Isu Pemilikan Rumah dan 4 Garis Panduan Yang Disyorkan Bank Negara Malaysia (BNM)

Kebelakangan ini, isu pemilikan rumah sudah menjadi isu nasional. Isu pemilikan rumah telah dimasukkan sebagai salah satu intipati dalam Belanjawan 2020 yang baru sahaja dibentangkan seperti Skim Perumahan Belia dan Pengurangan Ambang Pemilikan Asing dari RM1 juta ke RM600 ribu.

Tetapi apa sebenarnya masalah yang perlu ditangani?

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), rakyat Malaysia memang tidak mampu membeli rumah kerana harga rumah melebihi pendapatan mereka dan ianya sangat serius. Ianya bersandarkan kepada Piawaian Standard Antarabangsa yang dikemukakan Demographia dan diperakui Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dan Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Harga Rumah Hanya Mampu Tengok

Mengikut penyelidikan yang dijalankan, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli rumah baharu dilancarkan kerana harga purata hartanah baharu bernilai RM417,262 berbanding harga maksimum rumah mampu dimiliki mereka hanya bernilai RM282,000.

Sebagai perbandingan, harga rumah yang ditawarkan oleh Projek Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) adalah di sekitar RM300,000, iaitu melebihi kadar kemampuan rakyat Malaysia. Sekiranya syarat pinjaman diberi kelonggaran, risiko pinjaman tidak berbayar pula meningkat.

Anggaran komitmen bagi sebuah rumah berharga RM300,000 adalah RM 1,350 belum termasuk kos penyelenggaran.

Harga Rumah 3 Kali Gaji Tahunan

BNM mengesyorkan rumah dianggap mampu milik pada kadar 3 kali gaji tahunan isi rumah. Jika gaji isi rumah RM6,000, rumah yang mampu dimiliki adalah bernilai RM216,000.

Ianya masih jauh dengan kadar harga purata hartanah baharu. Hutang isi rumah rakyat Malaysia pula kini berada pada tahap 82.2% daripada kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sekaligus kita merupakan di antara yang tertinggi di rantau Asia.

Secara keseluruhannya, isu pemilikan rumah sangat berkaitrapat dengan kadar upah pekerja yang dikatakan tidak setimpal di Negara ini.

Untuk mengatasi masalah ini, BNM telah menggariskan 4 perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan swasta:

1. Menarik pelaburan domestik dan asing yang mampu menjana pekerjaan berpendapatan tinggi

Kebelakangan ini, siswazah mendapat kadar upah yang rendah berbanding kelayakan akademik mereka. Pelaburan asing dan domestik yang tepat dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang baik untuk rakyat Malaysia.

2. Terus memperkukuhkan sistem pendidikan Negara

Iaitu dengan menyesuaikan kehendak pasaran dengan silibus yang diajar di Institusi Pengajian Tinggi

3. Dasar pekerja asing yang komprehensif dan holistik

Kebergantungan kepada pekerja asing menyebabkan penawaran upah menjadi rendah. Malaysia memerlukan dasar komprehensif dan holistik mengenai pekerja asing.

4. Penstrukturan semula pasaran pekerjaan

Majikan digalakkan menghubungkan antara produktiviti dengan sistem gaji dan upah.

Semoga dengan panduan yang telah digariskan oleh BNM dapat mengatasi masalah kadar upah yang rendah sekaligus mengatasi isu pemilikan rumah. Kelonggaran syarat pinjaman bukanlah satu penyelesaian, kerana ia seolah-olah memaksa diri untuk meminjam sesuatu yang kita tidak mampu untuk miliki.

Sekian, semoga bermanfaat

Ditulis oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rehda: Peningkatan Kos Bahan Bina Jejas Harga Hartanah

PETALING JAYA, 14 Mac (Bernama) — Harga hartanah Malaysia dijangka terus naik secara ketara bagi separuh pertama 2024 berikutan peningkatan kos bahan binaan, kata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda).

Presiden Rehda Datuk Nk Tong ketika mengulas mengenai Tinjauan Industri Hartanah Rehda separuh kedua 2023 dan Unjuran Pasaran 2024 berkata harga bahan binaan terus meningkat selepas pemaju melaporkan lebih 10 peratus kenaikan tahunan dalam harga purata bagi pasir dan konkrit menjelang akhir Disember 2023. 

“Ini bermakna kos pembinaan dijangka menokok sebanyak purata 15 peratus pada separuh pertama 2024,” katanya dalam taklimat media hari ini.

Tong menjelaskan lagi, 91 peratus daripada responden kaji selidik berpendapat 2023 menyaksikan harga bahan binaan mula memuncak berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Akhirnya, kenaikan bahan binaan bermakna kos pembinaan akan menjadi mahal.

“Kami berharap isu ini akan dapat ditangani dengan berkesan dan semua pemain industri akan memainkan peranan mereka bagi memastikan rakyat Malaysia tidak terbeban dengan kenaikan itu,” katanya.

Sementara itu, Tong berkata peserta pasaran hartanah kekal neutral terhadap prospek perniagaan serta industri hartanah untuk separuh pertama 2024 tetapi lebih optimistik tentang pasaran pada separuh kedua 2024.

“Ini boleh difahami dengan mengambil kira cabaran industri tetapi keyakinan yang lebih tinggi untuk separuh kedua tahun ini menunjukkan bahawa responden dan pemaju pada umumnya masih yakin bahawa pasaran akan bertambah baik,” tambahnya lagi.

Tong ketika mengulas mengenai cadangan Akta Pembangunan Semula Bandar, menempelak dakwaan bahawa ianya akan membolehkan pemaju merampas tanah untuk mendapatkan keuntungan adalah sesuatu yang salah sama sekali.

Beliau berkata sebagai pemaju yang bertanggungjawab, ahli Rehda mempunyai banyak opsyen untuk memperoleh tanah pembangunan di tempat lain, yang boleh dibangunkan dengan mudah berbanding dengan membangunkan semula bangunan sedia ada.

“Bagaimanapun, sebagai inisiatif strategik, Rehda Malaysia memuji Kementerian Perumahan dan wawasan Kerajaan Tempatan, melalui Menteri, untuk terus meningkatkan fabrik perbandaran bagi memastikan mereka kekal berdaya saing dan menarik di seluruh dunia untuk manfaat rakyat.

“Kami sedang menunggu lebih banyak butiran khusus untuk akhirnya, melibatkan KPKT tetapi kami percaya mereka juga telah mengkaji dengan teliti model yang sama di rantau ini yang telah beroperasi dengan baik selama beberapa dekad,” katanya.

— BERNAMA