Jenis-jenis pelaburan yang terdapat di Malaysia (perbandingan)

Pelaburan sah di Malaysia

Ingat lagi tak kisah negatif yang selalu dikaitkan dengan pelaburan saham sebelum ni?

Biasanya apabila kita sebut tentang saham, kita mesti akan kaitkan ia dengan pelaburan. Dan apabila kita sebut tentang pelaburan pula, ada banyak instrumen atau institusi kewangan selain daripada di pasaran saham Bursa Malaysia yang boleh anda cuba.

Dah fahamkan maksud pelaburan dalam posting sebelum ini? Tak mengapa, berikut merupakan definisi pelaburan…

Pelaburan
Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga, yang mana kata asasnya adalah labur yang bermaksud meletakkan sejumlah wang sebagai modal untuk sesuatu usaha dengan tujuan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.

Berikut adalah jenis-jenis pelaburan sah yang terdapat di Malaysia.

No Jenis Pelaburan Maklumat Peratus Pulangan/Dividen
1 Pelaburan di bank Risiko rendah Tidak lebih daripada 3% bergantung kepada bank
Boleh keluar masuk duit bila-bila masa saja (tahap kecairan/ liquidity tinggi)
Boleh disertai oleh sesiapa sahaja
2 Pelaburan di koperasi Risiko sederhana Melebihi 8% dan pernah mencapai 15% tapi tak semua koperasi yang mencapainya
Hanya boleh disertai oleh penjawat tertentu sahaja mengikut jenis koperasi
3 Pelaburan dengan produk-produk PNB seperti ASB, ASN2, ASD dan sebagainya. Risiko rendah kerana merupakan pelaburan yang dijamin oleh kerajaan Malaysia Di antara 7% – 8% setahun sekali
4 Pelaburan Saham Amanah (Unit Trust) adalah yang ditawarkan oleh institusi kewangan selain daripada PNB Risikonya mengikut jenis dana yang dipilih. Terdapat yang risiko rendah, sederhana dan tinggi. Semakin tinggi risikonya semakin banyak juga keuntungannya. Melebihi 12% setahun
Pelabur adalah digalakkan membuat simpanan melebihi jangkamasa 3 – 5 tahun atau lebih
5 Pelaburan di Tabung Haji Risiko rendah Di antara 6%-9%
Patuh shariah
6 Saham di Bursa Malaysia Risiko tinggi tetapi untung pun banyak Bergantung kepada prestasi syarikat. Ada harga saham yang naik lebih 100% hanya dalam masa setahun. Selain keuntungan melalui perbezaan harga saham, pelabur juga akan menerima dividen
7 Pelaburan Hartanah (Property Investment) Risiko bergantung kepada lokasi hartanah dan ekonomi semasa Pulangan mengikut lokasi dan permintaan
Modal besar
Tahap kecairan rendah
8 Pelaburan dalam Takaful Risiko rendah Lebih kurang 3% setahun (bergantung kepada syarikat Takaful)
Secara amnya, Insuran/Takaful adalah lebih kepada perlindungan
9 Forex Trading Risiko tinggi Pulangan yang lumayan namun urusan transaksi tidak dikawal selia.
Tidak mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia serta tidak patuh syariah
10 Lain –lain seperti pelaburan emas & perak Risiko tinggi Bergantung kepada harga pasaran emas dunia

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend