Apa Itu Futures Crude Palm Oil (FCPO) Atau Pasar Hadapan Minyak Mentah Kelapa Sawit?

Topik ini membincangkan tentang FCPO serta spesikasinya secara lanjut. Walaupun berupa textbook content, tetapi adalah penting untuk anda mengenali FCPO sebelum memulakan trade.

FCPO adalah salah satu dari produk futures yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia Derivatives (BMD). Ia adalah produk futures yang mematuhi syariah (syariah compliant) yang disandarkan kepada market fizikal kelapa sawit dunia.

FCPO didefinisikan sebagai suatu kontrak derivatif (yang diperakui undang-undang Malaysia) di antara pembeli dan penjual untuk menerima atau menghantar minyak sawit mentah (1 lot FCPO bersamaan dengan 25 Tan Metrik minyak sawit mentah) pada suatu masa tertentu di masa hadapan.

Market niaga hadapan CPO adalah penanda aras harga minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit di seluruh dunia. Pada awalnya ia menggunakan sistem open outcry dan kemudiannya pada tahun 2001 ditukar kepada platform elektronik yang membolehkan urusniaga yang lebih efisien dan mampu menarik lebih ramai pelabur.

FCPO diniagakan dalam Ringgit Malaysia. Satu pergerakan minima harga (satu tick) bagi FCPO adalah RM1 di futures yang membawa nilai sebenar RM25.00. Oleh itu jika harga FCPO bergerak sebanyak RM5.00, ini bermakna nilai sebenar kepada trader adalah RM25.00 X RM5.00 = RM125.00.

Kontrak FCPO adalah urusniaga patuh syariah (syariah compliance) dimana ia telah diiktiraf oleh Shariah Advisory Bursa Malaysia.

Oleh yang demikian pedagang-pedagang pasaran hadapan muslim tidak perlu ragu-ragu akan halal dan haram kontrak FCPO ini berbanding lain-lain instrumen pelaburan.

Tujuan Kontrak FCPO Di Bursa Malaysia Derivatives

  • Pengurusan risiko – Kontrak FCPO digunakan oleh syarikat perladangan, pengilang dan pengeksport untuk mengurus risiko dan hedge (lindung nilai) terhadap risiko ketidaktentuan pergerakan harga CPO di market
  • Spekulasi – Pedagang kontrak market hadapan boleh menjana keuntungan daripada pergerakan turun naik harga FCPO.
  • Menambah pegangan/keuntungan dalam market komoditi – Pengurus dana dan pelabur dapat menyertai secara terus dalam market

Kelebihan Pasaran Hadapan CPO (FCPO)

Kelebihan FCPO adalah seperti berikut:

  • Pasaran Hadapan CPO adalah sah disisi undang-undang kerajaan Malaysia dan syariah. FCPO diuruskan oleh Bursa Malaysia Derivatives (BMD).
  • Tiada unsur-unsur penipuan dan deposit haram.
  • Market adalah dua hala. Pedagang boleh menjana keuntungan semasa keadaan pasaran naik serta pasaran turun.
  • Boleh menjana keuntungan yang lumayan dalam satu hari. Dengan 1 lot, pedagang mampu memperolehi RM 250.00 – RM 800.00 bergantung kepada pergerakan market.
  • Boleh memperolehi keuntungan secara harian, mingguan atau bulanan. Bergantung kepada strategi pedagang.
  • Modal permulaan yang rendah. FCPO diniagakan dalam matawang Ringgit Malaysia
  • Market yang sangat aktif berbanding komoditi lain di BMD.

Fakta Futures Crude Palm Oil (FCPO) Dunia

  • Pengeluaran tahunan minyak sawit menjangkau 25-27 juta tan dan merupakan minyak sayuran kedua terbesar dunia.
  • Malaysia merupakan pengeluar nombor dua (2) terbesar minyak sawit dunia selepas Indonesia.
  • Malaysia (10 juta tan) dan Indonesia (13 juta tan) adalah pengeluar minyak sawit terbesar dunia. Jumlah pengeluaran meliputi 85% daripada keseluruhan minyak sawit dunia.
  • Lebih kurang 80% (21-23 juta tan) pengeluaran global adalah untuk pasaran eksport.
  • India, China dan EU adalah pengimport terbesar minyak sawit.
  • Harga yang kompetetif menjadi asas utama peningkatan permintaan minyak sawit dunia.

Fakta Penting Market FCPO Dunia

  • Bursa Malaysia Derivatives (BMD) adalah market hadapan CPO yang terbesar dunia.
  • Harga minyak sawit FOB Malaysia dan Indonesia mempengaruhi harga market fizikal CPO.

Faktor Fundamental Harga FCPO Dunia

  • Faktor permintaan dari pengguna seluruh dunia

Harga CPO banyak dipengaruhi oleh permintaan daripada penduduk dunia. Peningkatan populasi penduduk dunia merancakkan penggunaan minyak sawit melalui penambahan permintaan makanan, pengeluaran produk-produk oleokemikal dan penggunaan bio-fuel sebagai alternatif kepada sumber petroleum untuk bahan bakar.

  • Bekalan daripada negara pengeluar minyak sawit seperti Malaysia dan Indonesia

Jumlah pengeluaran minyak sawit Malaysia dan Indonesia menjadi pengukur kepada turun naik harga CPO. Peningkatan hasil tuaian kelapa sawit banyak menyumbang kepada peningkatan pengeluaran minyak sawit.

  • Senario permintaan daripada negara pengguna seperti China, India dan EU

Faktor permintaan daripada China, India dan EU-27 amat mempengaruhi harga market CPO kerana negara-negara berkenaan merupakan pengguna terbesar minyak sawit dunia. Permintaan semakin menggalakkan apabila tiba pada hari-hari perayaan tertentu di negara mereka.

  • Paras harga gantian (substitution) antara minyak soya dan minyak sawit.

Harga premium minyak sawit terhadap minyak soya menggalakkan permintaan dari negara-negara pengguna berbanding minyak soya. Harga CPO yang lebih murah dapat menjimatkan kos secara keseluruhan.

  • Turun naik harga minyak mentah dunia. CPO digunakan untuk pengeluaran bio-diesel.

Faktor harga minyak mentah dunia memberi impak besar kepada harga CPO kerana ia digunakan untuk pengeluaran minyak bio-diesel. Semakin tinggi harga minyak mentah, harga CPO turut mengikut trend yang sama.

  • Bandingkan pergerakan CPO dengan Minyak Soya Mentah (Soybean Oil) dan Minyak Mentah (Crude Oil) :

Carta Soybean Oil (4 Jam)

Carta Crude Oil (4 Jam)

Carta FCPO (4 Jam)

Ditulis Oleh:

Mohd Azuri Zukainain (Matt) aka Tuan Penjejakx

Licensed Capital Market Services Representatives, Maybank Investment Bank (MIB)

Author of Seni Peperangan FCPO and Candlestick Notebook

Trader and Coach of NYMEX, Bursa Malaysia Derivatives (BMD) and FinTech Markets

Telefon/Whatsapp: +6.013.306.5104

Skype: Matt4304

Dan khabarnya beliau akan mengadakan satu sesi coaching seperti di atas:

  • Pengenalan FCPO, Crude Oil dan Global Markets 
  • Charting & Software Coaching: TC Pro/N2N, Trading View, MT4/5
  • Analisa Fundamental 
  • Sentimen Pasaran
  • Charting Software & Trading Account
  • Analisa Teknikal
  • Chart Pattern 
  • Support & Resistances and Validation Zone
  • Fibonacci
  • Teknikal Indikator (Lagging vs Leading) 
  • EFCS Trading Setups
  • Order Flow Concept
  • Understanding Market Manipulation Zone
  • Finance Management
  • Holistic Trading Applications
  • Understanding Market
  • Psikologi dalam Trading
  • Trading Simulation and Practical

Jika berminat nak tahu lebih lanjut, boleh daftar di sini.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend