Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Compounding Interest’

Compounding interest

Albert Einstein, seorang cendekiawan terkemuka pernah mengatakan bahawa ‘compounding interest’ adalah keajaiban dunia yang ke-lapan (the 8th wonder of the world), dan mereka yang memahami konsep ini akan memperolehi keuntungan kewangan yang berlipat ganda.

Apa Sebenarnya Compounding Interest?

Dikenali sebagai faedah berganda di dalam Bahasa Malaysia, ianya diperolehi apabila anda melaburkan semula keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan asal. Ini akan menjadikan pelaburan anda menjana pulangan yang lebih tinggi untuk tempoh seterusnya.

Dalam kes ini, anda sebenarnya menggunakan elemen ‘masa’ sebagai penggerak utama yang bekerja untuk anda bagi menghasilkan pulangan yang lumayan.

Sebagai contoh, jika anda bermula dengan simpanan RM10,000 di dalam suatu pelaburan baru dengan pulangan 7% setahun, anda akan mendapat RM700 pulangan keuntungan selepas dua belas bulan pertama. Ramai mungkin akan memilih untuk membelanjakan keuntungan ini, tetapi jika anda laburkan semula pulangan ini (tidak mengeluarkan atau membelanjakannya); ini bermakna pada akhir tahun tahun kedua anda akan memperolehi pulangan RM749, lebih tinggi daripada pulangan tahun pertama.

Tak Faham? Jom Tengok Jadual Ni

Marilah kita membuat unjuran kewangan dalam tempoh 10 tahun seperti jadual berikut:

Tahun Pelaburan Pulangan Nilai Pulangan Tahunan Jumlah Dilabur Semula
1 RM10,000 7.0% RM700.00 RM10,700
2 RM10,700 7.0% RM749.00 RM11,449
3 RM11,449 7.0% RM801.43 RM12,250
4 RM12,250 7.0% RM857.53 RM13,108
5 RM13,108 7.0% RM917.56 RM14,026
6 RM14,026 7.0% RM981.79 RM15,007
7 RM15,007 7.0% RM1,050.51 RM16,058
8 RM16,058 7.0% RM1,124.05 RM17,182
9 RM17,182 7.0% RM1,202.73 RM18,385
10 RM18,385 7.0% RM1,286.92 RM19,672

Jadual ini jelas menunjukkan bahawa selepas 10 tahun, anda telah pun menggandakan wang anda tanpa perlu berbuat apa-apa!

Boleh disifatkan bahawa pulangan anda telah melonjak daripada 7.00% setahun kepada 9.67% setahun (dikira secara purata), dimana pertambahan keuntungan itu hasil daripada kesan compounding interest yang telah anda laburkan kembali.

Senario di atas adalah dengan beranggapan tiada pelaburan tambahan dilakukan dalam tempoh tersebut. Jika ada, pastinya nilai pulangan akan bertambah tinggi lagi!

Masa Adalah Best Friend Kita

Perlu difahami bahawa pengunaan konsep ini boleh dilihat sebagai opsyen jangka masa panjang didalam sesuatu pelaburan, dimana elemen masa adalah pendorong utama dalam mengembangkan pelaburan.

Adalah penting untuk memastikan tahap disiplin diri yang tinggi untuk tidak mengeluarkan atau membelanjakan keuntungan yang diperolehi (mesti susah kan?). Lebih digalakkan lagi jika kita boleh menambah jumlah pelaburan itu dari semasa ke semasa.

Masih tidak terlalu lewat untuk kita mula membuat pelaburan, dan kita boleh bermula dengan jumlah yang kecil mengikut kemampuan masing-masing. Dengan perancangan masa depan yang baik, anda pasti akan menikmati hasilnya kelak. Selamat mencuba!

Ditulis Oleh: Kamil Adlee

 

* OK ini bukan main-main, siapa serius nak Tuan Kamil Adlee muncul dengan tips-tips seperti “Bagaimana saya mulakan langkah untuk dibayar dalam USD”, “Kenapa saya pilih USD sebagai sumber pendapatan saya”“6 langkah untuk kerja dari rumah, sambil dapat income dalam USD” & bermacam-macam lagi, tolong follow beliau di sini

Cukup 100 Likes ke 100 Shares ke 100 Follow ke, pihak kami akan minta beliau tulis artikel premium tersebut.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend