Memahami Risiko Pelaburan: 4 Perkara Penting Anda Perlu Tahu

Berpenat lelah kita mengetepikan wang untuk melabur. Sebelum itu, penah pula kita bayar semua hutang yang ada. Kini adalah masa yang sesuai untuk memulakan perjalanan ke arah meningkatkan kekayaan anda. Sebelum nak mula melabur, amat penting untuk kita mengetahui terlebih dahulu risiko-risiko dalam pelaburan yang kita sedia untuk ambil. 

Dalam dunia pelaburan, ada beberapa bentuk atau tahap risiko kewangan. Ini adalah fakta yang tidak dapat dielakkan. Ia boleh menjadi risiko kehilangan wang atau risiko wang anda berkurangan dalam nilai. Pada dasarnya, jika ada kemungkinan bahawa hasil pelaburan boleh berkurang daripada hasil yang dijangkakan, ianya dikenali sebagai risiko. 

Walaupun kita dah memutuskan untuk mengambil jalan ‘selamat’, kekurangan risiko datang dengan risiko juga, di mana mungkin tidak dapat memenuhi matlamat kewangan yang kita impikan.

Analoginya begini: Memandu lebih perlahan mungkin lebih selamat daripada memandu dengan cepat, tetapi ada kemungkinan yang lebih tinggi bahawa anda akan terlambat untuk hadir ke mesyuarat yang sangat penting! 

Memahami bagaimana risiko boleh menjejaskan sama ada secara positif atau negatif, adalah penting sebelum membuat pelaburan. Oleh itu, terdapat 4 perkara penting untuk kita fahami dan menempuh risiko pelaburan.

1. Kenal Pasti Profil Risiko Anda

Jadi bagaimana anda mengenal pasti tahap risiko yang sanggup kita tahan? Caranya bukan dengan melihat peluh yang keluar daripada tapak tangan dan dahi apabila dengar berita yang tidak menyenangkan mengenai pelaburan anda ya.

Terdapat soal selidik atau kalkulator percuma yang boleh didapati secara dalam talian untuk mengukur tahap toleransi terhadap risiko yang akan menentukan profil risiko atau keperibadian pelaburan berdasarkan jawapan terhadap soalan yang ditanya.

Secara amnya, pelaburan jatuh ke dalam tiga kategori asas: konservatif, sederhana atau agresif. Profil risiko kita masing-masing akan menentukan peruntukan pelaburan yang sesuai dengan jiwa.

Sebagai contoh, pelabur konservatif lebih sesuai untuk melabur dalam deposit tetap dan dana unit amanah, daripada melabur secara terus di pasaran saham.

Boleh dapatkan juga khidmat perancang kewangan profesional untuk membantu dalam menjalani proses toleransi risiko ini, kerana mereka perlu menilai kesediaan dan kemampuan anda untuk mengambil risiko sebelum merancang portfolio pelaburan yang sesuai.

2. Memahami Perbezaan Di Antara ‘Selera’ Dan ‘Toleransi’

Sebaik sahaja profil risiko telahdikenalpasti, berhati-hati terhadap satu halangan – iaiti realitinya. Tingkah laku atau keputusan sebenar mungkin berbeza daripada profil risiko tadi.

Terdapat kajian yang menunjukkan kepercayaan pelabur yang dinyatakan dalam mengambil risiko tidak sepadan dengan tingkah laku mereka. Sebagai contoh, kita mungkin percaya bahawa diri kita adalah pelabur ‘agresif’ dan memberikan jawapan semasa penilaian mengikut kepercayaan itu, tetapi realitinya, mungkin hanya sanggup mengambil risiko yang ‘sederhana’.

Kesediaan (selera) dan keupayaan (toleransi) untuk menangani risiko pelaburan tak sama. Boleh rujuk contoh berikut:

Encik X mungkin mempunyai selera untuk makan bufet yang besar, tetapi dia tidak dapat makan terlalu banyak kerana keadaan kesihatan beliau. Beliau boleh membuat keputusan untuk menikmati bufet itu tetapi dia akan terdedah kepada risiko mendapat gout, pedih ulu hati atau lebih teruk. Walaupun selera makannya tinggi, toleransinya lebih rendah disebabkan faktor-faktor tertentu. 

Dalam konteks pelaburan, sebagai contoh, pelabur telah menunjukkan bahawa mereka selesa dengan turun naik pasaran. Walau bagaimanapun, daripada memegang saham untuk jangka masa panjang apabila harga menurun dan setia sambil mengharungi turun naik pasaran, pelabur menjadi gelisah dan cepat-cepat menjual saham, mengakibatkan kerugian segera dan besar.

Walaupun pengubahsuaian boleh dibuat kepada portfolio, lebih baik untuk menempuh suatu pelan daripada mengambil tindakan pembetulan di tengah jalan.

Pelajarannya di sini adalah untuk menajdi lebih realistik, terutamanya semasa penilaian profil risiko, supaya pilihan pelaburan yang tepat dapat dibuat daripada awal lagi.

3. Ketahui Kelas Aset Pelaburan

Faedah mengetahui profil risiko daripada awal, dapat dilihat dalam keputusan pelaburan yang boleh dibuat untuk memenuhi toleransi kewangan dan emosi untuk berdepan dengan risiko. Pelabur yang mempunyai tahap toleransi yang rendah disyorkan untuk memilih pelaburan yang lebih selamat dan yang kurang berkemungkinan turun dalam nilai.

Pada masa yang sama, mereka yang mempunyai toleransi yang tinggi, akan berasa lebih selesa membuat pelaburan di mana harga boleh naik dan turun dengan lebih banyak dan dramatik.

Instrumen pelaburan yang berbeza membawa kepada pelbagai peringkat risiko dan mereka dikategorikan kepada kumpulan utama yang terdiri daripada jenis pelaburan yang sama. Pengumpulan ini dikenali sebagai kelas aset dengan setiap kelas membawa tahap risiko yang berbeza dan berkongsi ciri-ciri yang serupa dalam suatu kelas. Berikut adalah empat kelas aset utama: 

  • Wang Tunai: Kelas ini mempunyai risiko paling rendah dan juga pulangan terendah. Contohnya termasuk wang dalam akaun simpanan anda, dana pasaran wang, dompet dalam talian, dan juga simpan di bawah tilam anda!
  • Ekuiti: Ini mewakili pemilikan dalam perniagaan. Contohnya saham. Ia adalah kelas aset yang berisiko tinggi kerana sifat tidak menentu pasaran saham
  • Pendapatan Tetap: Meminjamkan wang kepada syarikat atau kerajaan untuk mendapatkan faedah. Contohnya termasuk bon dan deposit tetap. Mereka menawarkan pulangan yang lebih baik daripada wang tunai, tetapi ada juga risikonya.
  • Aset Fizikal: Contoh termasuk hartanah, komoditi sumber asli dan logam berharga seperti emas. Melabur dalam hartanah seperti pejabat atau apartmen boleh memberi anda pulangan yang baik melalui pendapatan sewa dan peningkatan nilai hartanah, tetapi kos permulaan adalah tinggi.

 Mengetahui kelas aset ini akan membantu dalam menentukan di mana untuk melabur, bergantung kepada toleransi risiko dan juga jangkaan pertumbuhan.

 4. Belajar Pengurusan Risiko

Dengan begitu banyak pilihan, ia sangatlah mengelirukan untuk kita ketahui produk-produk kewangan mana yang boleh dipilih untuk menguruskan risiko yang berbeza-beza. Mengambil risiko paling kecil boleh mengakibatkan matlamat kewangan mustahil untuk dicapai, tetapi mengambil terlalu banyak risiko pula boleh mengakibatkan kerugian besar.

Penyelesaiannya terletak kepada tiga strategi: diversifikasi, melabur secara konsisten dan melabur dalam jangka masa yang lama.

Bagi pelabur baru, diversifikasi pada asasnya bermakna tidak menempatkan semua telur dalam satu bakul (putting all egs in one basket) atau tidak meletakkan semua wang anda ke kelas aset tunggal. Dengan menyebarkan wang anda, anda juga menyebarkan risiko.

Oleh itu, cuba untuk mengekalkan keseimbangan aset yang berbeza yang memberikan gabungan keselamatan yang baik dan pulangan yang lebih tinggi. Dengan cara ini, kita tidak akan kehilangan segala-galanya jika sesebuah pelaburan berisiko tinggi mula menjunam, kerana dah ada aset risiko yang lebih rendah untuk memastikan kita dapat bertahan.

Untuk membimbing para pelabur tentang cara untuk memperuntukkan pelaburan mereka, ada peraturan industri yang boleh anda praktikkan. Ia melibatkan pengurangan usia anda dari 110, dan jumlah yang anda peroleh adalah peratusan portfolio anda yang seharusnya dilaburkan dalam stok.

Sebagai contoh, jika anda berusia 40 tahun, letakkan 70% dalam stok (110 tolak 40) dan mungkin selebihnya dalam bon (30%). Untuk menambah aset lain pada campuran anda, anda boleh mengurangkan peruntukan saham anda kepada 60%, bon anda hingga 25% dan melabur 10% dalam hartanah dan 5% secara tunai.

Portfolio pelaburan haruslah mempertimbangkan beberapa faktor seperti umur, toleransi terhadap risiko, matlamat kewangan dan tempoh pelaburan. Semua faktor saling berkaitan. Pelabur jangka panjang lebih baik untuk membuat pelaburan yang lebih berisiko kerana mereka boleh bertahan daripada sebarang potensi kerugian dari semasa ke semasa.

Nasihat ini terutamanya kepada pelabur muda yang mampu mengambil risiko lebih tinggi kerana masa lebih berpihak kepada mereka. Apabila seseorang telah meningkat umurnya, disyorkan untuk mengurangkan risiko secara beransur-ansur.

Oleh itu, amatlat penting untuk kita fahami toleransi risiko bagi memastikan pulangan pelaburan yang stabil tanpa menjejaskan kepentingan kewangan.

Dikarang oleh BBazaar Malaysia. Disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.com.

BBazaar Malaysia (BBazaar.my) adalah sebahagian daripada BankBazaar International,pasaran utama dalam talian neutral yang membantu pengguna membuat keputusan mengenai produk kewangan seperti pinjaman, insurans, kad kredit, simpanan tetap, akaun simpanan, dana bersama dan banyak lagi. Perkhidmatan BBazaar Malaysia ditawarkan melalui platform yang selamat, mesra pengguna dan intuitif. Ditubuhkan pada tahun 2008, BankBazaar bertumpu kepada penggunaan teknologi untuk menyediakan transaksi tanpa kertas dari mula hingga akhir yang memberi keselesaan kepada pelanggan. Hasilnya adalah pemberian tawaran peribadi hingga ke peringkat individu. Dengan bantuan pasukan khidmat pelanggan yang komited dan komuniti pengguna yang semakin meningkat, BankBazaar adalah cara paling mudah untuk orang ramai mencari dan memilih produk kewangan yang tepat secara dalam talian.

BankBazaar disokong oleh pelabur global berkaliber termasuk Walden International, Sequoia Capital, Fidelity Growth Partners, Mousse Partners, Amazon dan Experian.

Di samping menawarkan produk kewangan, BBazaar Malaysia (BBazaar.my) juga menyediakan artikel yang boleh diakses di: https://blog.bbazaar.my, mengenai topik kewangan dan gaya hidup peribadi setiap hari. Artikel artikel dipermudah kan untuk semua orang dari para pemula hinggalah ke pakar. BBazaar Malaysia (BBazaar.my) percaya bahawa setiap orang perlu diberi peluang untuk belajar mengenai dunia kewangan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend