Kenapa wanita lebih pandai melabur berbanding lelaki?

Baru-baru ini kajian mendapati yang orang perempuan lebih pandai melabur di dalam pasaran saham berbanding orang lelaki? Macam tak percaya pula kan?

Menurut kajian daripada University of California, Berkeley, wanita mengatasi lelaki di dalam prestasi saham sebanyak 2.3% di dalam tempoh 7 tahun.

Apakah faktor yang menyebabkan wanita lebih pandai melabur berbanding lelaki?

3 faktor tersebut ialah:

1. Lebih Pandai Bersabar

Ya, wanita lebih bersabar dan berhati-hati apabila membuat pilihan. Mereka lebih banyak mengkaji dan setelah persediaan rapi dibuat, barulah mereka membuat pelaburan di dalam kaunter pilihan.

Mereka juga lebih tenang dan tentunya tidak akan panik jika berlaku sesuatu krisis ekonomi.

2. Rendah Hati

Orang lelaki selalunya perasan yang mereka sudah mempunyai ilmu yang cukup, tapi sebenarnya tidak. Biasanya lelaki akan kecundang beberapa kali, sebelum mereka mula bangkit. Ini berkait rapat dengan sikap over confident orang lelaki.

Orang wanita pula lebih suka bertanya sana dan sini (kajian) dan memastikan ilmu di dada betul-betul cukup sebelum melakukan sebarang tindakan.

3. Suka Elak Risiko

Naluri wanita turut memainkan peranan, di mana wanita suka mengambil risiko yang lebih kurang berbanding lelaki. Wanita mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya dalam memilih pelaburan yang berisiko tinggi dan tetap setia dengan strategi mereka. Ini menunjukkan yang wanita mungkin terkebelakang sedikit dari segi keuntungan, tetapi wanita juga kurang rugi berbanding lelaki.

Kesimpulannya, tidak kiralah anda wanita atau pun lelaki – anda perlu mempunyai ilmu, mentor dan persediaan yang cukup sebelum memulakan sebarang langkah untuk membuat sebarang pelaburan.

Jadilah pelabur yang lebih bijak – jadilah seperti seorang pelabur wanita!

Anda masih belum mula melabur di pasaran saham? Basic Intro Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend