Kisah Seorang Diplomat Yang Sanggup Berubah Kerjaya Menjadi Pedagang Sepenuh Masa FCPO

Biasanya saya berdamping dengan trader dan coach dalam bidang Saham. Oleh itu, apabila saya berkenalan dengan seorang bekas diplomat yang meletakkan jawatan untuk menjadi seorang pedagang sepenuh masa dalam Pasaran Niaga Hadapan (Futures Market), saya cuba untuk menyelami kisah beliau dengan lebih lanjut.

Bagi mereka yang tak berapa familiar dengan Futures atau Niaga Hadapan, boleh baca dengan lebih lanjut di Pernah Dengar Pasal Derivatif? Atau FCPO?

Siapakah Tuan Penjejakx?

Mohd Azuri Bin Zukainain (Matt) atau Tuan Penjejakx, merupakan Trader sepenuh masa FCPO, Crude Oil (US Oil), Brent Oil (UK Oil), Soybean Oil (SBO) dan produk Futures lain. Beliau telah berkenalan dengan Futures Market sejak tahun 2005 lagi.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai seorang diplomat di Afrika di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sehingga awal tahun 2011. Walaupun berada di Afrika, beliau terus mengkaji dan trade market terutamanya FCPO selama beberapa tahun sebelum memutuskan untuk meletakkan jawatan dan kembali ke Malaysia pada 2011 kerana inginkan kebebasan.

Antara sebab beliau berani melepaskan jawatan dalam sektor awam ialah kerana mempunyai soft-skill iaitu trading dan mempunyai pengetahuan dalam Analisis Teknikal yang baik. Beliau menjadikan trading sebagai alternatif kepada kerja kerajaan yang disandang pada waktu itu.

Oleh kerana mempunyai banyak masa lapang sebagai pedagang sepenuh masa (full-time trader), beliau telah mengambil peperiksaan dibawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan lulus Modul Futures dan Options pada tahun 2015. Sehingga sekarang, selain berdagang sepenuh masa, beliau juga adalah seorang Licensed Capital Market Services Representatives (CMSR), Maybank Investment Bank (MIB). Oleh itu, beliau sentiasa “dipaksa” untuk menghadiri kursus berkaitan lesen CMSR dan perlu tahu undang-undang terlibat.

Selain trading, beliau juga mengendalikan kelas perkongsian analisis teknikal yang pada mulanya diadakan secara kecil-kecilan. Sehingga sekarang, kelas tersebut telah berkembang dan pelbagai latar belakang pendidikan (teknikal, perubatan, ekonomi, kejuruteraan dan sains sosial) telah mengikuti kelas beliau.

Antara fakta menarik tentang beliau ialah:

  • Pengarang buku “Seni Peperangan FCPO” dan Candlestick Notebook
  • Pernah mengendalikan kelas di Centre of Entrepreneurship and SME Development (CESMED), di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai practitioner FCPO  sejak tahun 2012
  • Adjunct Professor di Management Science University (MSU) sejak tahun 2015
  • Graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, UKM serta Wealth Academy Trader (WATMY)
  • Pemegang lesen Capital Market Services Representatives dibawah Maybank Investment Bank (MIB)
  • Sering dijemput sebagai speaker undangan untuk sesi pembelajaran di bank, universiti dan di Bursa Malaysia
  • Speaker jemputan tentang Pasar Niaga Hadapan di SmartInvest Fair SIDC pada 14 Oktober 2018

Ini adalah adaptasi dari kisah sebenar beliau dalam Seni Peperangan FCPO. Jom kita selami kisah dan trading journey beliau. 

Kisah Saya (Mohd Azuri Bin Zukainain atau Tuan Penjejakx)

Pada tahun 2007, saya telah ditugaskan ke Nairobi, Kenya sebagai seorang diplomat Malaysia selama hampir 3 tahun. Sebelum itu, saya merupakan Ketua Audit Dalam di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Semasa di Afrika, saya banyak terlibat dengan pengeksport dan pengilang dari Malaysia serta pemilik-pemilik perniagaan di Kenya serta Negara-negara Afrika Timur, disebabkan skop kerja saya ialah dalam bidang pembangunan dan fasilitasi eksport Malaysia.

Sebagai seorang diplomat, saya mendapat kemudahan-kemudahan seperti elaun sara hidup luar negara, rumah kerajaan serta kenderaan pejabat. Saya juga mempunyai seorang pemandu, empat orang pengawal, seorang pembantu rumah serta tukang kebun. Saya juga mempunyai dua ekor anjing German Shepperd! Tetapi saya sedar semua itu adalah pinjaman sahaja dan saya akan kembali kepada keadaan biasa apabila tamat tempoh perkhidmatan nanti.

Seperti tuan-puan, saya juga impikan pendapatan tambahan untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat serta mempunyai aset sebagai bekalan hari tua nanti. Tetapi sejak bertugas di bumi Afrika, keutamaan untuk hidup tenang tanpa terlalu memikirkan aspek keselamatan keluarga juga telah menyebabkan saya mempunyai push factor yang kuat untuk kembali trade dan melakukannya secara serius. Untuk makluman, saya telah mulai trade FCPO sejak di Malaysia lagi, tetapi tidak serius kerana pada masa itu saya masih berada dalam comfort zone.

Jika dilihat career path, saya mungkin akan dihantar pula ke Lagos, Nigeria atau Accra, Ghana. Yang pasti, saya akan berada di benua Afrika untuk jangka masa yang lama. Disebabkan keadaan persekitaran yang tidak begitu selamat serta kemudahan asas yang tidak sempurna, saya tidak pasti berapa lama saya boleh hidup dan menikmati kehidupan seperti orang lain.

Kisah Trading di Kenya

Jam menunjukkan pukul 5 pagi di Nairobi, Kenya. Rutin biasa berdagang FCPO terpaksa bangun dinihari disebabkan waktu Malaysia adalah 5 jam kehadapan. Disebabkan market bermula pada pukul 10.30 pagi di Malaysia dan persediaan harus dibuat pada pukul 10.00 pagi, maka setiap hari bekerja saya akan bangun awal, dengan ditemani bunyi unggas serta sesekali salakan anjing di luar rumah, saya gagahi diri untuk trade.

Walau bagaimanapun, selama dua (2) tahun pertama di Kenya, trade saya tidak konsisten dan saya banyak loss. Tetapi disebabkan tekanan tinggi untuk berjaya dalam trading, saya teruskan usaha dan berterusan mengkaji sebab-sebab saya loss. Saya sering menyalahkan talian internet yang selalu terputus semasa trading, yang membuatkan Pending Order saya sentiasa tidak mengena.

Tetapi apabila dikaji semula, masalah utama saya ialah EMOSI. Saya cenderung untuk catch the bandwagon apabila terlepas, yang kebiasaannya disebabkan talian terputus. Macam chicken and egg rite..atau bangau oh bangau…

Walaupun saya mengalami kerugian, saya tetap tidak berputus asa dan berterusan mengkaji dan belajar sama ada melalui buku-buku yang dibeli, blog, ulasan di website terpilih dan chatbox. Sama ada saya sedari atau tidak pada masa itu, komunikasi secara langsung melalui Yahoo Messenger dengan kawan-kawan di Malaysia seperti Pie Hartanah Lelong dan Putra78 serta Nasir di United Kingdom telah menaikkan semula semangat saya. Pendek kata, kami trade FCPO dan berkomunikasi secara langsung dari tiga (3) benua!

Sasaran saya pada masa tersebut memang agak tinggi. Kalau boleh saya tak mahu usik duit gaji dan mahu simpan semuanya. Manakala pendapatan melalui FCPO akan digunakan bagi tujuan pembayaran pinjaman perumahan saya.

Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Disebabkan ilmu dan pengalaman yang tidak mencukupi, ketiadaan mentor, tiada rakan seperjuangan untuk sentiasa bersembang dan berbincang tentang market semasa sesi TT saban malam, ditambah pula dengan internet line yang sentiasa terputus, saya lebih banyak rugi dari membuat keuntungan melalui FCPO.

Pada masa itulah saya menyesal kerana ketika masih berpeluang berguru dan berjumpa seasoned traders di Malaysia, saya tidak gunakan dengan sebaik-baiknya peluang tersebut. Ini kerana saya merasakan esok masih ada dan suka bertangguh.

Seterusnya, hidup saya pada hari-hari mendatang bertukar menjadi misi untuk memperlengkapkan lagi ilmu demi menjadi trader yang lebih baik. Setiap detik dan masa semasa saya bercuti di Malaysia saya gunakan dengan sebaik-baiknya. Saya menghadiri kelas, berjumpa seasoned traders dan belajar bagaikan tiada esok lagi untuk dibazirkan.

Dipendekkan cerita, tempoh dua tahun seterusnya adalah fasa mendapat kembali pulangan yang dilaburkan. Namun kejayaan untuk menjadi trader yang berdisiplin bukanlah mudah. Telah banyak masa dan wang ringgit yang saya korbankan, namun saya amat berpuas hati kerana mempunyai kemahiran yang kalis resesi (proof recession). Jika saya menyelak-nyelak semula printed YM serta email dahulu, saya akan tersenyum sendiri melihatkan betapa naifnya saya pada masa tersebut. 

Trading is a Business

Diringkaskan disini kenapa saya memilih FCPO sebagai perniagaan saya:

  • Produk yang patuh syariah
  • Produk ditawarkan dibawah Bursa Derivatives Malaysia, Bursa Malaysia, oleh itu pelaburan dijamin oleh kerajaan
  • Masa berdagang yang sesuai seperti pekerjaan pejabat. Sesi pagi bermula 10.30 pagi – 12.30 tengahari dan sesi petang, 2.30 pm – 6.00 pm
  • Ilmu Analisis Teknikal adalah kalis resessi (recession proof), walau dalam keadaan ekonomi gawat dan berlaku pembuangan pekerja, kita masih mampu memperolehi pendapatan melalui trading FCPO.

Kebanyakkan trader mempunyai impian untuk mendapat pendapatan yang konsisten dan seterusnya menjadi full time trader. Anda mahu bebas dari segi kewangan, mempunyai kebebasan masa, dapat keluar dari rat race serta mejadi boss sendiri.

Tetapi dalam realiti sebenar, berapa banyakkah pendapatan yang anda mampu perolehi dari trading? Ada yang mahukan pendapatan secara mingguan dan ada yang mahukan pendapatan secara bulanan.

Secara realitinya, market FCPO banyak dalam keadaan sideways serta banyak gap yang berlaku. Sedangkan dalam trading anda perlu market yang volatile dengan momentum yang baik bagi melakukan transaksi jual beli.

Baiklah, saya terangkan sedikit jumlah pendapatan sederhana yang mampu diperolehi dengan 1 lot market ;

1 tick pergerakan (komoditi di panggil ticks, forex pips dan saham poin) bersamaan RM25.00.

Oleh itu, target minimum ialah 10 ticks sehari atau 50 ticks seminggu

50 X RM25.00 = RM1,250.00

Sebulan  = RM1,250.00 x 4 minggu = RM5,000.00 (gross)

Target di atas adalah target yang ideal dan boleh dicapai. Lebih-lebih lagi jika anda mengaplikasikan setups yang baik dengan disiplin yang tinggi. Untuk pengetahuan, ada pelajar saya, seorang guru Johor pernah mendapat RM12,000.00 sebulan dan beliau hanya trade pada sebelah petang!

Andaikan pula kepada yang sibuk bekerja, anda hanya sasarkan 50% dari target di atas,maknanya anda hanya perlu mendapat  25 ticks seminggu.

25 ticks X RM25.00 = RM625.00

Sebulan = RM2,500.00 satu lot (1 lot RM7,000.00).

Jumlahnya kelihatan sedikit, tapi inilah target biasa yang saya letakkan kepada students. Kerana apabila capai sahaja target, anggaplah lebihan tersebut sebagai bonus. Dengan mindset ini, anda akan cenderung membuat TP berbanding TS serta akan lebih disiplin untuk see money takes money berbanding berharap market akan bergerak dengan lebih jauh dan memberi pulangan lebih tinggi. Biasanya, pelajar saya berupaya mendapat 10-20 ticks sehari dengan 1 lot. Anda bolehlah mengikuti updates serta perbincangan mereka di grup FB: FCPO Real Trader.

Leverage

Dengan modal RM5,500 untuk pembukaan 1 lot, anda sebenarnya boleh trade sebanyak 2 lot!

Disebabkan Maintenance Margin yang biasa ialah RM2,000 sahaja, 2 lot trade akan menggunakan kos sebanyak RM4,000 sahaja. Jadi, jika anda sudah mampu mengekalkan disiplin dengan trade 1 lot, maka anda bolehlah pula trade 2 atau 3 lot, asalkan disiplin yang sama dikekalkan.

Jika anda mampu mendapat RM5,000 per 1 lot (dengan setups yang baik serta disiplin yang tinggi), maka dengan disiplin yang sama trade 3 lot anda akan mampu memperolehi pendapatan sebnayak RM15,000.00 tetapi dengan menggunakan jumlah modal yang sama.

Menarik bukan? Walau bagaimanapun, ia tidaklah semudah yang dijangka kerana akan melibatkan faktor emosi apabila anda melihat pergerakan turun-naik harga di dalam market. Sebab itulah Pengurusan Kewangan Dan Risiko serta Aspek Psikologi seorang trader amatlah penting untuk konsistensi.

Dalam pencarian ilmu berkenaan analisis teknikal dan belajar untuk memasuki pasaran, pastikan anda menguasai perkara-perkara berikut:

  1. HWP -High Winning Probability
    (Kemungkinan Kemenangan Yang Tinggi)
  1. MRE – Minimum Risk Entry
    (Kemasukan Risiko Rendah)
  1. OPM – Optimum Profit Management
    (Pengurusan Keuntungan Optimum)
  1. TET – Trading Entry Tactical
    (Taktikal Memasuki Dagangan)

Petikan dari buku best-seller beliau ‘Seni Peperangan FCPO‘. dan Elite Futures Coaching Session (EFCS).

Kalau nak belajar pasal Futures ni, rajin-rajinlah follow Tuan Penjejakx.

Beliau juga akan berkongsi ilmu tentang Pasar Niaga Hadapan di InvestSmart® Fest 2018 pada hari Ahad, 14 Oktober 2018 bertempat di KLCC. Jumpa anda di sana!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend