Pelaburan Hartanah Dengan Hanya RM350 Sebulan, Biar Betul?

Biar betul? Ada ke hartanah yang boleh dibeli dengan instalment bulanan hanya RM350 sebulan? Macam tak masuk akal je.

Ya, ianya dikenali sebagai UniSuites Kampar yang terletak di Kampar, Perak. Jom kita tengok dengan lebih mendalam hartanah yang dimaksudkan.

Pelaburan Hartanah Mengikut Trend Masa Kini

Masalah utama kebanyakan orang untuk tidak melabur dalam hartanah adalah daripada segi modal yang tinggi, dan ketidakpastian samada akan ada orang menyewa unit tersebut. Dengan adanya UniSuites Kampar ini, ia dapat menyelesaikan kedua-dua masalah utama yang dihadapi.

Bagaimana?

Harga Yang Mampu Milik

Kalau diikutkan, hampir semua orang pasti layak untuk membeli hartanah di UniSuites Kampar ini. Dengan harga tak sampai RM70,000 (selepas pelbagai diskaun + diskaun bumiputera), ini bermakna bayaran kepada pihak bank hanyalah RM350 sebulan.

Kalau kita buat kiraan mudah mengikut Debt to Service Ratio (DSR) sebanyak 60%:

RM350 / 60% = RM583

Ini bermakna, jika gaji bulanan anda sebanyak RM583 pun dah boleh beli UniSuites Kampar ni.

Takkanlah gaji RM583 je kan? Sedangkan gaji minima yang ditetapkan oleh pihak kerajaan pun adalah sebanyak RM1,100 sebulan.

Dengan gaji minima pun dah layak untuk beli, ini bermakna rakyat Malaysia yang bekerja dah mampu nak beli. Cuma nak taknak je beli.

Atau dalam erti kata lain, sudikah kita bayar RM350 setiap bulan demi sebuah hartanah. Atau kita mahu habiskan duit membeli kereta?

Penyewa Sedia Ada

Bila dah mampu beli rumah dengan bayaran sebanyak RM350, kini ianya datang pula dengan penyewa sedia ada. Eh, ye ke?

Kalau nak tahu, kawasan Kampar yang dimaksudkan ini adalah pusat pembelajaran terkemuka di Perak, kalau tak di Malaysia. Ini kerana terdapatnya Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) dan Tunku Abdul Rahman University College (TARC). Ada seramai 25,000 pelajar di sini, dan untuk pengetahuan – UTAR tidak mempunyai hostel untuk para pelajar di kampusnya.

Ini menyebabkan para pelajar terpaksa menyewa di kawasan sekeliling. Dan sudah pastinya, ini menyebabkan berlakunya permintaan yang tinggi daripada pelajar untuk tinggal di sekitar Kampar.

Dan jika dilihat kepada lokasi di sekitar Kampar ini, kita boleh dapati banyak kemudahan yang sedia ada. Kita ada Tesco dan Econsave untuk membeli-belah dan barangan dapur, kita ada KFC, McDonalds, Starbucks, Old Town White Coffee, Secret Recipe, Domino’s dan banyak lagi untuk makan dan lepak; malah ada juga hotel dan stesen minyak Petronas yang berhampiran.

Makin meriah kawasan di sekitar, sehinggakan mereka yang tinggal di luar Kampar pun akan datang ke sini untuk lepak. Maklumlah, lokasinya yang sangat strategik dan penuh dengan pelbagai kemudahan.

Aliran Tunai Positif, Kutip Sewa Setiap Bulan Dengan Senang

Ianya menjadi idaman setiap pelabur untuk mempunyai aliran tunai positif, atau lebih dikenali sebagai positive cashflow. Sebab apa?

Sebab penyewa yang bayarkan untuk instalment bulanan kita, siap ada lebih lagi setiap bulan. Siapa yang taknak kan?

Kalau dilihat kepada kawasan di sekitar Kampar, unit kediaman lain disewakan pada harga RM350 ke RM500 setiap bulan untuk satu bilik. Ada unit yang dah bertahun-tahun lamanya, kondisi pun dah tak berapa elok. Ada yang hanya dilengkapi perabot asas saja.

Tapi bila anda melabur ke dalam UniSuites Kampar ni, serba-serbi lengkap.

Ada almari, ada katil, ada tilam, ada meja belajar, ada kerusi, ada peti ais kecil, ada pemanas air untuk mandi air panas, ada penghawa dingin untuk tidur dengan lebih lena; dan bermacam-macam lagi.

Senang cerita, anda tak perlu buat apa-apa, tak perlu keluar belanja untuk beli barang-barang kelengkapan rumah yang lain.

Penyewa pun masuk rumah cuci kaki saja, semuanya dah ada.

Sudah pastinya kadar sewa lebih daripada instalment bulanan RM350 kan?

Banyak Lagi Kelebihan UniSuites Kampar

Ingatkan UniSuites Kampar dah pun berjaya menyelesaikan dua masalah besar iaitu harga yang mampu dimiliki dan penyewa sedia ada dengan aliran tunai positif, tapi anda masih tak berpuas hati lagi?

Jangan risau, ada banyak lagi kelebihan melabur hartanah di sini:

WiFi Percuma Untuk Penyewa

Zaman sekarang, kalau takde perkhidmatan internet memang susah. Kini anda tidak lagi perlu risau hidup tanpa internet, kerana ianya disediakan secara percuma.

Pelbagai Kemudahan Disediakan

Sesuai dengan gaya hidup aktif pelajar yang menjadi sasaran utama di sini, kemudahan seperti gimnasium, kolam renang, gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, bilik membaca, dewan serbaguna, kawasan barbeku dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, UniSuites Kampar turut menawarkan tahap perlindungan yang tinggi. Ini kerana ianya merupakan projek ‘gated and guarded’ dengan keselamatan dua peringkat. Bukan mudah untuk orang luar masuk untuk melakukan perkara yang diingini.

Bagi pelajar universiti dan kolej pula, perkhidmatan bas disediakan untuk ke universiti dan kolej. Bagi mereka yang taknak berjalan kaki ke tempat belajar, boleh gunakan perkhidmatan yang disediakan ini.

Pengurusan Penyewa Percuma

Tiada masa untuk menguruskan penyewa, UniSuites Kampar ada menyediakan perkhidmatan pengurusan penyewa tanpa sebarang bayaran. Kita hanya tunggu saja duit sewa bulan masuk ke dalam akaun, tak perlu pergi ke sana dan kutip sendiri.

Ini kerana, UniSuites Kampar telah melantik Rahim & Co sebagai syarikat pengurusan bagi pihak university. Mereka inilah juga yang akan menjaga bahagian pengurusan pihak penyewa dan unit-unit pembeli.

Mudah kan?

Rekabentuk Yang Moden

Ini dikira tambahan kepada semua di atas, maklumlah kawasan tumpuan pelajar – semestinya ia perlu sesuai dengan citarasa moden masa kini. Bila kena dengan taste pelajar, maka semakin sukalah mereka untuk menetap di sini.

Wariskan Kepada Anak

Bila dah habis bayar nanti selepas 25 atau 30 tahun, kita pun dah habis bayar dan seterusnya boleh diwariskan kepada anak-anak kita pula nanti.

Dapat juga mereka jadikan sebagai pendapatan setiap bulan, seterusnya mendidik mereka untuk menjadi generasi yang celik tentang pelaburan hartanah.

Biar mereka tentukan samada nak teruskan menyewa atau jual nanti.

Nak Melabur Atau Nak Melebur?

Sekarang dah tahu kelebihan UniSuites Kampar ni, tanya diri sendiri samada nak melabur RM350 sebulan ke dalam hartanah atau nak belanja ke tempat yang lain?

Orang kita ni biasanya nak beli kereta dulu sebelum beli rumah, maklumlah orang ramai lebih mementingkan gaya. Bila ada kereta, kononnya kita dilihat sebagai seorang yang berjaya dan ‘cool’.

Tapi apa kata kita tahan sikit nafsu untuk beli kereta, sebaliknya beli rumah terlebih dahulu.

Jom kita buat perbandingan di antara beli beli hartanah berbanding beli kereta.

Hartanah vs Kereta

Untuk prestasi hartanah, kita akan gunakan data yang boleh dimuat turun di laman web NAPIC (National Property Information Centre) yang merupakan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara.

Untuk prestasi kereta pula, kita akan gunakan laman web jual beli terkemuka Malaysia, iaitu mudah.my.

Prestasi Hartanah

Merujuk kepada gambar di atas, didapati bahawa harga rumah di Perak meningkat sebanyak 80.2 mata dalam tempoh 8 tahun (dari tahun 2010-2018). Ini bermakna, kenaikan 80.2% dicatatkan bagi tempoh 8 tahun, atau kenaikan sebanyak 10.03% setahun.

Prestasi Kereta

Manakala bagi kereta pula, kita akan gunakan kereta Toyota Vios yang juga berharga RM70,000 sebagai perbandingan. Katakan kita beli kereta tersebut 8 tahun yang lalu:

Harga tertinggi yang boleh diperolehi jika hendak menjual Toyota Vios selepas 8 tahun, adalah RM39,000. Ini menunjukkan penurunan sebanyak RM31,000 atau 44.29%, iaitu penurunan sebanyak 5.54% setahun.

 UniSuites KamparToyota Vios
HargaRM70,000RM70,000
Selepas 8 TahunNaik 80.2% = RM126,140Turun 44.29% = RM39,000
Bayaran BulananRM350RM881

Beli kereta dahlah bayar bulanan lebih tinggi, tapi ianya susut nilai pula.

Berbanding dengan instalment bulanan yang lebih rendah untuk pelaburan hartanah, harganya pun steady naik setiap tahun.

Cakap banyak tak guna, klik sini kalau nak tahu lebih lanjut mengenai UniSuites Kampar.

Siapa cepat dia dapat, apa-apa roger.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

BNM Ambil Pendekatan Berhemat Tangani Risiko Keberhutangan Isi Rumah Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil pendekatan berhemat dan berhati-hati dalam menangani risiko keberhutangan isi rumah bagi memastikan perkara itu tidak menimbulkan kesan negatif kepada kestabilan sistem kewangan negara.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata kerajaan sedar mengenai risiko keberhutangan isi rumah yang tinggi, justeru pendekatan yang lebih mampan akan dilaksanakan.

“Oleh yang demikian, kerajaan sedang melaksanakan reformasi dan perubahan struktur terhadap ekonomi domestik berteraskan Kerangka Ekonomi MADANI supaya daya saing dan prestasi ekonomi negara dapat dipertingkatkan.

“Melalui usaha ini, pendapatan serta kesejahteraan rakyat akan dapat dipertingkatkan seterusnya membantu untuk mengurangkan peratusan hutang isi rumah,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai dasar dan usaha kerajaan untuk mengurangkan peratusan hutang isi rumah.

Lim berkata antara usaha berterusan kerajaan termasuk melaksanakan Dokumen Dasar Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab sejak 2012 untuk memastikan individu meminjam mengikut kemampuan membayar balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan bebanan hutang berlebihan.

“Kedua, meningkatkan tahap celik kewangan rakyat menerusi Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) agar pengguna perkhidmatan kewangan mempunyai keupayaan dan keyakinan untuk membuat keputusan kewangan yang baik,” katanya.

Beliau berkata usaha lain ialah menggalakkan isi rumah yang ingin membuat keputusan kewangan yang besar seperti pembelian rumah untuk mengikuti program pendidikan kewangan secara talian yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Beliau berkata pada akhir 2023, jumlah hutang isi rumah secara agregatnya berjumlah RM1.53 trilion.

Sebahagian besar hutang isi rumah digunakan bagi tujuan pengumpulan harta yang merangkumi pinjaman perumahan (60.5 peratus), pembelian harta bukan kediaman (5.3 peratus), dan pembelian sekuriti (4.3 peratus), katanya.

Beliau berkata manakala baki 29.9 peratus pula bagi tujuan perbelanjaan seperti pinjaman untuk pembelian kenderaan (13.2 peratus), pembiayaan peribadi (12.6 peratus) dan kad kredit (3.0 peratus).

Lim turut berkata isi rumah yang mempunyai masalah pengurusan kewangan dan hutang digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan perkhidmatan penyusunan semula hutang daripada pihak bank dan AKPK.

Beliau berkata pada masa ini, kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk membenarkan isi rumah mengeluarkan wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengurangkan beban keberhutangan isi rumah.

“Pada masa sekarang, sesiapa yang menghadapi masalah memulangkan hutang isi rumah ini, kami galakkan mereka tampil kepada kita, terutama melalui AKPK untuk menyelesaikan atau menstrukturkan semula  kewangan supaya mereka boleh mengatasi keadaan kewangan.

“Kerajaan akan cuba membantu sebab setiap individu itu, keadaannya berlainan. Jadi, kita berharap mereka akan tampil ke hadapan dan kita akan memberikan nasihat yang sewajarnya,” katanya.

— BERNAMA