Habislah Scammers Skim Cepat Kaya Lepas Ni.

Akta membenteras skim cepat kaya

Khas untuk semua penaja skim money game atau skim cepat kaya dan yang sewaktu dengannya samaada yang telah, sedang dan akan dilancarkan.

Tanggal 26 Januari 2017 yang lalu, Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Datuk Seri Jamil Salleh mengumumkan Akta Skim Kepentingan 2016 (Akta 778) akan dikuatkuasakan bersama-sama dengan Akta Syarikat 2016 (Akta 777) pada 31 Januari 2017.

Matlamat utama Akta 778 adalah mewujudkan dan mengawal satu ‘platform alternatif bagi pengumpulan dana’ oleh syarikat melalui penawaran skim kepentingan kepada orang ramai.

Takrifan ‘kepentingan’ yang digunapakai di dalam Akta 778 ini bermaksud, ‘apa-apa kepentingan atau hak untuk mengambil bahagian’ di dalam tiga jenis kegiatan ekonomi, iaitu skim pelaburan, skim kongsi masa (time share) atau skim keahlian rekreasi (recreation membership).

Tapi untuk perbincangan kita pada hari ini, ianya lebih menjurus kepada skim pelaburan – yang banyak terdapat di Malaysia pada masa ini yang menjanjikan pulangan yang tak masuk akal.

Ini bermaksud, mana-mana individu atau syarikat yang ingin mewujudkan sebuah skim pelaburan yang sah di sisi-sisi undang, kesemua peruntukan di dalam Akta 778 yang baru berkuatkuasa ini mestilah dipatuhi.

Semua sekali ada 92 Seksyen di bawah Akta 778 ini beserta dengan dua Jadual.

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini telah melakukan ­kesalahan, dan jika disabitkan, boleh dihukum penjara tidak lebih dari 10 tahun, denda RM50 juta atau kedua-­duanya sekali.

Kalau anda berminat nak mendalami dengan lebih lanjut, boleh muat turun dokumen mengenai Akta 778 tersebut.

Bagaimana Nak Kesan Awal Skim Pelaburan Tidak Sah?

Ciri-ciri yang biasa terdapat pada skim-skim pelaburan tidak sah adalah seperti berikut:

  • Skim yang menawarkan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang lebih tinggi daripada yang ditawarkan institusi kewangan berdaftar
  • Pulangan yang tinggi ini adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai ahli untuk menyertai skim-skim tersebut dan pelabur tidak diberi salinan dokumen termasuk perjanjian dengan pengendali skim
  • Tiada jaminan daripada pengendali skim yang mereka boleh berterusan memberi pulangan yang tinggi
  • Pada awal penubuhan skim tersebut, pengendali boleh menggunakan wang yang diterima daripada pendeposit bagi memberikan pulangan yang tinggi atau membayar balik amaun pokok pendeposit awal
  • Bagaimanapun, pengendali tidak mampu untuk melabur ke dalam pelaburan yang mendatangkan pulangan yang serupa, dan tidak mampu terus memberikan pulangan yang dijanjikan
  • Akhirnya skim-skim ini gagal apabila tiada pendeposit baru yang menyertai skim ini. Maka skim-skim cepat kaya ini akan bungkus, dan pendeposit atau pelabur akan hilang duit pelaburan mereka.

Buat Semakan

Rajinkan diri membuka 2 laman sesawang ini untuk melihat senarai watchlist yang terbaru. Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia berkenaan skim-skim haram atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia –> Senarai Laman Web Yang Tidak Dibenarkan / Produk Pelaburan / Syarikat / Individu

Katakan Selamat Tinggal Kepada Scammer!

Jom bersama-sama hapuskan scammer dan skim-skim pelaburan cepat kaya di Malaysia. Rakyat perlu sedar dari lamunan. Jika masih tidak memahami maksud pelaburan sebenar, skim cepat kaya akan tetap wujud dan semakin ramai akan menjadi ahli kelab ‘tersontot’ atau ‘sontorian’.

Baca juga Kompilasi dialog terbaru geng-geng Skim Cepat Kaya

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

AHB Agih Pendapatan Interim 2.50 Sen, Dibayar Pada 15 April Ini

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) — Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) mengumumkan agihan pendapatan interim  sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2024, yang akan dibayar pada 15 April, 2024.

Dalam kenyataan bersama hari ini, pihak AHB, Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn Bhd (MAM) berkata agihan itu turut membabitkan pengagihan pendapatan asas sebanyak 2.20 sen seunit dan agihan bonus sebanyak 0.30 sen seunit.

Pembayaran bonus dibuat oleh PHB selaku penaja AHB dan akan dibayar kepada 1,000,000 unit pertama yang dimiliki oleh setiap pemegang unit.

“AHB akan membuat pembayaran berjumlah RM116.6 juta kepada kira-kira 80,000 pemegang unit untuk agihan pendapatan kali ini. Pendapatan pemegang unit tidak hanya dikecualikan daripada cukai, tetapi juga telah dizakatkan.  

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PHB Mohamad Damshal Awang Damit berkata agihan itu menunjukkan strategi pelaburan kumpulan itu yang kukuh dalam menguruskan portfolio hartanah.

“Kami secara strategik membina portfolio AHB kepada RM20 bilion menjelang 2030 dengan secara selektif memperoleh hartanah yang menghasilkan pendapatan serta mengambil bahagian dalam pembangunan hartanah dalam sektor sasaran seperti penjagaan kesihatan, industri dan pendidikan,” katanya.

Selain itu, Mohamad Damshal berkata hampir keseluruhan daripada satu bilion unit tambahan AHB yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober 2023, telah dilanggan.

Ini, kata beliau, membuktikan kepentingan dana pendapatan AHB yang stabil dan dipercayai oleh pelabur, terutamanya dalam merancang portfolio pelaburan keseluruhan mereka.

— BERNAMA

Baca juga: Tutorial Melabur Unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Guna Maybank2u