenai Airbnb Di Kuala Lumpur (KL)

Airbnb biasanya digunakan sebagai platform untuk meletak iklan rumah, apartmen atau bilik untuk disewakan. Kalau di Malaysia selama ini portal online yang popular adalah mudah.my, iBilik dan sebagainya. Kalau di Airbnb, setiap tuan rumah (host) yang meletakkan iklan penginapan mereka akan melalui beberapa proses verification atau pengesahan yang agak ketat.

Sebelum ini kita ada mulakan perbincangan Apa Itu Airbnb? Juga Ada Fakta Menarik Airbnb, jadi hari ini kami ingin berkongsi pula maklumat berkenaan Airbnb di Malaysia. Kita mulakan dulu dengan Kuala Lumpur, yang mempunyai penyenaraian yang paling tinggi.

Untuk tujuan membuat kajian ini, kami telah menggunakan perkhidmatan AirDNA. Mereka mempunyai teknologi yang mendalam dan membolehkan analisa dibuat bagi setiap penyenaraian Airbnb di seluruh dunia. Daripada situ kita boleh tahu berapa purata pendapatan bagi seorang hos Airbnb, harga purata bagi sebuah rumah, kadar pertumbuhan, rumah mana yang paling hot, dan sebagainya.

Kalau nak tahu, ada yang dapat menjana pendapatan sehingga RM25,000 sebulan dengan Airbnb ini. Dan jangan ingat rumah yang berharga RM4,000 satu malam, takde orang sewa tau.

Perkhidmatan ini berbayar, jadi manfaatkan perkongsian ini sebaik mungkin.

Sekilas Pandang Airbnb Di Kuala Lumpur

Jom kita refresh ilmu geografi dengan membuat analisa peta Kuala Lumpur.

Titik-titik berlainan membawa maksud berikut:

  • Ungu – seunit rumah
  • Biru – bilik persendirian
  • Hijau – bilik berkongsi

Siap dapat rating A lagi tu bagi pasaran di Kuala Lumpur. Permintaan ada, pertumbuhan pendapatan pun ada dan ianya sangat bermusim.

Pertumbuhan sebanyak 102% setahun membuktikan bahawa Airbnb di KL sangat berpotensi, walaupun baru bermula pada tahun 2014.

Ramai juga yang layak mendapat gelaran Super Hosts.

Harga Airbnb Di Kuala Lumpur

Secara purata, harga bagi sebuah rumah di Kuala Lumpur adalah RM221 sehari, sebuah bilik berharga RM108 sehari dan bilik berkongi pada harga RM49.

Untuk sewa sebuah rumah pula, rumah termahal berada di paras sekitar RM471 sehari, manakala rumah paling murah boleh didapati pada harga RM163. Memang bersesuaian dengan semua jenis orang, samada golongan berkemampuan atau yang tidak berapa mampu.

Dan sama juga konsepnya, lagi awal kita tempah, lagi murah kita akan dapat.

Kadar Penghunian Di Kuala Lumpur

Boleh tahan juga occupancy rate pada kadar 58%, dan secara purata mereka yang menempah rumah di KL adalah 25 hari. Maknanya memang dah plan awal, tapi ramai juga yang tempah pada saat-saat terakhir iaitu sebanyak 42%. Tempah lambat, bersedia untuk bayar mahal sedikit.

Waktu puncak adalah pada pertengahan tahun (Julai dan Ogos) dan cuti sekolah bulan Disember.

Yang bestnya, permintaan terhadap rumah di Kuala Lumpur meningkat saban tahun. Paras tertinggi adalah pada Disember 2017, dan dijangka meningkat lagi sepanjang tahun 2018 ini.

Musim Terbaik Adalah Disember

Kali ini kita tengok statistik yang lebih mendalam mengenai bulan Disember yang mempunyai permintaan yang paling tinggi.

Bulan Julai dan Ogos pula mengikuti rapat.

Tapi tak banyak beza pula harga hujung minggu atau hari bekerja, jadi kalau nak merancang cuti hujung minggu tu, memang kena booking awal-awal.

Pendapatan Purata Menggunakan Airbnb

Mewah juga kalau kita jadikan hartanah untuk tujuan Airbnb. Pendapatan purata untuk satu rumah adalah sebanyak RM2,857 sebulan. Dah boleh bayar instalment untuk rumah berharga RM550 ribu – RM600 ribu.

Sewa bilik pun not bad, dapat juga RM1,105 sebulan hanya dengan menyewa sebuah bilik.

Tengok kepada trend pun, ia dijangka meningkat sepanjang tahun 2018 ini.

Analisa Daripada Sudut Pengguna Airbnb

Apa kita melihat daripada sudut pengguna Airbnb pula. Daripada 8,000 lebih penyenaraian Airbnb di Kuala Lumpur, seminggu ada purata 123 orang yang melihat kepada setiap satu yang disenaraikan. Dan lebih ramai orang yang mencari dan melihat bilik untuk disewa, berbanding seunit rumah.

Disebabkan Airbnb ini sangat berkesan dalam melaksanakan sistem rating, 74% daripada rating yang dikeluarkan oleh pengguna adalah positif iaitu 4.5 bintang dan ke atas. Aspek komunikasi dengan hos, ketepatan, lokasi dan mudahnya untuk check-in adalah yang paling dititikberatkan.

Kemudahan seperti penghawa dingin, kemudahan memasak, internet dan kolam renang merupakan di antara daya tarikan utama.

Dan sebanyak 71% penyewa adalah untuk satu malam sahaja dan sebanyak 21% pula menyewa untuk dua malam.

Top 10 Airbnb Di Kuala Lumpur

Jom tengok pula Top 10 Hartanah Airbnb Di Kuala Lumpur. Kalau nak tahu, ada yang dapat menjana pendapatan sehingga RM25,000 sebulan dengan Airbnb ini. Ada owner yang sendiri manage hartanah masing-masing, tak kurang juga yang mengupah ejen untuk menguruskannya. Yang penting, bulan-bulan kaut keuntungan yang tinggi, lebih daripada sekadar ambil sewa bulanan.

Mungkin jika ramai berminat, kami akan kupas pula untuk lokasi lain di Malaysia.

Komen

komen