3 Sebab Kenapa Kita Perlu Melabur

Sebelum ini, kami ada kongsikan Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Nak Mula Melabur. Perkara-perkara seperti apakah itu pelaburan, jenis-jenis pelaburan, bagaimana pilih pelaburan terbaik dan skim-skim cepat kaya ada diceritakan secara detail.

Sekarang dah tahu apa itu pelaburan, kita tengok pula 3 sebab kenapa kita perlu melabur.

1. Untuk Tangani Kenaikan Inflasi

Tahukah anda apakah inflasi ini? Inflasi merujuk kepada nilai duit yang semakin berkurangan saban tahun.

Saya bagi anda satu contoh. Lebih kurang 10 tahun yang lepas, sekeping roti canai di kedai makan adalah berharga 50 sen. Sekarang dapat lagi ke nak beli roti canai dengan harga 50 sen? TAK!!!

Disebabkan inflasi, nilai duit yang kita pegang akan semakin mengecil.

Anda bayangkan, kalau anda ada RM10,000 sekarang dan anda simpan bawah bantal. Lagi 10 tahun, duit yang anda ada jumlahnya masih RM10,000 .Tapi sebenarnya tanpa anda sedari nilai RM10,000 itu semakin mengecil setelah 10 tahun.

Sebaliknya jika anda melabur duit RM10,000 anda tu dalam pelaburan yang memberikan pulangan tahunan sebanyak 10%, setelah 10 tahun duit anda akan berkembang kepada RM25,937.00.

2. Beri Kadar Pulangan Yang Lebih Baik

Jika simpan di akaun bank biasa, anda tak berpeluang untuk menggandakan wang. Kalau simpan dalam instrumen Simpanan Tetap (Fixed Deposit) pula, ia hanya memberikan pulangan purata pada sekitar 4% setahun.

Melalui pelaburan, walaupun ia mempunyai risiko tersendiri dan tidak menjamin pulangan yang tetap ia dapat memberikan kadar pulangan yang lebih baik. Biasa dengar kan “Higher risk equals higher return”?

Jangan jadikan risiko sebagai penghalang untuk anda mula melabur. “Risk comes from not knowing what you’re doing”.

Jadi untuk mengurangkan risiko dari rugi dalam pelaburan, tuntutlah ilmu terlebih dahulu. Bila dah ada simpanan dan ilmu yang cukup, barulah mula melabur supaya wang anda tak melebur.

3. Sebagai Sumber Pendapatan

Selama ini anda bekerja untuk dapatkan wang betul tak Kalau tak kerja, tak dapat gaji, tak ada pendapatan. Pendapatan yang jenis ‘anda buat, anda dapat ni’ dipanggil sebagai pendapatan aktif.

Dengan adanya pelaburan, anda dapat tambahkan side-income anda melalui pendapatan pasif. Sebagai contoh, kalau anda ada RM50,000 dan laburkan duit itu dalam instrumen pelaburan yang dapat memberikan pulangan 10% setahun, anda dengan mudah dapat RM5,000 setahun tanpa perlu melakukan sebarang kerja. Simpan dan lupa.

Jika anda merasakan yang gaji tak naik-naik walaupun dah lama bekerja di tempat sedia ada, daripada merungut lebih baik anda mula melabur untuk menambahkan pendapatan. Kadang-kadang tak semua orang minat berniaga atau ada masa untuk buat 2-3 kerja memandangkan sudah berkeluarga.

Ada ke pelaburan yang boleh untung 10% setahun? Tabung Haji beri 6.25% manakala KWSP pula beri pulangan sebanyak 6.4% untuk simpanan syariah pada tahun 2017.

Tengok saja:

Yang penting, anda kena bijak cari peluang dan bukan cari alasan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend