Siapa Kata Bisnes ‘Enterprise’ Tak Boleh Mohon Loan Rumah?

5 langkah seorang peniaga kecil dapat memohon loan rumah

“Saya berniaga online. Tiada payslip. Duit berniaga dapat, belanja dan kemudian ada lebih baru simpan bank. Boleh ke buat loan nak beli rumah?”

Bagi peniaga yang sudah daftar bisnes secara Enterprise atau Sole Proprietorship (Pemilikan Tunggal), pasti ada impian untuk beli rumah. Tapi orang kata, macam susah je bank nak luluskan loan?

Betul ke cerita tu?

Jom kita dengar apa kata Hamizi Hamdan, iaitu seorang Pengarah Syarikat, Perunding Hartanah, Penceramah & Penulis Buku.

Hanya dengan 5 langkah mudah, seorang peniaga kecil dapat memohon loan rumah.

1. Kena faham company sole prop = diri sendiri (individu)

2. Hanya 10% daripada hasil jualan (terima bayaran) dianggap sebagai gaji.

3. Contoh: Anda berniaga jual baju, sebulan collection dalam RM20,000. Bank akan anggap 10% gaji anda. Maksudnya gaji anda RM2,000 sebulan. Jangan harap lah nak dapat loan beli rumah.

4. Rujuk contoh tadi, kalau nak gaji dalam RM5,000 ke atas, kena pastikan collection RM50,000 sebulan ke atas.

5. Dan paling bagus sekali, buat akaun tahunan dan hantar borang income tax. Orang kalau kena bayar income tax maksudnya ‘ada duit lebih’.

Nampak macam mudah kan? Tapi kalau orang lain dah dapat beli rumah mengikut langkah di atas, anda pun ikut je lah sampai berjaya lulus loan rumah tersebut.

Sekarang dah tahu bisnes berlesenkan enterprise juga boleh berhutang.

Jadi, tiada masalah lagi untuk peniaga kecil seperti syarikat enterprise untuk membeli rumah menggunakan tips yang dikongsikan di atas. Apa lagi, kongsikan dengan rakan-rakan anda yang juga ada bisnes enterprise.

Jika minat bisnes enterprise anda sesibuk gambar hiasan di atas boleh belajar dengan Puan Norfaziela

Komen

komen