Skim FundMyHome-DepositKu Nak Pastikan Kita Dapat Juga Beli Rumah Pertama

Bermacam-macam usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia berupaya beli rumah pertama. Yang terkini, skim FundMyHome-DepositKu oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Apa Itu FundMyHome?

Sumber: Laman Web FundMyHome

Projek ini dibangunkan oleh EdgeProp Sdn Bhd dan merupakan satu cetusan idea untuk menyelesaikan ketidakcekapan pasaran yang sedang berlaku. Ia menemukan pembeli rumah pertama dan institusi kewangan dan perumahan dengan satu platform yang mudah.

Pembeli cuma perlu bayar 20% sahaja daripada harga rumah, dah boleh terus masuk ke dalam rumah idaman hari ini. Tiada lagi instalment bulanan seperti cara lama.

Baki 80% harga rumah akan disumbang oleh pembiaya yang terlibat, yang akan berkongsi pulangan daripada harga masa depan rumah tersebut. Pembiaya buat masa ni hanya dibuka bank-bank, institusi kewangan dan sewaktu dengannya.

Nak baca lebih lanjut mengenainya, boleh rujuk Adakah Skim FundMyHome Penyelesaian Bagi Mereka Yang Belum Beli Rumah?

Apa Pula DepositKu?

Dulu dah ada skim serupa yang dikenali sebagai Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit):

Dengan adanya skim FundMyHome-DepositKu, ianya merupakan penyelesaian kepada pembeli sudah mendaftar bawah skim FundMyHome yang tidak mampu menyediakan bayaran 20 peratus daripada harga rumah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin berkata, “Di bawah skim FundMyHome, pembeli berpendapatan rendah dan tidak layak mendapat pinjaman perumahan tradisional daripada bank, hanya perlu membayar 20 peratus daripada harga rumah serta tidak perlu membayar apa-apa selama lima tahun.”

“Skim FundMyHome-DepositKu pula membolehkan pembeli mendapatkan pinjaman hingga RM30,000 untuk membayar bayaran 20 peratus itu. Pinjaman berkenaan akan dibayar balik sepenuhnya pada akhir tahun kelima menduduki rumah.”

Beliau berkata, sepanjang tempoh lima tahun tanpa bayaran semula itu, pembeli dapat menabung, sekali gus mengukuhkan kewangan mereka.

Sumber Rujukan: BH Online

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend