Kelebihan Dan Kelemahan Simpanan Fixed Deposit

Fixed Deposit (Simpanan Tetap) adalah merupakan salah satu instrumen kewangan yang ditawarkan oleh institusi perbankan. Ia menjanjikan pulangan faedah tetap yang lebih tinggi berbanding simpanan akaun biasa.

Boleh disimpan ke dalam Fixed Deposit sekiranya anda mempunyai sejumlah wang yang tidak diguna pakai dalam tempoh terdekat. Bagi simpanan biasa dalam bank akaun, ada yang menawarkan kadar faedah yang amat rendah, iaitu sekitar 0.3% – 0.5% setahun, sedangkan Fixed Deposit boleh menawarkan kadar faedah secara purata sebanyak 3% setahun.

Kredit Gambar: sharinginfoz.blogspot.my

5 Kelebihan Simpanan Melalui Fixed Deposit

#1 Jaminan Pulangan Pelaburan
Salah satu kebimbangan apabila melabur adalah: “Adakah saya akan mendapatkan kembali wang saya?” Tidak seperti pelaburan dalam pasaran saham atau pasaran komoditi, Fixed Deposit menjamin wang simpanan anda dikembalikan pada akhir tempoh. Apa yang perlu anda lakukan adalah menunggu untuk ianya matang.

#2 Modal Dan Pulangan Diinsuranskan

Jangan risau tentang risiko wang anda. Simpanan Fixed Deposit di Malaysia adalah dijamin oleh PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia). Tidak kira perniagaan atau individu, semuanya dilindungi sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit bagi setiap bank.

#3 Kerugian Inflasi Dilindungi
Kadar faedah bergantung kepada bank yang anda gunakan. Bank menawarkan kadar faedah yang kompetitif untuk Fixed Deposit berbanding dengan akaun simpanan biasa, yang boleh membantu mengimbangi kadar inflasi tahunan.

#4 Potensi Pendapatan Tetap
Anda memperoleh kadar faedah dengan wang yang anda simpan dalam masa yang ditetapkan. Ini berlaku secara bulanan, suku tahunan atau tahunan. Terdapat bank yang membolehkan anda mendeposit atau memindahkan faedah yang anda peroleh ke bank pilihan anda.

Boleh dianggap sebagai anda menerima gaji bulanan, dengan menggunakan modal yang anda simpan dalam Fixed Deposit tadi.

#5 Fleksibiliti Tempoh Deposit
Fixed Deposit mempunyai terma yang fleksibel; di mana anda boleh pilih tempoh sesingkat sebulan atau setahun atau beberapa tahun lamanya. Dan pada kebiasaannya, mereka yang memilih tempoh yang lebih lama, akan diberikan kadar faedah yang lebih menarik.

3. Kekurangan Simpanan Melalui Fixed Deposit

#1 Tidak Dapat Menyaingi Kadar Inflasi
Walaupun Fixed Deposit menawarkan faedah pulangan yang lebih tinggi daripada simpanan biasa, tetapi ia masih tidak dapat melawan kadar inflasi semasa. Inflasi tahunan di Malaysia dianggarkan sebanyak 3%-4% setahun, dan ia menyamai dengan kadar pulangan Fixed Deposit itu sendiri.

#2 Tiada Pulangan Atau Kurang Sekiranya Dikeluarkan Sebelum Tarikh Matang
Jika pendeposit membuat keputusan untuk mengeluarkan wang simpanan dalam Fixed Deposit sebelum tarikh matang yang ditetapkan, akan dikenakan penalti. Samada anda dapat sedikit pulangan atau tiada pulangan langsung. Kena betul-betul pastikan wang dalam Fixed Deposit takkan disentuh selama mana belum sampai tarikh matang.

#3 Tidak Sesuai Untuk Mereka Yang Ingin Menyimpan Secara Bulanan
Fixed Deposit kebiasannya memerlukan anda meletakkan sejumlah wang yang besar, ada yang perlukan minima RM1,000 dan ada juga yang memerlukan RM10,000. Jika anda ingin membuat simpanan secara bulanan, mampu ke nak simpan RM1,000 sebulan?

Dan sekiranya mampu simpan RM1,000 sebulan, ada banyak lagi pelaburan yang lebih baik seperti Amanah Saham, Saham, Hartanah dan sebagainya.

Sumber Rujukan: blog.fvniaga.com

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend