5 Sebab Mengapa Wanita Perlu Melabur

Tidak kira umur dan jantina, setiap insan perlu melakukan pelaburan dalam kehidupan. Ada banyak pelaburan yang boleh diusahakan, kita ada saham, hartanah, emas, unit trust dan bermacam-macam lagi. Masing-masing ada kelebihan masing-masing, yang membolehkan kita menambah pendapatan dan juga meningkatkan simpanan untuk hari tua.

Oleh itu, wanita juga digalakkan untuk melakukan pelaburan kerana beberapa sebab. Jom tengok 5 sebab utama mengapa wanita perlu melabur.

Sebab 1:  Wanita Lebih Bijak Dalam Pelaburan Saham

Kebanyakan yang memonopoli dunia pelaburan saham adalah lelaki berbanding wanita. Hal ini mungkin kerana wanita kita masih skeptikal dan menganggap orang lelaki saja yang hebat bercerita pasal saham.

Kalau diikutkan kajian, sebenarnya wanita lebih bijak dalam bidang pelaburan saham berbanding lelaki. Nak tahu kenapa, jemput baca Kenapa wanita lebih pandai melabur berbanding lelaki?

Sebab 2: Wanita Impikan Persaraan Awal

Ini merupakan fakta yang tidak dapat disangkal kerana ramai wanita yang bekerjaya ingin bersara awal dan menumpukan perhatian kepada keluarga, terutamanya sebab nak ‘menjaga’ suami dan anak-anak. Sebab itulah, wanita perlu terlibat dalam pelaburan sejak usia muda lagi.

Jadi bila bersara kelak, adalah pendapatan selain daripada wang pencen / KWSP. Ini sedikit sebanyak akan membantu mereka ketika ‘sesak’ atau bila tiada sumber pendapatan lain.

Tapi zaman moden ni, macam-macam kaum wanita kita boleh buat. Cuba baca Nikmat Isteri Zaman WiFi, Melekat di Rumah Juga Boleh ‘Masyuk’.

Sebab 3: Wanita Lebih Bijak Menguruskan Hal Perbelanjaan

Kaum wanita ni sejak azali lagi telah ditugaskan untuk menguruskan hal perbelanjaan rumah termasuk hal anak-anak berbanding lelaki. Mereka juga lebih arif dan tahu akan status kewangan rumahtangga. Maka sayang kalau pengalaman ini tidak digunapakai dalam aktiviti mengembangkan duit (pelaburan).

Sebab 4:  Wanita Boleh Bantu ‘Top-up’

Pelaburan merupakan salah satu cara terbaik untuk menggandakan wang simpanan. Dengan adanya pelaburan, dapat juga ‘top-up’ mana yang kurang dalam akaun bank rumahtangga dan membantu suami. Malah, kita boleh anggap pelaburan itu sebagai sumber pendapatan kedua.

Sebab 5: Wanita Boleh Berdiri Sendiri

Sebagai contoh, apabila terlibat dengan pelaburan hartanah, wanita mempunyai harta tersendiri untuk kegunaan masa depan. Andai kata ditakdirkan menjadi ibu tunggal, wanita boleh meneruskan kehidupan dengan adanya harta yang dimilikinya sendiri.

Dengan cara ini, wanita boleh “berdiri sendiri” dengan kudrat yang ada, tanpa bergantung kepada seseorang yang bernama lelaki.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend