9 Perkara Wajib Tahu Tentang Waqaf

Mesti pernah dengar pasal waqaf ni kan? Tapi mesti ramai lagi yang tak berapa pasti apa itu waqaf, apa perbezaan waqaf dengan sedekah; dan banyak lagi.

Jom kita sama-sama belajar tentang waqaf dengan mengambil tahu 10 perkara tentang waqaf seperti  berikut:

1. Definisi Waqaf

Waqaf daripada segi bahasa bermaksud berhenti, menegah dan menahan. Menurut istilah syarak pula, waqaf bermaksud harta yang ditahan haknya daripada dijual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya.

Manfaat harta yang diwaqafkan adalah untuk kebajikan umum atau khusus dengan niat untuk mendekatkan diri pewaqaf kepada Allah SWT.

2. Waqaf Pula Terbahagi Kepada Dua – Waqaf Ahli Dan Waqaf Kebajikan

Biasa yang kita dengar tu adalah waqaf kebajikan, tetapi ada juga waqaf ahli yang jarang kedengaran.

1. Waqaf Khairi (Waqaf Kebajikan) – Terbahagi kepada 2 iaitu:

a) Waqaf Am

Waqaf yang manfaatnya untuk orang ramai yang boleh digunakan oleh semua orang Islam seperti waqaf Masjid dan Surau.

b) Waqaf Khas

Waqaf yang manfaatnya dikhususkan kepada Jihah tertentu seperti Madrasah, Rumah Anak Yatim dan sebagainya.

2. Waqaf Ahli (Waqaf Keluarga) -Iaitu waqaf yang memberi manfaat kepada keturunan Wakif atau keturunan Maukuf Alaihi seperti anak cucu dan turun-temurun.

3. Apa Pula Perbezaan Di Antara Waqaf Dan Sedekah?

Nampak macam serupa, tapi sebenarnya tak sama. Bagi waqaf, harta yang diwaqafkan adalah dimiliki oleh Allah SWT dan harta tersebut tidak boleh dijual, dihibah, dipindah milik dan berkekalan sampai bila-bila.

Manakala bagi sedekah pula, harta yang disedekahkan merupakan hak milik penuh penerima dan harta tersebut boleh dijual, dihibah, dipindah milik dan tidak berkekalan.

Daripada sudut pahala pula, orang yang berwaqaf akan mendapat ganjaran pahala sedekah dan pahala yang berkekalan (sentiasa mengalir) selagi harta itu dimanfaatkan. Berbeza pula dengan bersedekah, ia akan memperoleh pahala sedekah sahaja.

4. Kenapa Waqaf Ni Penting?

Banyak kesan positif dapat diperolehi dengan berwaqaf, di mana kita sebagai umat manusia dapat menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT. Selain daripada itu, kita sebagai pewaqaf juga akan memperoleh kebajikan yang berkekalan semasa hidup dan selepas kita meninggal dunia. Masih ingat lagi pahala yang berkekalan dan sentiasa mengalir sebentar tadi?

Dengan berwaqaf juga, kita dapat berkongsi pelbagai manfaat di kalangan masyarakat untuk kegunaan bersama. Selain daripada membina masjid dan sekolah tahfiz yang khususnya untuk membantu umat Islam, ada juga waqaf untuk kegunaan pembangunan masjid, kompleks asrama dan sebagainya untuk manfaat orang Islam dan juga yang belum beragama Islam.

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

5. Syarat-syarat Untuk Orang Yang Ingin Berwaqaf

Dah tahu apa itu waqaf dan kepentingannya, semakin tak sabar nak berwaqaf kan? Tunggu dulu, sebab nak berwaqaf ni ada juga syarat-syaratnya seperti berikut:

  1. Akil Baligh
  2. Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya
  3. Harta yang hendak diwaqafkan hendaklah dimiliki penuh oleh Pewaqaf
  4. Berwaqaf atas kerelaan sendiri tanpa ada paksaan

6. Memperkenalkan Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp)

WANCorp merupakan sebuah syarikat berhad dengan jaminan tanpa syer yang ditubuhkan oleh Johor Corporation (JCorp). Penubuhannya bertujuan bagi menguruskan aset dan saham syarikat dalam Kumpulan JCorp yang diwaqafkan. Oleh itu, WANCorp berperanan sebagai Maukuf Alaihi kepada saham dan lain-lain bentuk sekuriti syarikat perniagaan tersebut.

Pada asalnya WANCorp beroperasi secara khusus dengan nama Pengurusan Klinik Waqaf An-Nur Berhad bermula 25 Oktober 2000. Ketika itu ia ditubuhkan hanya untuk menguruskan klinik waqaf dan pusat dialisis di bawah Johor Corporation dengan pelaksanaan operasi oleh KPJ Healthcare Berhad.

Seterusnya, nama syarikat ditukarkan kepada Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad pada 19 Julai 2005 dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad pada 18 Mei 2009. Pertukaran nama mempunyai signifikasi yang jelas terhadap peranan lebih luas berkaitan skop yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat ini.

Di antara aset–aset yang telah diawaqafkan oleh pihak JCorp adalah:

Syarikat Tersenarai

  

Syarikat Tidak Tersenarai

Hartanah

Tengok saja track record WANCorp yang membanggakan! Siapa kata waqaf tidak membantu?

7. Waqaf Saham Larkin Sentral – Waqaf Saham Pertama Di Dunia

Bagi mereka yang ke Johor atau khususnya ke Johor Bahru, mesti tahu kewujudan Larkin Sentral bukan? Kalau di Kuala Lumpur, kita ada KL Sentral, di Johor pula kita ada Larkin Sentral, yang merupakan terminal pengangkutan utama di Johor Bahru.

Penawaran Waqaf Saham Larkin Sentral ini melibatkan sehingga 850 juta saham biasa baru dalam Larkin Sentral Property Berhad kepada Institusi-Institusi dan Individu-Individu pada harga langganan sebanyak RM0.10, setiap saham terbitan yang kemudiannya diberikan (Melalui Wakaf) kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

Ianya memberikan peluang kepada pewakaf-pewakaf individu dan institusi-institusi untuk melanggan saham-saham baru Larkin Sentral dengan nilai langganan minima RM 100 atau 1,000 unit saham dengan harga tawaran sebanyak RM 0.10 setiap saham dan seterusnya mewakafkan saham-saham tersebut kepada WANCorp melalui Hujjah Wakaf yang akan dilaksanakan di hadapan dua saksi.

Jumlah keseluruhan tawaran saham baru adalah sebanyak RM 85 juta atau 850 juta unit saham. Jumlah RM 85 juta akan digunakan untuk membiayai penambahbaikan Sistem Operasi Terminal dan pembangunan naiktaraf Bangunan Terminal Pengangkutan Larkin Sentral dan Pasar Awam yang terletak di Larkin, Johor Bahru. Pembangunan tersebut juga termasuk pembelian tanah, pembinaan ruang parkir bertingkat dan beberapa lot perniagaan yang akan dikhaskan kepada ibu tunggal dan golongan yang kurang berkemampuan untuk berniaga.

Dividen atau manfaat yang diperolehi oleh WANCorp dari penawaran ini akan digunakan untuk:

  • Untuk mengenakan kadar sewa yang munasabah bagi penyewa-penyewa terpilih Larkin Sentral
  • Mengenakan kadar sewa minimum untuk lot-lot kedai kecil yang diwujudkan dalam Larkin Sentral bagi ibu tunggal dan kumpulan berpendapatan rendah

Larkin Sentral Property Berhad (LSPB) telah mendaftarkan prospektus di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 18/6/2017 dan prospektus tambahan pada 17/5/2018. Pemantauan yang sangat teliti oleh SC bagi kutipan dan penggunaan dana Waqaf Saham Larkin Sentral.

Untuk bacaan lanjut, boleh muat turun Prospektus dan Prospektus Tambahan. Usah risau, kerana Waqaf Saham Larkin Sentral telah diiktiraf sebagai saham patuh Syariah oleh Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

8. Mulakan Berwaqaf Dengan Modal Minima RM100

Dah lepas semua syarat-syarat kelayakan yang berikut?

  1. Individu – Warganegara dan bukan warganegara berumur 18 tahun dan keatas.
  2. Institusi – Diperbadankan di Malaysia atau luar negara.

Terbaiklah! Kini anda dah bersedia untuk berwaqaf dengan Waqaf Saham Larkin Sentral. Caranya, sangat mudah.

Dua cara paling mudah adalah melalui Maybank2u dan FPX, boleh buat online je.

A. Berwaqaf Melalui Maybank2u.com

  1. Layari http://www.maybank2u.com.my/
  2. Log masuk ke www.maybank2u.com.my dengan memasukkan pengenalan pengguna dan PIN/kata laluan anda;
  3. Layari ke seksyen laman web mengenai “Pelaburan”;
  4. Pilih “Waqaf” untuk melanggan saham; dan ikut arahan seterusnya

B. Berwaqaf Melalui FPX

  1. Layari website Waqaf Saham Larkin Sentral di www.waqafsahamlarkin.com
  2. Klik “Mari Berwaqaf” dan ikut arahan seterusnya.

Terdapat 17 bank pilihan bagi membuat transaksi melanggan Waqaf Saham Larkin Sentral.

9. Kelebihan Waqaf Untuk Individu

Selain daripada menikmati ganjaran pahala sedekah dan pahala yang berkekalan (sentiasa mengalir) selagi harta itu dimanfaatkan; kita juga dapat menikmati potongan cukai.

Individu – Sehingga 7% daripada pendapatan agregat

Institusi – Sehingga 10% daripada pendapatan agregat

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mereka di talian 1800-222-922, emel [email protected] atau layari www.waqafsahamlarkin.com dan Facebook Waqaf Saham Larkin Sentral.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

SC Lulus 18 Permohonan Ekuiti Dengan Jumlah Permodalan Pasaran RM9.04 Bilion Pada 2023

Sumber : themalaymailonline.com

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan 18 permohonan ekuiti, tujuh daripadanya untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan jumlah permodalan pasaran sebanyak RM9.04 bilion pada 2023.

Suruhanjaya itu berkata anggaran jumlah dikumpulkan daripada IPO ini adalah sebanyak RM2.81 bilion.

“Baki permohonan yang diluluskan termasuk 11 pemindahan penyenaraian daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama,” kata SC dalam Laporan Tahunan 2023, yang dikeluarkan hari ini.

Pengawal selia itu meluluskan 16 permohonan ekuiti pada 2022 dengan jumlah permodalan pasaran sebanyak RM3.08 bilion.

SC berkata terdapat 32 penyenaraian baharu tahun lepas, tujuh daripadanya di Pasaran Utama, 24 di Pasaran ACE dan satu baki lagi di Pasaran LEAP dengan permodalan pasaran berjumlah RM13.63 bilion.

Jumlah dana yang dikumpulkan daripada penyenaraian baharu dianggarkan sebanyak RM3.58 bilion.

Menurut laporan itu, pasaran bon korporat dan sukuk Malaysia mencatatkan jumlah penerbitan sebanyak RM118.33 bilion pada 2023, pengurangan 22.82 peratus daripada RM153.32 bilion yang diterbitkan pada 2022.

“Terbitan bon korporat dan sukuk denominasi ringgit masih merupakan majoriti cadangan yang diluluskan oleh atau diserahkan kepada SC dengan jumlah nilai nominal sebanyak RM171.48 bilion, yang mana sukuk mewakili 57.30 peratus atau RM98.26 bilion,” katanya.

Pada 2023, SC berkata sebanyak 40 penarafan telah diberikan oleh agensi penarafan kredit kepada terbitan bon korporat dan sukuk denominasi ringgit yang diserahkan kepada suruhanjaya itu berbanding 45 penarafan pada 2022.

Bilangan terbitan yang tidak diberi penarafan meningkat sebanyak 75 peratus berbanding pada 2022 dan terdapat tiga bon korporat dan sukuk denominasi mata wang asing diserahkan kepada SC pada 2023.

 — BERNAMA