Lepas tahu maksud Pelaburan, baru mula melabur

Orang kata nak ‘main saham’ ni bukan senang, yeke?

Macam-macam ilmu nak kena belajar.

Standard lah tu, kalau tak nak perbaiki diri sendiri – beli je ASB yang boleh bagi dividen 7-8% setiap tahun.

Tapi kalau nak extra, usaha pun kenalah extra kan?

Sebelum tu nak tanya lah, biasa dengar perkataan pelaburan?

Kalau tahu Alhamdulillah, kalau tak tahu; meh nak bagitahu:

“Pelaburan adalah memperuntukkan duit dengan harapan ia bertambah nilai pada masa hadapan”

Kalau masih blur-blur, kita ambil contoh mudah:

  1. Ali melabur RM1,000 ke dalam ASB. Setelah setahun duitnya disimpan, ASB isytihar dividen 8%. Ini bermaksud selepas setahun dalam ASB, duit Ali kini menjadi RM1,080.
  2. Ahmad beli rumah dengan harga RM100,000. Selepas setahun, beliau menjual rumah tersebut dengan harga RM110,000. Secara kasarnya Ahmad telah untung RM10,000 dalam masa setahun atau mendapat pulangan 10%
  3. Abu beli emas sebanyak 10gram dengan harga RM150. Tiga bulan kemudian harga emas melonjak naik sehingga RM180 bagi 1gram emas. Abu menjualnya dan mendapat keuntungan RM30. Ini bermakna Abu untung sebanyak 30% dalam masa 3 bulan je.

Biasa dengan senario di atas ni tak?

Kesemuanya adalah pelaburan, samada kita sedar atau pun tidak. Begitulah halnya dengan saham.

Kita letakkan sejumlah wang, dengan harapan wang itu akan bertambah di kemudian harinya. Ada yang kena tunggu bertahun-tahun, ada yang makan bulan, tak kurang juga yang beberapa minggu duit tu dah beranak-pinak.

Tapi jangan gelojoh sangat, anda perlu tahu yang setiap pelaburan ada risikonya.

Kalau nak selamat, laburlah duit hasil titik peluh anda di tempat yang mana modal anda tidak terjejas. Sebagai contoh, anda labur RM1,000 – ekonomi teruk macamana pun masih dapat balik RM1,000. Kalau dapat dividen sikit pun jadilah, asalkan modal RM1,000 tadi tak terusik.

ASB adalah contoh pelaburan di mana modal anda ‘selamat’.

Tapi bagaimana pula dengan rumah atau emas? Rumah sudah tentu memerlukan belanja yang besar, dan tidak semua orang mampu beli rumah. Nak kena apply loan bank dulu, kalau approve kena bayar stamp duty pulak, duit lawyer lagi. Tapi ada ke jaminan yang rumah kita beli RM100,000, akan naik harga?

Sama juga kesnya dengan emas.

Hari ni harga emas RM150 untuk 1gram. Bulan depan naik RM155 untuk 1gram. Hujung tahun turun pula sampai RM140 untuk 1gram. Kalau turun lagi macamana?

OKlah, cukup setakat ini dulu kita bincang topik “Apa itu pelaburan”. Harap anda dapat sikit sebanyak ilmu tentang pelaburan.

Nanti kita sambung pasal pelaburan emas pula ya lepas ni.

Previous ArticleNext Article

SC Lulus 18 Permohonan Ekuiti Dengan Jumlah Permodalan Pasaran RM9.04 Bilion Pada 2023

Sumber : themalaymailonline.com

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan 18 permohonan ekuiti, tujuh daripadanya untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan jumlah permodalan pasaran sebanyak RM9.04 bilion pada 2023.

Suruhanjaya itu berkata anggaran jumlah dikumpulkan daripada IPO ini adalah sebanyak RM2.81 bilion.

“Baki permohonan yang diluluskan termasuk 11 pemindahan penyenaraian daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama,” kata SC dalam Laporan Tahunan 2023, yang dikeluarkan hari ini.

Pengawal selia itu meluluskan 16 permohonan ekuiti pada 2022 dengan jumlah permodalan pasaran sebanyak RM3.08 bilion.

SC berkata terdapat 32 penyenaraian baharu tahun lepas, tujuh daripadanya di Pasaran Utama, 24 di Pasaran ACE dan satu baki lagi di Pasaran LEAP dengan permodalan pasaran berjumlah RM13.63 bilion.

Jumlah dana yang dikumpulkan daripada penyenaraian baharu dianggarkan sebanyak RM3.58 bilion.

Menurut laporan itu, pasaran bon korporat dan sukuk Malaysia mencatatkan jumlah penerbitan sebanyak RM118.33 bilion pada 2023, pengurangan 22.82 peratus daripada RM153.32 bilion yang diterbitkan pada 2022.

“Terbitan bon korporat dan sukuk denominasi ringgit masih merupakan majoriti cadangan yang diluluskan oleh atau diserahkan kepada SC dengan jumlah nilai nominal sebanyak RM171.48 bilion, yang mana sukuk mewakili 57.30 peratus atau RM98.26 bilion,” katanya.

Pada 2023, SC berkata sebanyak 40 penarafan telah diberikan oleh agensi penarafan kredit kepada terbitan bon korporat dan sukuk denominasi ringgit yang diserahkan kepada suruhanjaya itu berbanding 45 penarafan pada 2022.

Bilangan terbitan yang tidak diberi penarafan meningkat sebanyak 75 peratus berbanding pada 2022 dan terdapat tiga bon korporat dan sukuk denominasi mata wang asing diserahkan kepada SC pada 2023.

 — BERNAMA