Pelaburan saham dan hartanah, apa bezanya? Mana lebih baik?

Beza pelaburan saham dengan hartanah

Dalam apa jua pelaburan, objektifnya adalah untuk menggandakan nilai duit untuk jangka masa panjang. Tapi ada juga pelaburan untuk jangka masa pendek, contohnya sebulan. Itu semua terpulang kepada citarasa masing-masing dan pulangan yang bagaimana anda mahukan.

“Untung betullah aku beli rumah daripada pemaju hari tu. Tak perlu keluar modal satu sen pun, cuma tandatangan dan tunggu rumah siap baru start buat bayaran. Sedar-sedar bila rumah tu siap lagi 2-3 tahun, bolehlah jual dan dapat keuntungan.” kata Amir kepada Atan.

Biasa dengarkan ayat atas ni? Siapa biasa dengar, tolong angkat tangan.

Ya, tidak dinafikan pelaburan hartanah ada bermacam-macam cara nak dapatkan keuntungan. Ada yang:

  1. Beli rumah ‘under construction’ tanpa modal, dan bila siap – jual. Harga pasti naik.
  2. Beli rumah ‘below market value’, contoh rumah lelong ke, renovate sikit dan jual pada harga pasaran. Kos terlibat adalah 10% downpayment, kos peguam, duti setem dan lain-lain kos berkaitan.
  3. Beli rumah di kawasan yang padat penduduk, contoh kawasan kilang ke, kawasan universiti/kolej ke; dan sewakan. Pastikan sewa bulanan yang dibayar penyewa melebihi installment bulanan bank. Duit lebih tu dikira sebagai pendapatan pasif bulanan.

Dan bermacam-macam lagi cara.

Tapi topik kita kali ni, kita nak tengok kelebihan pelaburan saham di Bursa Malaysia berbanding pelabjuran hartanah.

Modal

Percaya atau tidak, untuk mula melabur saham ni tak perlukan modal yang besar sebenarnya. Dengan RM100 (atau lebih rendah) kita dah boleh MULA melabur saham.

Kita ambil contoh mudah, seunit saham bernilai RM1, dan minima pembelian adalah 1 lot (bersamaan 100 unit) = RM1 x 100 = RM100. Kalau kita tengok pasaran saham kita pun, banyak je saham yang bernilai bawah RM1 seunit, maka modal tak mahal mana pun.

Saham bawah RM1
Saham syarikat bawah RM1

 

Contoh macam saham Dagang NeXchange Berhad (DNEX) ni, pada Februari 2017 harganya RM0.28. Ada modal RM14,000 dapat beli 50,000 unit saham. Nak dijadikan cerita harga saham ni naik pada bulan yang sama menjadi RM0.41.

Jangkamasa

Pelabur saham ni ada 2 jenis; (1) jenis peram dan (2) jenis tak peram. Ada yang mengamalkan taktik pegangan saham untuk jangkamasa pendek, iaitu sekitar 5-10 hari. Ada juga yang dalam masa tak sampai 24 jam, dah boleh buat untung (traders / pedagang yang hari-hari jual beli saham). Contohnya malam ni study saham apa yang bagus, pagi esoknya beli saham, kalau petang harga saham tu dah naik mencecah sasaran (contoh naik 10%) mereka terus jual.

Jual Sikit Pun Boleh

Lagi satu keunikan pelaburan saham ialah, anda boleh menjual sebahagian daripada pegangan anda dan simpan selebihnya.

Contoh kita beli 10 lot saham ABC, dalam masa seminggu dah dapat sasaran iaitu 10% – maka kita jual 5 lot dan ambil keuntungan. Lagi 5 lot kita simpan jangka masa panjang, kerana saham ABC ni terkenal dengan memberi dividen kepada pelabur.

Berbeza dengan rumah, sudah pasti tidak boleh jual satu bilik je atau nak jual laman rumah je, mestilah kena jual seluruh rumah sekaligus.

Cepat atau Lambat

Saya pasti anda biasa dengar proses nak jual beli rumah ni kadang-kadang boleh sampai setahun lamanya. Tidak semudah itu untuk sesebuah rumah bertukar tangan, nak kena melalui banyak proses. Kalau anda nak duit cepat, terpaksalah tunggu sehingga proses selesai baru boleh dapat cium bau duit tu.

Itu belum cerita bab kena jumpa penjual / broker, banker, lawyer. Dah selesai beli, kena cari kontraktor misalnya nak renovate / repair rumah. Lepas tu kena cari penyewa. Uruskan penyewa. Banyak masa diperlukan. Banyak kali kena jumpa orang.

Tapi dengan saham, masa lebih banyak dihabiskan dengan membuat analisa (membaca).

Rilek-Rilek

Paling best anda boleh jual beli saham bila-bila masa dan di mana sahaja. Malah, guna aplikasi di smartphone pun boleh. Semuanya di hujung jari. Amat mudah dan cepat. Orang yang bekerja pejabat pun boleh terlibat.

Mudah Cair

Jika ada kecemasan nak pakai duit, boleh je cairkan saham yang dipegang dengan cepat (2-3 hari bekerja). Kalau jual rumah, rasanya tak secepat itu nak dapat cash. Rasanyalah…

Cukai

Untung jual saham tidak dikenakan cukai pendapatan. Yahuu! GST 6% pula hanya dikenakan di atas kos brokerage dan clearing fee. Baca lebih lanjut di sini.

Berbeza dengan hartanah. Cukai Keuntungan Harta Tanah @ RPGT dikenakan ke atas keuntungan dari penjualan hartanah kalau simpan kurang dari 5 tahun.

Tahun Pertama – 30%
Tahun Kedua – 30%
Tahun Ketiga – 30%
Tahun Keempat – 20%
Tahun Kelima -15%
Tahun seterusnya – 0%

Anda di kecualikan cukai sekali sahaja untuk hartanah pertama sahaja.

 

Ini hanya perbandingan, kedua-dua instrumen pelaburan ini tetap bagus dan sesuai untuk mereka yang rajin berusaha.

Kesimpulan kepada perbezaan pelaburan saham dengan hartanah, pelaburan saham:

  1. Modal tak perlu besar
  2. Jangkamasa lebih pendek
  3. Boleh jual sikit-sikit
  4. Tidak remeh
  5. Mudah cair
  6. Tidak dikenakan cukai pendapatan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

SC Lulus 18 Permohonan Ekuiti Dengan Jumlah Permodalan Pasaran RM9.04 Bilion Pada 2023

Sumber : themalaymailonline.com

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan 18 permohonan ekuiti, tujuh daripadanya untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan jumlah permodalan pasaran sebanyak RM9.04 bilion pada 2023.

Suruhanjaya itu berkata anggaran jumlah dikumpulkan daripada IPO ini adalah sebanyak RM2.81 bilion.

“Baki permohonan yang diluluskan termasuk 11 pemindahan penyenaraian daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama,” kata SC dalam Laporan Tahunan 2023, yang dikeluarkan hari ini.

Pengawal selia itu meluluskan 16 permohonan ekuiti pada 2022 dengan jumlah permodalan pasaran sebanyak RM3.08 bilion.

SC berkata terdapat 32 penyenaraian baharu tahun lepas, tujuh daripadanya di Pasaran Utama, 24 di Pasaran ACE dan satu baki lagi di Pasaran LEAP dengan permodalan pasaran berjumlah RM13.63 bilion.

Jumlah dana yang dikumpulkan daripada penyenaraian baharu dianggarkan sebanyak RM3.58 bilion.

Menurut laporan itu, pasaran bon korporat dan sukuk Malaysia mencatatkan jumlah penerbitan sebanyak RM118.33 bilion pada 2023, pengurangan 22.82 peratus daripada RM153.32 bilion yang diterbitkan pada 2022.

“Terbitan bon korporat dan sukuk denominasi ringgit masih merupakan majoriti cadangan yang diluluskan oleh atau diserahkan kepada SC dengan jumlah nilai nominal sebanyak RM171.48 bilion, yang mana sukuk mewakili 57.30 peratus atau RM98.26 bilion,” katanya.

Pada 2023, SC berkata sebanyak 40 penarafan telah diberikan oleh agensi penarafan kredit kepada terbitan bon korporat dan sukuk denominasi ringgit yang diserahkan kepada suruhanjaya itu berbanding 45 penarafan pada 2022.

Bilangan terbitan yang tidak diberi penarafan meningkat sebanyak 75 peratus berbanding pada 2022 dan terdapat tiga bon korporat dan sukuk denominasi mata wang asing diserahkan kepada SC pada 2023.

 — BERNAMA