Senarai ‘Abang Long’ Sifu Hartanah di Malaysia. Follow Mereka di Facebook

Sifu hartanah

Tempoh hari kami dah senaraikan sifu-sifu pelaburan saham & kewangan di Malaysia. Kali ini kami ingin berkongsi pula senarai pakar pelaburan hartanah di Malaysia.

Kalau nak belajar beli rumah, belajar pasal pelaburan hartanah ni, senang saja, apa kata anda follow sifu-sifu hartanah yang tersenarai di bawah kerana kesemua mereka telah pun berjaya. Nak tahu pasal rumah lelong ke, subsale ke, rumah sewa ke…..semua ada. Majoriti antara mereka ni rajin berkongsi status-status yang bermanfaat kepada netizen. Terima kasih kami ucapkan!

Di sini sebagai tanda penghargaan, kami senaraikan beberapa nama yang popular:

#1. Faizul Ridzuan

Bermula pada umur 24 tahun dengan hanya RM2,000 di dalam akaun bank, beliau amat menitikberatkan mantra “lokasi, lokasi, lokasi” dan memulakan langkah yang kurang diambil orang ramai.

Faizul Ridzuan telah menghasilkan sebuah buku bestseller – WTF? 23 properties by 30, yang menceritakan pengalaman beliau di dalam industri pelaburan hartanah. Beliau juga aktif mengadakan seminar pelaburan hartanah bagi pelabur yang serius; diberi nama Sarjana Hartanah. Jika anda mempunyai modal yang besar dan ingin terlibat dalam pelaburan hartanah, boleh hubungi beliau. Syarikat perunding beliau sedia membantu orang ramai merealisasikan impian pelaburan hartanah mereka.

Laman Web: FaizulRidzuan.com
Facebook: Faizul Ridzuan

#2. Ahyat Ishak (#PejuangHartanah)

Beliau merupakan penulis buku bestseller “The Strategic Property Investor” dan merupakan pengasas program Strategic Property Investor, yang telah banyak membantu rakyat Malaysia menjana kekayaan menerusi pelaburan hartanah.

Ahyat Ishak memulakan pelaburan hartanah lebih daripada 10 tahun dahulu dan menjadi seorang jutawan hartanah sebelum umur 30 tahun. Menerusi pengalaman dan mempelajari daripada ramai jutawan hartanah lain yang berjaya, beliau telah menemui REALWealthFormula™ dan Strategic Property Investor Model™, yang merupakan rangka kerja bagi bengkel, seminar dan ceramah beliau.

Laman Web: Strategic Property Investor
Facebook: Ahyat Ishak

#3. Amir Syahir

Amir Syahir merupakan seorang penjawat awam yang suka berkongsi ilmu berkenaan hartanah, pengurusan kewangan dan ilmu-ilmu lain yang bermanfaat untuk kebaikan orang muda. Mempunyai pengalaman meluas dalam pelaburan dan pengurusan kewangan untuk anak muda.

Facebook: Amir Syahir

#4. Dr Azizul Azli

Dr Azizul Azli merupakan seorang pensyarah dan pakar dalam bidang hartanah. Seringkali diundang untuk mengendalikan seminar mengenai hartanah kepada masyarakat awam dan pelajar universiti. Beliau juga merupakan penulis buku bestseller Mudahnya Beli Rumah.

Satu-satunya Doktor di dalam senarai sifu hartanah ini.

Facebook: Azizul Azli Ahmad

#5. Shafie Bustan

Shafie Bustan atau pun lebih dikenali sebagai pie2020 di dalam arena blogging merupakan seorang yang pakar di dalam pelaburan hartanah. Beliau bermula memulakan portfolio pelaburan hartanah sekitar tahun 2002. Dah berbelas tahun tu pengalaman.

Beliau juga merupakan penulis buku Cinta Rumah Subsale & Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong.

Laman Web: Pie 2020
Facebook: Shafie Bustan

#6. Harith Faisal

Harith Faisal merupakan seorang Penolong Pengurus di salah sebuah bank di Malaysia dan juga merupakan seorang perunding hartanah. Beliau selalu berkongsi tips-tips hartanah, kewangan dan pelaburan anak muda di laman sosial beliau. Penulis eBook Hipster Hartanah & Tip-Top Kewangan.

Facebook: Harith Faisal

#7. Zaidi Ismail

Zaidi Ismail merupakan seorang pelabur, pemilik perniagaan dan juru runding yang terlibat didalam industri telekomunikasi lebih dari 15 tahun. Merupakan Pengasas “Urusinsan”, iaitu sebuah komuniti atau kelab celik kewangan dan pelaburan yang mempunyai keahlian melebihi seribu orang ahli di seluruh Malaysia. Facebook beliau memang sentiasa meriah, rugi tak follow.

Laman Web: Blog Zaidi
Facebook: Zaidi Ismail

#8. Meor Zaidee

Meor Zaidee juga dikenali sebagai Abang Ensem berasal dari Teluk Intan, Perak. Memulakan kerjaya sebagai seorang ‘banker’ sebelum ‘bersara awal’ 15 tahun kemudian, yakni pada tahun 2012.

Terjebak secara tidak sengaja di dalam pasaran hartanah pada penghujung 1998 dan sehingga kini telah pun memiliki ‘beberapa’ buah rumah yang disewakan. Penghujung 2009, beliau mula menjenamakan diri beliau sebagai seorang blogger hartanah yang antara lain berkongsi ilmu berkaitan pelaburan hartanah di blog www.abangensem.com. Blog yang mempunyai kepadatan trafik sebanyak 1,000 orang sehari telah melayakkan beliau untuk digelar sebagai Blogger Hartanah #1 Malaysia ditambah pula dengan deretan anugerah seperti ‘Favourite Business Blog 2013’ dan ‘Malaysia Best Business Blog 2014’.

Laman Web: AbangEnsem.com
Facebook: Meor Zaidee

#9. Jimmy Haryzul

Jimmy Haryzul adalah seorang usahawan berjaya dan juga pelabur hartanah yang telah lama bergiat aktif dalam bidang hartanah. Beliau juga merupakan seorang perunding hartanah. Mempunyai kepakaran dalam pengurusan sublet. Beliau kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah di Universiti Teknologi Malaysia.

Insyaallah akan bertambah lagi seorang Doktor di dalam senarai sifu hartanah ini.

Facebook: Jimmy Haryzul

#10. Khairul Nawawi

Khairul Nawawi berasal dari Seri Manjung, Perak dan sudah berkeluarga dan mempunyai 3 orang anak. Beliau merupakan seorang perunding hartanah berdaftar dengan lembaga penilai, pentaksir dan ejen hartanah. Beliau juga merupakan ahli persatuan ejen hartanah muslim.

Laman Web: Khairul Nawawi
Facebook: Muhd Khairulnawawi

#11. Mior Hafis

Mior Hafis  merupakan seorang Perunding Hartanah + Speaker + Penulis + Digital Influencer + Website Designer + Blogger. Juga merupakan penulis eBook Rahsia Beli Rumah Kos Rendah dan 22 Kesilapan Sewaktu Berurusan Dengan Perunding Hartanah.

Laman Web: Melastik Bintang
Facebook: Mior Hafis Mior Ahmad

#12. Salkukhairi Abd Sukor

Tuan Salkhukhairi ini merupakan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam). Beliau memang sangat aktif berkongsi pelbagai isu-isu penting berkaitan pemilikan hartanah. Maklumlah peguam, pengalaman beliau semestinya sangat berharga dan mahal harganya. Perkongsian beliau di Facebook sentiasa mendapat share yang tinggi. Pasti tak rugi jika follow Facebook beliau!

Facebook: Salkhukhairi Abd Sukor

 

Mereka yang tersenarai di atas memang rajin share ilmu pasal hartanah di media sosial. Nak jadi kaya dan berjaya seperti mereka? Rajin-rajinlah Like & Follow mereka di Facebook. Pasti banyak ilmu yang dapat anda ambil dan aplikasikan di dalam perjalanan pelaburan hartanah anda. InshaAllah kami akan mengemaskini senarai ini dari semasa ke semasa.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend