Azam 2017: Saya Ingin Miliki Satu Hartanah

Mudah miliki hartanah

Tahun baru azam pun mesti baru. Semua orang mesti berfikir tentang azam dan matlamat baru yang ingin dicapai. Ada yang berazam ingin kurus, beli kereta, berkahwin dan lain-lain lagi. Tapi jangan jadi seperti Mat Jenin, kita perlu fokus kepada satu azam.

Mungkin ada di kalangan kita yang berazam untuk memiliki sebuah rumah atau sebidang tanah pada tahun ini. Apakah persediaan yang perlu kita buat? Berikut adalah 4 langkah yang boleh kita ikuti untuk sukses dalam pelaburan hartanah.

#1 – Tentukan objektif

Memiliki hartanah bukan suatu perkara yang mustahil. Kita perlu tentukan objektif yang betul sama ada membeli rumah untuk (1)menyewa atau (2)untuk jual (flipping) atau untuk (3)dijadikan rumah keluarga.

  • Untuk menyewa

Berapakah sewa yang akan ditetapkan? Berapa keuntungan yang kita mahu dari hasil sewaan selepas tolak bayaran bulanan di bank?

  • Untuk jual (flipping)

Bilakah masa yang sesuai untuk jual semula? Berapakah harga pasaran?

  • Rumah sendiri atau keluarga

Berapakah bajet untuk ubah suai rumah?

#2 – Dapatkan maklumat

Dengan hanya menggunakan jari semua maklumat kita boleh perolehi dengan cepat. Kita boleh melawati laman web atau blog yang menulis tentang pelaburan hartanah seperti majalahlabur.com. Kita juga boleh dapatkan info dengan melawati laman web ataupun Facebook syarikat pemaju perumahan dan hartanah untuk mengetahui tentang projek semasa atau akan datang.

Kemudian kita wajib lawati 5 laman web berikut:

 

No Skim perumahan Laman web
1. Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

 

http://www.pr1ma.my
2. Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

 

https://www.ppa1m.gov.my
3. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)  

 

http://ehome.kpkt.gov.my
4. Program Perumahan Rakyat (PPR)

 

http://ehome.kpkt.gov.my
5. Rumah Mesra Rakyat (RMR1M) Dan Rumah Idaman Rakyat (RIR) http://www.spnbmesra.com.my

 

#3 – Analisa maklumat dan buat pilihan 

Hendak seribu daya, setelah kumpul semua maklumat kita perlu buat analisia dan tapis untuk memastikan maklumat yang diperolehi tu betul. Kebiasaanya, jika kita ingin membeli suatu barang, penilaian yang di buat berdasarkan jenama dan kualiti. Kita juga akan buat perbandingan tentang kelebihan dan kekurangan suatu produk atau perkhidmatan.

Bagaimana pula dengan pelaburan hartanah? Apakah kriteria-kriteria yang perlu dipertimbangkan? Kita perlu fokus kepada 2 kriteria penting iaitu:

  • Harga

Pemilihan mestilah berdasarkan kemampuan seseorang. Ia akan menjadi komitmen bulanan kepada pelabur. Tahap pendapatan juga akan menentukan jenis hartanah yang mampu kita miliki dari segi keluasan dan jenis rumah. Kita juga perlu membuat semakan berapa banyak loan yang layak di terima untuk ansuran bulanan.

  • Lokasi

Lokasi juga adalah perkara yang perlu dipertimbangkan. Kita perlu memilih lokasi yang menarik, strategik dan selamat supaya nilainya akan semakin tinggi di masa hadapan. Jadi lebih menguntungkan bila ingin dijual nanti.

#4 – Pembelian

Seterusnya pelabur perlu tekad dan membuat urusan pembelian. Tidak dinafikan setiap keputusan pasti ada risiko. Jangan takut. Kebiasaan yang berlaku dalam dunia pelaburan ialah semakin tinggi risiko semakin tinggi pulangan yang diterima.

Pembelian hartanah pasti tidak merugikan kita. Jom semua bulatkan azam 2017 beli satu rumah untuk pelaburan masa depan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend