Bro, Biasa Dengar Tak ‘Compounding Interest’? Ini Ada Contoh Kiraan

Apa benda ni? Kalau direct translate maksudnya Faedah Kompaun. Macam kena kompaun jalan raya tu ke?

Bukanlah…

Artikel sebelum ini telah diterangkan Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Compounding Interest’, iaitu secara ringkasnya melaburkan kembali keuntungan yang diperolehi.

Kali ini kita akan lihat dengan lebih lanjut bagaimana kita dapat mengaplikasikan konsep ini di dalam apa jua bidang pelaburan yang kita ceburi.

Jika sebelum ini, contoh yang diberikan adalah dengan menggunakan simpanan asas RM10,000 sebagai permulaan. Tetapi secara jujurnya, berapa ramai di antara kita yang punya simpanan sebanyak itu untuk memulakan pelaburan?

Alternatifnya, kita akan lihat pula kesan faedah berganda ini apabila kita hanya melakukan simpanan bulanan RM100 secara tetap selama 10 tahun.

Simpanan bulanan = RM100

Tempoh = 10 tahun (120 bulan)

Pulangan pelaburan = 7.0% setahun

Dilihat bahawa dengan hanya simpanan tetap RM100 setiap bulan, selepas 10 tahun kita akan mempunyai sebanyak RM17,398 berbanding dengan RM12,000 nilai simpanan kumulatif.

Lebihan pulangan RM5,398 (45%) ini adalah kesan faedah berganda dalam tempoh tersebut.

Jika nak dibandingkan dengan contoh sebelum ini, pastinya dengan modal permulaan yang besar akan menghasilkan pulangan yang lebih lumayan.

Namun perlulah kita ingat bahawa kiraan ini berdasarkan permulaan dari nilai sifar (starting from zero) dan kita hanya mula melabur sedikit demi sedikit. Dapat kita simpulkan di sini bahawa di dalam apa jua situasi, kita dapat merebut peluang untuk membolehkan wang bekerja untuk kita dengan menggunakan elemen masa.

Anda boleh mencuba sendiri kiraan faedah berganda ini di laman web dibawah:

https://www.thecalculatorsite.com

Anda cuma perlu memasukkan data-data asas seperti nilai caruman awal atau berkala, tempoh simpanan dan pulangan pelaburan. Sebagai seorang pelabur, adalah penting bagi kita untuk membuat kira-kira asas unjuran perkembangan dan kemajuan dalam tahun-tahun yang mendatang.

Elakkan Daripada Terpedaya Dengan Skim Cepat Kaya

Walaupun sudah masuk tahun 2022, masih ramai yang terpedaya dengan pelbagai skim cepat kaya yang ada di luar sana. Kononnya labur RM10,000 sekali seumur hidup, tapi dapat pulangan RM500 setiap bulan konsisten untuk selama-lamanya. Tak sangka sebenarnya masih ramai yang percaya dan terpedaya dengan konsep skim piramid ini.

Sifat seorang pelabur yang baik juga adalah mereka yang dapat mempelbagaikan komponen pelaburan mereka ke dalam pelbagai portfolio seperti saham, unit amanah, hartanah dan lain-lain lagi. Dengan ini, risiko pelaburan dapat diminimakan dan menjanjikan pulangan yang lebih konsisten.

Jangan lupa setiap pelaburan ada risikonya. Tetapi risiko yang paling dahsyat adalah dengan tidak berbuat apa-apa. Kena ingat kalau terlajak masa tak boleh undur bro. Mulakan langkah pertama sekarang.

Pelaburan Adalah Untuk Jangka Masa Panjang

Adalah diingatkan sekali lagi bahawa konsep ini adalah untuk pelaburan jangka masa panjang. Tiada jalan pintas untuk membina kekayaan dan banyakkan bersabar kerana kitaran ekonomi ni ada naik dan turunnya.

Persoalannya sekarang, logik ke nak capai 5% – 7% keuntungan minimum setiap bulan dalam pelaburan? Jawapannya adalah logik. Pasaran saham adalah tempatnya.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 dan 4.75 Sen Bagi ASM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan 5.25 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2024. 

PNB dalam satu kenyataan hari ini berkata jumlah pembayaran pengagihan sebanyak RM670 juta itu bakal memanfaatkan 552,297 pemegang unit.

Pengurus dana itu juga mengumumkan pengagihan pendapatan 4.75 sen bernilai RM1.33 bilion untuk Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2024, yang bakal memanfaatkan 699,807 pemegang unit.

Menurut PNB, sehingga 25 Mac, 2024, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM659.95 juta manakala ASM sebanyak RM1.42 bilion.

“Kedua-dua dana memperoleh pendapatan menerusi pendapatan terealisasi dan dividen daripada pelaburan domestik dan antarabangsa dalam persekitaran inflasi yang tidak menentu serta kebimbangan terhadap peningkatan kemelesetan ekonomi.

“Kedua-dua dana juga menjana hasil daripada strategi kepelbagaian portfolio dalam kelas aset lain seperti hartanah dan pelaburan persendirian, dengan penekanan terhadap instrumen pendapatan tetap yang menyediakan pendapatan berulang stabil,” katanya. 

PNB berkata pengagihan pendapatan ASB 2 dan ASM adalah bersamaan dengan jumlah pulangan masing-masing sebanyak 5.25 peratus dan 4.75 peratus, kedua-duanya mengatasi penanda aras deposit tetap 12-Bulan Maybank pada 2.84 peratus sebanyak 241 mata asas bagi ASB 2 dan 191 mata asas untuk ASM.

Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB 2 dan ASM adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi setiap dana.

“Pengagihan yang diisytiharkan oleh dana-dana ini akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April 2024,” katanya.

Urus niaga ASB 2 dan ASM di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet akan ditangguhkan sementara dari 29 hingga 31 Mac 2024 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh meneruskan semula urus niaga di portal myASNB atau melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara pada 1 April 2024.

— BERNAMA