Dekat mana KWSP laburkan RM700 bilion duit kita?

Mesti dah tahu kan KWSP Isytihar 5.70% Untuk Dividen 2016?

Menurut laman web KWSP, aset pelaburan KWSP setakat 31 Disember 2016 bernilai RM731.11 bilion berbanding jumlah simpanan ahli sebanyak RM704.27 bilion. Keuntungan pelaburan yang diperolehi selepas ditolak pelbagai kos pengurusan, diagih-agihkan maka dapatlah kita 5.7% tu.

Secara asasnya simpanan ahli KWSP dilaburkan dalam instrumen pelaburan seperti berikut:

  • Sekuriti Kerajaan Malaysia
  • Pinjaman, Debentur dan Bon-Bon
  • Saham-saham
  • Pasaran Wang
  • Hartanah

Di Mana KWSP Melabur?

Maklumat ini juga boleh diperolehi di laman web KWSP.

KWSP merupakan pelabur utama dalam Bursa Malaysia dengan wajaran besar dalam saham perbankan, perladangan dan minyak dan gas, yang mencatatkan kerugian besar. Faham tak ni? Maksudnya KWSP juga jual beli saham syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia (melalui Panel Pelaburan KWSP).

“Eh, KWSP beli saham apa?”

Boleh rujuk jadual di bawah:

Senarai 30 Pegangan Ekuiti Tertinggi Berdasarkan Peratus Daripada Terbitan Saham Setakat 30 September 2016

No. Share % Holding
1 Malaysia Building Society Bhd 65.40%
2 RHB Bank Bhd 40.85%
3 Malaysian Resources Corp Bhd 34.73%
4 Alliance Financial Group Bhd 16.65%
5 UMW Holding Bhd 16.21%
6 Malayan Banking Bhd 16.12%
7 Tenaga Nasional Bhd 15.38%
8 MBM Resources Bhd 15.35%
9 Cimb Group Holding Bhd 15.32%
10 Axiata Group Bhd 15.21%
11 AMMB Holdings Bhd 15.12%
12 Telekom Malaysia Bhd 15.00%
13 IJM Corporation Bhd 13.98%
14 Media Prima Bhd 13.86%
15 Sapura-Kencana Petroleum Bhd 13.64%
16 Genting Plantations Bhd 13.62%
17 Malakoff Corporation Bhd 13.61%
18 United Plantations Bhd 13.31%
19 KPJ Healthcare Bhd 12.75%
20 Dialog Group Bhd 12.74%
21 IJM Plantations Bhd 12.60%
22 Hong Leong Bank Bhd 12.56%
23 BIMB Holdings Bhd 12.53%
24 Digi.com Bhd 12.45%
25 Sunway Reit Bhd 12.26%
26 Axis Real Estate Investment Bh 12.26%
27 Kuala Lumpur Kepong Bhd 12.23%
28 Cahya Mata Sarawak Bhd 12.17%
29 Malaysia Airports Hlds Bhd 12.06%
30 Public Bank Bhd 11.82%

TERKINI : Senarai 30 Pegangan Ekuiti Tertinggi Berdasarkan Peratus Daripada Terbitan Saham Setakat 30 Jun 2017

KWSP juga mempunyai pelaburan dalam pembangunan hartanah dan saham prasarana termasuklah AS, United Kingdom dan Eropah.

Baru-baru ini KWSP juga telah melabur dalam projek infrastruktur sebagai alternatif. Terkini KWSP telah membeli 40% kepentingan dalam Nuzen Corporation Sdn Bhd (Nuzen), pemegang konsesi Duta-Ulu Kelang Expressway (Duke) bernilai RM1.13 bilion. Nuzen yang juga anak syarikat milik penuh Ekovest Bhd memeterai terma persetujuan bersama dengan KWSP bagi melupuskan kepentingannya dalam Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (Kesturi).

“Owh, baru tahu KWSP melabur dalam saham syarikat-syarikat ni..”

Bukan KWSP je boleh. Kita sebagai rakyat biasa juga boleh jual beli saham yang tersenarai di atas tu dan buat untung (pilih yang patuh syariah saja ok). Nak jual beli saham syarikat lain pun boleh, tak semestinya apa yang KWSP beli tu ‘bagus’.

Janji kalau nak terlibat dalam pelaburan saham kena ada akaun saham (CDS). Boleh baca di sini jika berminat nak tahu cara buka akaun CDS.

Kalau tak berani ambil risiko, jangan gatal nak terlibat. Ada cara lain, Pak Teh cadangkan kau melabur dalam Unit Trust guna Akaun I KWSP. Pelaburan jenis ini tetap berisiko tetapi kau tak pening kepala. Banyak dana patuh syariah di luar sana tu. Sama juga ceritanya, duit kau tu mereka akan tolong laburkan dalam Bursa Malaysia juga.

“Eh, bukan kena ada modal besar ke nak melabur saham ni?”

Itulah skeptikalnya orang kita. Suka sangat dengar cakap orang. Tahu tak saham bawah RM1 yang bagus-bagus pun banyak tersenarai? Boleh lihat senarai saham syarikat yang tersenarai di Bursa Market Place.

Bila dah pandai jual beli saham nanti nak dapat pulangan banyak mana pun boleh sebab kau sendiri yang pilih nak melabur di mana dan berapa lama. Untung rugi duit sendiri!

Baca lagi tentang pelaburan saham patuh syariah di Bursa Malaysia di sini.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend