Dekat Mana Permodalan Nasional Berhad (PNB) Labur RM260 Billion?

Jutaan rakyat Malaysia melabur di dalam unit amanah keluaran Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Didik (ASD) dan sebagainya. Rakyat Malaysia memang kenal sangat dengan skim-skim pelaburan yang ditawarkan oleh PNB ni sampai tak nampak pelaburan sah yang lain.

Berapa Target PNB

Sebelum itu, jom kita tengok dua produk paling terkenal PNB iaitu ASB dan ASN.

Objektif dana ASB adalah untuk menyediakan satu alternatif simpanan bagi Bumiputera. Ia bertujuan untuk menjana pulangan jangka panjang yang konsisten untuk para pelabur. Jadi kerajaan dah putuskan untuk menjamin modal para pelabur. Maka harga seunit ASB adalah RM1 sampai bila-bila.

Berikut merupakan Dividen ASB sejak penubuhannya pada tahun 1990:

dividen ASB

Kredit: www.astroawani.com

Berikut pula merupakan Dividen ASN sejak penubuhannya pada tahun 1981:

Tahun Dividen (sen) Bonus (sen) Jumlah (sen)
1981 10 10 20
1982 10 8 18
1983 10 8 18
1984 10.2 7 17.2
1985 10.2 7 17.2
1986 10 4 14
1987 9 4 13
1988 9.25 4 13.25
1989 9.5 5 14.5
1990 9.5 3 12.5
1991 6.25 6.25
1992 8.25 8.25
1993 12.5 12.5
1994 14 14
1995 13 13
1996 13.75 13.75
1997 10.5 10.5
1998 6.5 6.5
1999 8.25 8.25
2000 8 8
2001 5 5
2002 5 5
2003 5.3 5.3
2004 5.6 5.6
2005 5.5 5.5
2006 5.5 5.5
2007 6.25 6.25
2008 5.5 5.5
2009 5.2 5.2
2010 6 6
2011 6.05 6.05
2012 6.3 6.3
2013 6.45 6.45
2014 6.45 6.45
2015 6.1 6.1
2016 5 5

Logiknya PNB kenalah melabur di tempat yang memberikan pulangan yang lebih tinggi daripada dividen yang diisytiharkan kepada pemenang unit ASB dan ASN ni.

Kita ambil contoh paling dekat iaitu 2016. Agak-agak PNB kena melabur di mana untuk mendapatkan pulangan lebih daripada 7.25% untuk ASB dan 5% untuk ASN?

PNB Melabur Sebahagian Besarnya Di Bursa Malaysia

Ya, PNB melabur sebahagian besar daripada duit pelaburan daripada 12.8 juta pemegang unit dalam pasaran saham Bursa Malaysia.

Sebabnya adalah mudah, kerana pelaburan saham di Bursa Malaysia kalau kena gaya – boleh dapat pulangan yang lebih tinggi daripada 7.25%.

Baca juga:

1. Saham GHL Systems Bhd Dah Naik Lebih 100% Dalam Masa Setahun

2. “Peram Saham 5 Tahun Tup Tup Dapat Pulangan 800%…”. Kalaulah Dulu Aku Beli..

3. 10 Saham Patuh Syariah Ini Harganya Naik 100% Dalam Masa 6 Bulan

Jom kita tengok senarai syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia di mana PNB melabur:

Perkhidmatan Kewangan dan Insurans

Automotif

Malayan Banking Berhad UMW Holdings Berhad
Etiqa Insurance & Takaful Sime Darby Berhad
MNRB Holdings Berhad Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd
Takaful Ikhlas Berhad
Malaysian Industrial Development Finance Berhad

 

Perladangan

Hartanah

Sime Darby Berhad I & P Group Sdn Berhad
Sime Darby Berhad
S P Setia Berhad

 

Logistik dan Infrastruktur

Farmaseutikal dan Kimia

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd Chemical Company of Malaysia Berhad

 

Perindustrian dan Peralatan

Tenaga, Minyak dan Gas

UMW Holdings Berhad UMW Holdings Berhad
Sime Darby Berhad Sime Darby Berhad

 

Pembuatan dan Kejuruteraan

UMW Holdings Berhad

Fuh, banyak betul syarikat-syarikat gergasi tanahair di mana PNB menjadi pemegang saham yang besar. Kalau kita perasan, PNB tidak meletakkan semua telurnya di dalam satu bakul. Sekurang-kurangnya kalau satu industri tidak menjadi, ada banyak lagi industri yang dapat membantu. Juga sama konsepnya kalau satu syarikat alami kerugian, ada banyak lagi syarikat yang peroleh keuntungan.

PNB Juga Melabur Dalam Industri Hartanah

Melabur ke dalam hartanah juga dapat memberikan pulangan yang lebih daripada 7.25%. Aset hartanah PNB terdiri daripada bank tanah yang besar dan pelbagai hartanah komersil, termasuk bangunan pejabat, serviced apartment, kompleks membeli-belah dan kedai-kedai runcit.

  • Menara PNB
  • PNB Perdana Hotel & Suites On The Park
  • Menara Tun Ismail Mohamed Ali
  • PNB Damansara
  • Kenanga International Building
  • Menara MIDF
  • Menara MBSB
  • Bangunan UTM SPACE
  • Menara HeiTech Village
  • CSF Computer Exchange 1 (CX 1)
  • CSF Computer Exchange 2 (CX 2)
  • CSF Computer Exchange 5 (CX 5)
  • Bangunan Setia 1
  • Plaza Damanasara Blok B
  • Plaza Damansara I
  • Plaza Damansara II
  • The Epicure
  • Kolej Ilmu
  • Kompleks Sukan Perdana

Ni baru senarai hartanah di dalam negara, di luar negara pun banyak lagi aset PNB.

Nak Duduk Diam Dapat 5-8% Setahun, Atau Nak Lebih?

Ramai yang kecewa kata dividen ASB berkurang dari setahun ke setahun. Ada yang siap kata rugi melabur dalam ASB tu. Bukan rugi, tak untung banyak saja.

Kita ada pilihan pelaburan sah yang lain. Tapi tak ramai yang nak belajar untuk keluar daripada zon selamat dan belajar bagaimana nak dapatkan pulangan yang lebih melalui pelaburan saham di Bursa Malaysia dan juga pelaburan hartanah.

Apa kata, sebagai langkah pertama anda follow dulu Sifu-Sifu Saham & Kewangan Di Malaysia dan Sifu-Sifu Hartanah di Malaysia. Kalau nak berjaya, kenalah belajar daripada orang yang dah berjaya.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend