Kompilasi Ayat Penyedap Hati Terbaru Geng-Geng Skim Cepat Kaya

Ramai orang tanya Pak Teh, Investment A ni ok ke? Investment B ni boleh percaya ke? Investment C ni agak-agak betul ke ke?

Jawapan saya: Kalau penganjur atau ejen yang mempromosi tu rasa boleh dapat untung besar, takkan dia ajak orang lain melabur sama. Baik dia diam-diam pinjam duit bank banyak-banyak pergi labur sendiri.

Skim Cepat Kaya terdiri daripada pelbagai jenis namun mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.

Jika pulangannya dijamin dan untung yang diberi berbentuk bulanan, tidak sebut langsung perkataan RUGI, itu adalah signal terbesar Skim Cepat Kaya.

INGAT – Pelaburan atau perniagaan yang menjanjikan keuntungan tetap, itu RIBA! HARAM di sisi Islam.

Rujukan 1 : Mengapa Pelaburan Tidak Boleh Menjamin Keuntungan
Rujukan 2 : Hukum Melabur Dengan Kadar Keuntungan Tetap – Ustaz Azhar Idrus

 

Walau cantik macam mana pun penerangan syarikat, atau nampak ‘logik’ pulangan bulanan yang diberikan, itu semua bohong. Mereka cuma pusing duit pelabur baru untuk bayar pelabur lama. Inilah namanya skim ponzi.

Sasaran mereka golongan kerja kerajaan (cikgu terutamanya) kerana mudah buat personal loan. Jenis suka duduk saja serta selalu update Facebook komplen tak cukup duit juga adalah sasaran mereka.

Berhati-hati. Penganjur dan ejen-ejen pengutip deposit ini juga bukan calang-calang orang. Mereka kelihatan sungguh profesional, pandai berhujah dan penuh ilmu agama di dada.

Macam biasa, bila ditegur mula keluar hadis bagai kononnya kata kita dengki.

 

Antara dialog-dialog terbaru bagi cubaan ‘menghalalkan’ skim pelaburan mereka:

#1 – “Tengok syarikat kami, guna akaun Bank Islam. Takkan Bank Islam boleh izinkan kami buka akaun dengan Bank Islam kalau kami jalankan skim cepat kaya?”

–Bank-bank di Malaysia adalah organisasi perniagaan dan berorientasi keuntungan, bukan penguatkuasa undang-undang.

#2 – “Tengok syarikat kami, masuk bilboard dekat New York Times Square. Syarikat ni memang besar. Takkan tak percaya lagi?”

–Setakat billboard di New York Times Square tu, bayar saja jika nak letak iklan.

#3 – “Tengok syarikat kami, masuk iklan TVAlhijrah. Takkan TVAlhijrah boleh izinkan kami beriklan kalau kami jalankan skim cepat kaya?”

–Sama seperti di atas

#4 – “Tengok syarikat kami, siap masuk suratkhabar, muka depan lagi. Takkan tak percaya lagi?”

–Sama seperti di atas

#5 – “Tengok syarikat kami, siap masuk Ekspo Antarabangsa! Takkan ini bisnes cap ayam?”

–Sama seperti di atas

#6 – “Tengok syarikat kami, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, takkan kami ni penipu.”

— Restoran mamak pun berdaftar dengan SSM. Tanya balik soalan ini; Ada tak Bank Negara beri lesen dekat syarikat kamu untuk kutip duit orang ramai?

#7 – “Tengok, yang join skim ni bukan calang-calang orang. Artis, Profesor, Datuk, Tan Sri, … lawyer, doktor, polis, ketua kampung… Tak percaya lagi?”

—Ini tidak membuktikan skim itu sah ,betul dan halal. Berhati-hati. Mereka akan sering menjaja nama-nama orang kenamaan, tokoh atau personaliti yang hebat dan berpengaruh bagi meyakinkan pelabur.

#8 – “Takut? Kami sediakan perjanjian jual beli (agreement) dengan mati setem dekat LHDN, tak percaya juga lagi?”

—Bila masa agreement yang siap mati setem dekat LHDN boleh menjamin sesuatu urusniaga itu sah dan bukan menipu? Kesian korang. Stamping ni membolehkan kontrak / agreement tersebut mempunyai nilai dari sudut undang-undang dan untuk membolehkan ianya diterima sebagai bahan bukti di Mahkamah, itu saja.

#9 – “Oh senarai hitam Bank Negara Malaysia itu adalah kerja pihak ketiga yang dengki dan ingin sabotaj business kami. Big bos sedang bersihkan nama dengan BNM dengan big bos BNM dan dapatkan sokongan orang kenamaan dalam kerajaan”.

—Bank Negara Malaysia ada polisi dan prosedur khas membuat siasatan, bukan main tangkap muat.

InshaAllah, kami akan tambah dialog-dialog ini dari semasa ke semasa.

 

Bagi senarai syarikat / pelaburan yang telah dimasukkan dalam pemerhatian Bank Negara Malaysia sila rujuk sini. Terbaru pihak Polis menganggarkan seramai 1.7 juta rakyat Malaysia tertipu dengan 27 skim pelaburan palsu yang menjanjikan pulangan lebih 100 peratus dalam tempoh Julai 2013 sehingga September lalu – Sumber Kosmo

Mengikut laporan Utusan Malaysia, ini adalah senarai skim pelaburan yang dikenalpasti sejak 2013 dan ada yang masih aktif untuk tahun 2017 (kami pasti ada banyak lagi di luar sana):

  1. Crude Palm Oil
  2. Highway Group Resources
  3. Mekah Islamic Hotel
  4. Federal Reserve Chicago Bond
  5. RJB Empire Group
  6. Venus Fx
  7. AAM Academy
  8. Celoreng Mindef
  9. Kongsi Makan
  10. Bit Coin – BitKingdom
  11. JJPTR
  12. Bit Coin – Al Mubin Agarwood
  13. Exorbitence Influence Sdn. Bhd. (Krubal)
  14. Richway
  15. Pelaburan Emas Royal Gold
  16. Dato Dave (Syarikat Aero Asia Holding)
  17. Monspace
  18. MFace / MBI
  19. Pelaburan Emas – Tok Belagak
  20. Pelaburan Emas – Pegasus Bullion
  21. Saham – Century Dinasty
  22. Pelaburan Forex – MGCFX
  23. Pelaburan Sunner Group
  24. Pelaburan GM Friday
  25. Focus Capital Growth
  26. Skim Perumahan DBI/Juta Kelulut
  27. Global Tijari

Tim MajalahLabur menggesa supaya jangan dilupakan dengan nama-nama ini yang telah masuk dalam senarai watchlist Bank Negara Malaysia (dikemaskini September 2017):

  • Zenith Gold
  • ARBA Network / Classic Worldwide Corporation (CWC)
  • Mymi1
  • Dinar Dirham
  • Water Beaute World Berhad (WBW)
  • Toga Capital Sdn Bhd
  • PTFX
  • Jutawan Apps

Tambah Ilmu Pelaburan

Sebab apa orang kita mudah sangat ditipu? Sebab utamanya tak ada ILMU. Nak ILMU kena cari bukan datang dengan sendiri. Come on la bro, sekarang zaman maklumat di hujung jari.

Baca juga Senarai Sifu-Sifu Pelaburan Saham & Kewangan Di Malaysia

NOTA KAKI : Geng skim cepat kaya yang lain akan share posting ni di wall mereka bagi ‘menghalalkan’ skim yang sedang mereka promosikan. Jika anda rasa penulisan ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah dikongsikan bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend