Pelancaran MRT Fasa 2, Pelabur Hartanah Rebut Peluang Baik Ini!

Pelancaran sistem pengangkutan awam moden, Transit Aliran Massa (MRT) Fasa Dua Laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK) pada 17 Julai 2017 dijangkakan akan mengubah landskap pengangkutan awam negara secara menyeluruh dan memudahkan 1.2 juta penduduk di kawasan Lembah Klang untuk bergerak.

Daripada 31 stesen yang ada secara keseluruhannya, 12 stesen yang berada dalam fasa pertama, telah pun beroperasi. 19 lagi stesen tambahan termasuklah stesen bawah tanah dengan reka bentuk yang unik telah pun beroperasi bermula 17 Julai 2017.

Projek MRT Fasa Dua Laluan SBK menelan belanja sebanyak RM23 bi­lion, mempunyai jarak sepanjang 51 kilometer dan terdiri daripada 19 stesen dan 7 daripada­nya adalah stesen bawah tanah. Perkhidmatan ini beroperasi mengikut kekerapan setiap 3.5 minit dan mempunyai empat gerabak serta dapat memuatkan seramai 1,200 penumpang pada satu-satu masa. Dianggarkan akan mempunyai sebanyak 400,000 penumpang sehari.

Kemudahan MRT Dapat Meningkatkan Tahap Ekonomi Negara

Projek mega infrastruktur untuk rakyat ini, merupakan pencetus kepada perubahan landskap dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan kita boleh berbangga mempunyai pengangkutan awam yang lebih moden setanding negara maju. Selain daripada itu, jajaran MRT bagi laluan ini juga dilihat mampu meningkatkan liputan rangkaian rel bandar sekaligus memudahkan penduduk untuk menggunakan pengangkutan awam khususnya di kawasan yang tidak mempunyai akses perkhidmatan awam sedia ada.

Tambang yang dikenakan bagi laluan MRT SBK ini sangatlah berpatutan, bermula daripada serendah RM0.80 sehinggalah RM6.40 mengikut jarak perjalanan.

Kemudahan Tempat Letak Kereta Dan Moto Pun Ada

Mungkin ada yang menghadapi masalah untuk menggunakan servis MRT ini, disebabkan jarak daripada rumah ke stesen yang yang terletak sedikit jauh. Jangan risau, MRT Corp mengambil inisiatif dengan menyediakan 7,677 tempat letak kereta di 13 daripada 31 stesen dan 1,013 tempat letak motosikal di 8 buah stesen.

Itu belum termasuk feeder bus atau bas yang menghubungkan taman perumahan dengan stesen MRT tersebut.

Siapa Yang Paling Bertuah?

 

Penduduk-penduduk di sekitar Lembah Klang paling beruntung kerana dapat menikmati pengangkutan awam ini. Yang paling best sekali, mereka dapat mengelak daripada kesesakan lalulintas dan stress memandu dalam keadaan trafik yang sesak teruk terutamanya pada waktu puncak.

Selain daripada itu, penumpang hanya perlu menunggu sekitar 4 minit sahaja untuk tren sampai. Akhirnya, perkhidmatan yang cepat, pantas dan efisen telah tiba.

Pemilik Hartanah Dan Pelabur Hartanah Juga Bertuah

Bagi pemilik hartanah yang bijak yang sudah nampak lebih awal lombong emas sepanjang jajaran MRT, semestinya sedang bersuka ria kerana membuat pilihan yang tepat. Nilai hartanah akan meningkat daripada semasa ke semasa.

Sekiranya hartanah ini merupakan salah satu daripada koleksi pelaburan, dengan mudahnya kita dapat menyewakannya kepada orang lain. Percayalah, ramai orang berebut-rebut untuk menyewa rumah di kawasan sekitar jajaran MRT. Lagi dekat dengan stesen, lagi bagus. Oleh kerana permintaan tinggi, ia secara tidak langsung menyebabkan harga rumah sewa juga meningkat.

Ini tips Tuan Aziz Ahmad untuk jimatkan masa mencari hartanah dekat stesen MRT. Teknik ini menurut beliau telah berjaya di Singapura.

  1. Cari stesen yang ada interchange dengan laluan LRT atau MRT yang lain.
  2. Cari hartanah yang kena sandwich oleh 2 stesen dlm jarak 500m ke dua-dua stesen.
  3. Cari hartanah yang direct akses kepada stesen. Turun apartment terus jumpa stesen.

Sebaik-baiknya anda pastikan telah membuat research dan due dilligence yang sewajarnya. Selamat melabur!!

Rujukan : Utusan Online

Komen

komen