Dekat mana Tabung Haji laburkan RM60 bilion duit kita?

Hasil dividen tabung haji

“Eh, berapa ramai agaknya yang dah buka akaun dekat Tabung Haji?”

“Setakat 2015, jumlah pendeposit dalam 8.8 juta orang je…jumlah simpanan dah mencecah RM62 bilion!”

RM62 bilion? Wow, dekat manalah agaknya Tabung Haji laburkan duit kita tu ye?

Kita semua tahu Tabung Haji (TH) isytihar dividen 5% tahun 2015.

Berapa pula agaknya dividen tahun 2016 nanti?
Kemaskini : Tabung Haji telah isytiharkan dividen 4.25% dan tambahan bonus haji sebanyak 1.5% kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2016.

Sikit atau banyak dividen yang bakal kita terima bergantung kepada keuntungan bersih yang bakal dibuat oleh Tabung Haji (lepas tolak belanja pentadbiran, operasi, cukai dan sebagainya)

Boleh rujuk prestasi Tabung Haji semasa tahun 2015 berdasarkan gambarajah di bawah:

Dividen tabung haji

Sumber : Laporan Tahunan Tabung Haji 2015

Kalau nak tahu, Tabung Haji menjana keuntungan melalui pelbagai bentuk pelaburan termasuk dalam bidang harta tanah, pasaran saham, dan pemilikan syarikat dan subsidiari yang menjalankan pelbagai perniagaan termasuk Bank Islam.

Jika di pasaran saham Bursa Malaysia, ini merupakan senarai pelaburan mereka bagi 20 syarikat teratas :

Syarikat Jumlah Pegangan (%) Nilai Saham sehingga Nov 2016 (RM juta)
TH Plantation 73.83 172.38
Theta Edge 68.7 5.87
BIMB Holdings 53.36 859.42
TH Heavy Engineering 29.81 11.93
Pelikan International Corp 28.66 33.86
Brahim’s Holding Bhd 19.28 7.91
Southern Acids Malaysia Bhd 13.05 17.77
Integrated Logistics Bhd 11.92 4.19
Cahya Mata Sarawak Bhd 11.81 113.24
Yi-lai Bhd 10.77 3.33
Naim Holdings 10.48 8.57
Glomac Bhd 10.29 13.64
Al-‘Aqar Healthcare REIT 10.16 27.13
WCT Holdings Bhd 10.15 54.66
Malakoff Corp Bhd 10.15 173.85
Alam Maritim Resources 10.13 4.9
MCT Bhd 10.08 34.28
Mudajaya Group Bhd 10 12.31
Progressive Impact Corp 9.89 2.17
Petra Energy Bhd 9.88 7.32

“Owh, baru tahu Tabung Haji melabur dalam saham syarikat tu rupanya..”

Ya, kita sebagai rakyat biasa juga boleh jual beli saham yang tersenarai di atas tu dan buat untung. Janji ada akaun CDS. Boleh baca di sini jika berminat.

Bila dah pandai jual beli saham nanti nak dapat pulangan 30% sebulan (bukan setahun ya) pun boleh. baca lagi tentang pelaburan saham patuh syariah di Bursa Malaysia di sini.

“Eh, kenapa Tabung Haji beli saham syarikat tu ek?

Soalan ini kena tanya panel pelaburan Tabung Haji.

Oh ya, kalau dengar ura-ura berita kata Tabung Haji ‘rugi’ tu maknanya mesti ada harga saham pegangan mereka yang jatuh.

Sebenarnya ia merupakan pelaburan yang belum dire­alisasi dan tidak boleh dianggap kerugian selagi penjualan belum dilaksanakan.

Maknanya selagi Tabung Haji tidak menjual saham yang dikatakan rugi ini, kita tidak boleh anggap­nya sebagai kerugian.

Walau apa pun, tahniah sebab sekarang anda dah tahu Tabung Haji melabur di mana.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend