Emas kini boleh digunakan sebagai instrumen pelaburan

Standard syariah pelaburan emas

Saya percaya ramai di antara anda yang memiliki emas.

Ia merupakan salah satu daripada matawang yang paling lama wujud, walaupun kini duit kertas sebagai pengganti.

Ada berita baik untuk pelabur emas.

Berita baiknya adalah akhirnya emas telah diterima buat pertama kalinya sebagai instrumen pelaburan di dalam kewangan Islam selepas Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI), badan yang dibentuk bagi menetapkan standard industri berkenaan patuh Syariah telah mengeluarkan Standard Syariah pada 19 November lalu.

Rujukan tambahan : World Gold Council

Permintaan Emas Bakal Meningkat

Dengan adanya peraturan baru ini, ia pastinya membuka jalan bagi perbankan syariah menjalankan transaksi emas yang lebih aktif sekaligus meningkatkan permintaan terhadap emas.

Kita bakal menyaksikan kebangkitan emas sebagai matawang yang digunakan secara meluas di dalam perdagangan dunia.

Perniagaan kewangan Islam yang bernilai $1.88 trillion US Dolar bakal menjadi semakin rancak lepas ini dan bakal membuka peluang perniagaan baru.

Emas Sertai Ekuti, Hartanah, Bon Islam (Sukuk) Dan Takaful

Semua instrumen di atas merupakan patuh Syariah yang diperkenan di dalam dunia pelaburan Islam. Jika sebelum ini, ramai yang simpan dan peram sahaja emas di rumah, atau memakainya sebagai perhiasan di badan – kini anda boleh guna emas tersebut sebagai instrumen pelaburan.

Jika dahulu ia disifatkan sebagai komoditi yang pasif, kini emas pula boleh memainkan peranan yang lebih banyak untuk meningkatkan kekuasaan dan kekayaan bagi orang Islam secara langsung di seluruh dunia.

Perniagaan Kewangan Islam Semakin Diterima Ramai

Ini menandakan satu lagi kejayaan bagi kewangan Islam, dan tahniah kepada mereka yang bekerja keras sepanjang masa bagi memperjuangkan konsep kewangan Islam yang kini terkenal di seluruh dunia.

Malaysia yang merupakan hab kewangan Islam di rantau ini, semestinya menerima tempias terhadap pengumuman ini. Ramai yang beranggapan bahawa Malaysia merupakan pengamal kewangan Islam yang terbaik dan menjadikan Malaysia sebagai contoh bagi membangunkan kewangan Islam di negara masing-masing.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pernah menerbitkan panduan Parameter Syariah ke atas Dana Dagangan Bursa Islam berasaskan Emas dan Perak pada 2014.

Akhir kata, daripada anda simpan emas di bawah bantal atau di dalam almari – ayuh kita gunakannya sebagai instrumen pelaburan di samping menambah pendapatan anda sekeluarga.

 

AMARAN : Kepada anda yang mempromosikan skim peleburan Zenith Gold, sila jangan gunakan posting ini untuk menghalalkan skim emas anda yang terang lagi nyata TIDAK mendapat kelulusan pihak berautoriti seperti Bank Negara & TIDAK PATUH SYARIAH. Banyak pelaburan emas di pasaran, mana nak tahu betul ataupun tipu? Mudah sahaja, yang betul-betul kalau kita BELI EMAS MESTI DAPAT EMAS, tidak bertangguh, delay, atau kena tunggu dalam tempoh masa tertentu.

Rujukan tambahan : Majlis Fatwa – Syarat-Syarat Pelaburan Emas
Rujukan video : Jual Beli & Pelaburan Emas Serta Hukum Hakamnya

 

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend