15 Soalan Lazim Mengenai Akaun Deposit Tetap

Akaun deposit tetap atau simpanan tetap adalah sejenis skim pelaburan yang ditawarkan oleh bank untuk membantu kita menguruskan simpanan. Perkhidmatan kewangan ini memberikan anda kadar faedah tetap terhadap simpanan dengan menerima keuntungan pada tempoh matang.

Mengapa Memilih Deposit Tetap?

  • Ia adalah pilihan pelaburan bebas risiko dan selamat.
  • Ia mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi berbanding dengan akaun simpanan biasa dan memberi pulangan yang dijamin.
  • Deposit tetap adalah fleksibel daripada segi tempoh dan amaun untuk melabur
  • Jumlah deposit dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000

Memandangkan masih ramai yang kurang pasti mengenai akaun deposit tetap, berikut adalah beberapa senarai soalan lazim yang sering ditanyakan mengenai akaun ini:

1. Berapakah tempoh minimum deposit tetap?

Tempoh minimum deposit tetap ialah 1 bulan.

2. Adakah terdapat jumlah minimum deposit tetap?

Jumlah minimum deposit tetap bergantung kepada tempoh yang anda pilih. Kebanyakan bank mengkehendaki anda melabur minimum RM5,000 untuk jangka masa 1 bulan dan sekurang-kurangnya RM1,000 untuk tempoh 2 bulan dan lebih.

3. Bila dan bagaimana nak keluarkan sebahagian daripada deposit tetap sebelum tempoh matang?

Anda boleh pilih untuk mengeluarkan sebahagian daripada akaun deposit tetap, tetapi ia akan mengakibatkan kehilangan faedah yang diperolehi ke atas simpanan.

4. Boleh buka akaun deposit tetap bersama dengan pasangan?

Ya, kebanyakan bank membolehkan kita untuk buka akaun deposit tetap secara bersama.

5. Bagaimana nak jejaki akaun deposit tetap?

Kita boleh menjejaki akaun deposit tetap melalui penyata bulanan.

6. Adakah dibenarkan untuk mengeluarkan sepenuhnya jumlah deposit tetap sebelum tempoh matang?

Kebanyakan bank membenarkan anda mengeluarkan semua jumlah deposit tetap sebelum tempoh matang.

7. Bolehkah deposit tetap menyumbang kepada pengecualian cukai?

Ya, kita boleh mendapatkan pengecualian cukai dengan bantuan deposit tetap.

8. Adakah terdapat had maksimum yang boleh kita labur melalui deposit tetap?

Had maksimum jumlah deposit tetap adalah berbeza-beza daripada satu bank ke bank yang lain.

9. Bagaimana nak terima dana sebaik sahaja kita putuskan untuk mengeluarkan jumlah pada tarikh matang deposit tetap?

Amaun tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank kita.

10. Bolehkah kita dapatkan kadar faedah yang berbeza jika kita seorang warga emas?

Ya, kebanyakan bank yang menawarkan deposit tetap khusus untuk warga emas. Secara umumnya ia mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi daripada akaun deposit tetap biasa.

11. Apakah mata wang selain daripada Ringgit Malaysia diterima sebagai simpanan deposit tetap?

Deposit tetap mata wang asing meliputi mata wang asing seperti Dolar Amerika Syarikat, Dolar Australia, Yen Jepun, Euro, Dolar Kanada, Swiss Franc, Yuan, Pound Sterling, Dolar Hong Kong, Dolar New Zealand, Dolar Singapura dan Thai Baht adalah merupakan di antara mata wang utama yang diterima.

12. Apakah terdapat deposit tetap korporat?

Sama seperti deposit tetap yang ditawarkan oleh bank atau institusi kewangan, deposit tetap korporat adalah deposit tetap yang ditawarkan oleh syarikat korporat pada kadar faedah yang lebih tinggi.

13. Apakah yang dimaksud dengan e-Deposit Tetap?

e-Deposit Tetap adalah akaun deposit tetap di atas talian yang boleh dipantau melalui portal laman web bank yang menawarkannya.

14. Adakah kita akan mendapat sijil pelaburan?

Ya, kita akan dapat sijil deposit tetap sebagai rujukan.

15. Jika kita memilih untuk tidak mengeluarkan wang daripada deposit tetap pada tempoh matang dan memutuskan untuk memperbaharuinya, bolehkah kita mengubah terma tersebut?

Ya, pada tempoh kematangan deposit tetap dan kita memilih untuk memperbaharuinya, boleh semak semula terma yang berkaitan dengan deposit tetap yang baru.

Dikarang oleh BBazaar Malaysia. Disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.com

BBazaar Malaysia (BBazaar.my) adalah sebahagian daripada BankBazaar International,pasaran utama dalam talian neutral yang membantu pengguna membuat keputusan mengenai produk kewangan seperti pinjaman, insurans, kad kredit, simpanan tetap, akaun simpanan, dana bersama dan banyak lagi. Perkhidmatan BBazaar Malaysia ditawarkan melalui platform yang selamat, mesra pengguna dan intuitif. Ditubuhkan pada tahun 2008, BankBazaar bertumpu kepada penggunaan teknologi untuk menyediakan transaksi tanpa kertas dari mula hingga akhir yang memberi keselesaan kepada pelanggan. Hasilnya adalah pemberian tawaran peribadi hingga ke peringkat individu. Dengan bantuan pasukan khidmat pelanggan yang komited dan komuniti pengguna yang semakin meningkat, BankBazaar adalah cara paling mudah untuk orang ramai mencari dan memilih produk kewangan yang tepat secara dalam talian.

BankBazaar disokong oleh pelabur global berkaliber termasuk Walden International, Sequoia Capital, Fidelity Growth Partners, Mousse Partners, Amazon dan Experian.

Di samping menawarkan produk kewangan, BBazaar Malaysia (BBazaar.my) juga menyediakan artikel yang boleh diakses di: https://blog.bbazaar.my, mengenai topik kewangan dan gaya hidup peribadi setiap hari. Artikel artikel dipermudah kan untuk semua orang dari para pemula hinggalah ke pakar. BBazaar Malaysia (BBazaar.my) percaya bahawa setiap orang perlu diberi peluang untuk belajar mengenai dunia kewangan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

SC Lulus 18 Permohonan Ekuiti Dengan Jumlah Permodalan Pasaran RM9.04 Bilion Pada 2023

Sumber : themalaymailonline.com

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan 18 permohonan ekuiti, tujuh daripadanya untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan jumlah permodalan pasaran sebanyak RM9.04 bilion pada 2023.

Suruhanjaya itu berkata anggaran jumlah dikumpulkan daripada IPO ini adalah sebanyak RM2.81 bilion.

“Baki permohonan yang diluluskan termasuk 11 pemindahan penyenaraian daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama,” kata SC dalam Laporan Tahunan 2023, yang dikeluarkan hari ini.

Pengawal selia itu meluluskan 16 permohonan ekuiti pada 2022 dengan jumlah permodalan pasaran sebanyak RM3.08 bilion.

SC berkata terdapat 32 penyenaraian baharu tahun lepas, tujuh daripadanya di Pasaran Utama, 24 di Pasaran ACE dan satu baki lagi di Pasaran LEAP dengan permodalan pasaran berjumlah RM13.63 bilion.

Jumlah dana yang dikumpulkan daripada penyenaraian baharu dianggarkan sebanyak RM3.58 bilion.

Menurut laporan itu, pasaran bon korporat dan sukuk Malaysia mencatatkan jumlah penerbitan sebanyak RM118.33 bilion pada 2023, pengurangan 22.82 peratus daripada RM153.32 bilion yang diterbitkan pada 2022.

“Terbitan bon korporat dan sukuk denominasi ringgit masih merupakan majoriti cadangan yang diluluskan oleh atau diserahkan kepada SC dengan jumlah nilai nominal sebanyak RM171.48 bilion, yang mana sukuk mewakili 57.30 peratus atau RM98.26 bilion,” katanya.

Pada 2023, SC berkata sebanyak 40 penarafan telah diberikan oleh agensi penarafan kredit kepada terbitan bon korporat dan sukuk denominasi ringgit yang diserahkan kepada suruhanjaya itu berbanding 45 penarafan pada 2022.

Bilangan terbitan yang tidak diberi penarafan meningkat sebanyak 75 peratus berbanding pada 2022 dan terdapat tiga bon korporat dan sukuk denominasi mata wang asing diserahkan kepada SC pada 2023.

 — BERNAMA