Tak tahu pula selama ini ada 6 jenis Ejen Hartanah di Malaysia

Ejen hartanah malaysia

Kami pasti, tak ramai yang sedar dan tahu tentang jenis-jenis ejen hartanah yang terdapat di Malaysia ni kan? Kita pun tak pernah nak tanya, sebab ada yang merasakan tak penting pun maklumat seperti ini.

Gunakan ilmu ini sebagai pengetahuan am dan juga untuk mengelak daripada ditipu di kemudian hari.

1. Penilai Berdaftar

Seorang penilai boleh membuat penilaian, pengurusan hartanah dan agensi hartanah. Seorang penilai berdaftar mesti berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Hartanah Malaysia atau juga dikenali sebagai Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents (BOVAEA).

Sepanjang menjalankan tugas beliau, seorang penilai berdaftar adalah tertakluk kepada pelbagai garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga.

2. Pentaksir Berdaftar

Seorang pentaksir berdaftar kebanyakannya mempunyai pengalaman kerja yang lama dan seorang pentaksir dibenarkan untuk melakukan penilaian dan pengurusan hartanah, tetapi dihadkan kepada kawasan geografi dan nilai.

3. Ejen Hartanah Berdaftar

Hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh menjadi seorang Ejen Hartanah. Ejen Hartanah ini menyediakan perkhidmatan di dalam pembelian, penjualan dan penyewaan hartanah kepada pelanggan, supaya pulangan optimum dapat dicapai.

4. Penilai Percubaan

Bagi Penilai Percubaan pula, mereka ini telah lulus Peperiksaan awalan dan telah berdaftar dengan BOVAEA bagi menduduki peperiksaan lanjutan. Mereka ini merupakan golongan yang lebih berpengalaman daripada penilai biasa dan juga berkelayakan.

5. Ejen Hartanah Percubaan

Seorang Ejen Hartanah Percubaan adalah mereka yang telah lulus beberapa peperiksaan dan kini berdaftar dengan BOVAEA untuk menduduki peperiksaan lanjutan. Mereka ini dikira lebih senior dan mempunyai pengalaman yang luas dengan kelayakan yang setimpal.

6. Perunding

Perunding ini pula merupakan seseorang yang digaji atau diberi kuasa untuk perkhidmatan daripada sesebuah syarikat bagi menyenaraikan dan memasarkan hartabenda dan perlu sentiasa berada di bawah arahan atau seliaan seorang ejen hartanah. Ini bermaksud seorang perunding tidak boleh bekerja bersendirian dan memerlukan pemerhatian seorang ejen hartanah.

Masih Keliru Ke Dengan 6 Jenis Ejen Hartanah?

Nasib baiklah ada enam je pun jenis ejen hartanah, tapi yang enam ni pun masih keliru bukan? Apa yang penting, anda kena pastikan ejen yang berikan perkhidmatan kepada anda tersebut, benar-benar layak dan berdaftar. Pastikan ejen hartanah anda mempunyai pengalaman dan berkelayakan dan supaya mereka dapat beri nasihat yang terbaik kepada anda.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend