Keliru Antara SSPN dengan PTPTN? Jom Tengok 4 Manfaat SSPN-i Plus

Beza PTPTN SSPN

Bila sebut sahaja SSPN pastinya teringatkan PTPTN. Memang ada kaitannya, sebab produk terkini iaitu SSPN-i Plus merupakan produk PTPTN yang memberikan banyak manfaat kepada pendeposit.

Sebelum kita tengok manfaatnya, kita kena faham dulu apa itu SSPN-i Plus yang diambil daripada laman web PTPTN:

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

Selain daripada ianya dijadikan sebagai tabung pendidikan anak, jom tengok 4 manfaat lain yang ditawarkan SSPN-i Plus kepada orang ramai.

1. Manfaat Kematian

Menyimpan dan dalam masa yang sama mendapat pampasan kematian yang sangat menguntungkan. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda dan menyebabkan kematian, anda tidak perlu bimbang dengan masa depan waris anda.

Dengan adanya simpanan SSPN-i Plus ini, waris anda akan mendapat pampasan kematian. Sekurang-kurangnya anak anda dapat juga menyambung pelajaran dengan adanya pampasan tersebut.

2. Elaun Masuk Hospital

Sekiranya anda jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke dalam wad di hospital, anda layak mendapat duit elaun. Tak dapat banyak sekalipun, sekurang-kurangnya ada juga bantuan kewangan ketika anda terlantar sakit dan tidak berupaya untuk bekerja ketika itu.

3. Boleh Buat Potongan Gaji

Kemudahan membuat potongan gaji setiap bulan terus ke akaun SSPN-i Plus dapat mendisiplinkan diri dan menjamin masa depan anak anda.

Tidak dinafikan, kadang kala anda mungkin lupa dengan komitmen sedia ada anda untuk membuat simpanan. Dengan adanya skim potongan gaji ini, ia dapat memastikan pelan pendidikan anak anda terus berjalan lancar seperti biasa.

4.  Serendah RM30 Sebulan

Dengan berbekalkan duit RM30 sebulan, banyak betul manfaat lain yang boleh anda perolehi:

  • Manfaat kematian akibat kemalangan – RM40,000
  • Manfaat kematian selain kemalangan – RM20,000
  • Manfaat 36 penyakit kritikal – RM10,000
  • Elaun kemasukan ke hospital – RM20 sehari
  • Khairat kematian – RM2,500

Bersyukurlah kerana dengan adanya skim SSPN-i Plus ini, sesiapa sahaja pasti mampu untuk membuat simpanan serta mendapat bonus manfaatnya sekali.

Anda juga boleh muat turun brosur SSPN-i Plus untuk keterangan lanjut.

Komen

komen