Nak Renovate Rumah Tapi Bajet Ciput? Baca 5 Tips Ini

Setiap daripada kita pasti mengimpikan rumah yang cantik dan selesa bukan? Iyalah, di sinilah tempat di mana kita akan banyak menghabiskan masa setelah lelah bekerja. Rumah yang kemas dan selesa pasti akan memberikan ketenangan.

Sebab itulah ramai yang sanggup menghabiskan duit sehingga ratusan ribu bagi mengubah suai rumah mengikut design yang diidam-idamkan. Tetapi, ada cara untuk kita masih mampu renovate rumah tanpa mengeluarkan belanja yang banyak.

1. Perabot Baru

Jangan sayang untuk buang perabot lama. Kalau perabot tersebut masih elok, anda boleh jualkan semula di laman sosial atau carboot sale. Tetapi, jika perabot tersebut sesuai dengan konsep yang anda impikan, boleh cat semula atau sapukan syelek supaya nampak baru.

Ini penting bagi memberikan nafas baru di dalam kediaman. Sayanglah kalau rumah dah cantik tetapi perabot usang pula yang mencacatkan pemandangan.

2. Pemilihan Kemasan Lantai

Kemasan lantai juga merupakan salah satu elemen penting dalam memberikan suasana baru di dalam rumah. Pasti ramai yang susah hati memikirkan kos untuk menukar lantai baru. Tetapi jangan risau, terdapat pelbagai pilihan kemasan lantai yang boleh anda pilih sesuai dengan bajet anda. Anda boleh memilih untuk menggunakan cat epoxy, vinyl floor, dan sebagainya.

Nak lagi jimat? Lakukan pemasangan sendiri, dan ia mampu mengurangkan kos sehingga 50%!

3. Dinding

Untuk membuatkan ruangan rumah anda tampak kemas, jangan serabutkan dinding dengan terlalu banyak hiasan dan juga bingkai gambar. Lagi satu, elakkan terlalu banyak warna di dinding. Maksimumkan kepada 3 warna sahaja. Elakkan daripada menggunakan cat yang gelap atau terlalu terang kecuali untuk feature wall.

Untuk feature wall juga, boleh bereksperimen dengan memasang kemasan jubin bersaiz besar atau pun kemasan vinyl untuk memberi efek kemasan kayu pada dinding.

Atau pasang saja wallpaper untuk nampak baru dan lain, katanya wallpaper boleh tahan sehingga 10 tahun baru ianya perlu ditukar.

4. Siling

Bagi yang tinggal di rumah flat atau apartmen, cukuplah sekadar cat atau pun letakkan wainscoting sahaja. Tetapi, sekiranya  mempunyai rumah atas tanah, mungkin boleh bereksperimen dengan memilih siling kayu atau apa-apa sahaja kemasan agar tampak unik.

Kalau nak selamat, pasang siling kapur (plaster siling). Dah settle, pilihlah lampu yang sesuai pula seperti chandelier dan sebagainya.

5. Pencahayaan

Kalau mahukan kelainan, elakkan daripada menggunakan lampu kalimantang. Cuba lampu spot (spot light), lampu lantai, lampu hiasan, dan sebagainya sesuai dengan cita rasa anda. Tetapi anda perlu meletakkan di sudut-sudut yang sesuai agar ia memberikan pencahayaan terbaik dan juga cantik.

Kalau boleh, apa kata cuba guna lampu garam? Ia bukan sahaja cantik, tetapi juga dapat meneutralkan udara di dalam rumah.

Bagaimana? Dah dapat sedikit idea? Semoga tips ini dapat membantu anda menjimatkan wang poket dalam mengubah suai rumah anda.

Sumber Rujukan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend