Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) – Peluang Melabur Dalam Hartanah

Tidak dinafikan, kekurangan deposit merupakan satu penghalang kepada anda yang ingin melibatkan diri dalam pelaburan hartanah.

Tapi mesti anda pernah dengar tentang AHB kan? Yang iklan Neelofa berlakon tu. Dan tahukah anda, AHB dapat membantu anda untuk melabur dalam hartanah dengan modal yang sangat rendah.

Apa itu AHB?

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) merupakan dana unit trust yang patuh syariah yang melabur dalam hartanah komersil yang kebanyakannya terletak di Lembah Klang.

Konsep AHB adalah sama seperti pelaburan ASB, di mana harga seunit adalah tetap pada harga RM1. Apa yang membezakannya adalah, AHB ini merupakan sepenuhnya pelaburan hartanah.

AHB ini pula ditubuhkan oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan diuruskan oleh Maybank Asset Management Sdn Bhd. Manakala Pemegang Amanah bagi AHB adalah AmanahRaya Trustees Berhad.

Dekat Mana AHB Melabur Dalam Hartanah?

Setakat ini, PHB mempunyai aset lebih daripada RM5.8 bilion dan keluasan hampir 7.6 juta kaki persegi.

Sumber: Laman Web PHB

Boleh rujuk kepada gambar di atas, memang kebanyakan daripada hartanah yang dimiliki adalah panas-panas belaka.

Prestasi Dividen AHB Sehingga 2017

Nama pun unit trust, sudah pastinya kita nak tengok track record pemberian dividen AHB ni kan?

Sumber: Maybank Asset Management

Dan yang lebih menariknya, hasil keuntungan yang anda dapat melalui dividen ini adalah dikecualikan daripada cukai. Malah, zakat juga sudah dibayar AHB siap-siap, maka yang dapat adalah keuntungan bersih.

Minimum Pelaburan?

Jumlah pelaburan minima adalah serendah RM100. Anda juga boleh melabur menggunakan akaun KWSP anda, tetapi minimum pelaburan melalui cara ini adalah RM1,000.

Cara Nak Buka Akaun?

Senang sahaja, anda hanya perlu pergi ke mana-mana cawangan Maybank atau pun AmBank yang berdekatan untuk membuka akaun AHB ini di sana.

Akaun ini ada 2 jenis, yang pertamanya adalah jenis akaun dewasa dan keduanya adalah jenis akaun remaja yang berumur 18 tahun ke bawah. Tiada masalah untuk anda jika ingin membuka akaun ini untuk anak-anak yang masih berumur 18 tahun ke bawah.

Kelebihan Melabur Di AHB

1. Pelaburan patuh syariah

2. Modal permulaan serendah RM100

3. Pulangan yang baik untuk tempoh pelaburan jangka masa panjang

4. Pengurusan yang professional dan juga berpengalaman dalam pelaburan

5. Dividen dikecualikan cukai dan telah dibayarkan zakat

Risiko Pelaburan AHB

1. Fokus kepada pelaburan hartanah semata-mata, sekiranya pasaran hartanah merudum, prestasi pelaburan juga akan terkesan.

2. Hartanah milik PHB berisiko tidak dapat disewakan, ia juga bakal menganggu prestasi dalam pelaburan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend