Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO), Pelaburan Yang Sesuai Ketika Market Sedang Downtrend

Jika baca tajuk di atas pasti ramai yang tertanya-tanya apakah FCPO ni? Dan adakah ianya pelaburan yang sesuai ketika market sedang menurun? Jom kita bersama-sama dengan sifu FCPO yang tidak asing lagi, Tuan Ridzuan Ibrahim.

Beliau juga lebih dikenali sebagai RI di kalangan pelabur saham & FCPO.

FCPO Merupakan Alternatif Kepada Pasaran Saham

Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah atau lebih dikenali sebagai FCPO (Futures Crude Palm Oil) adalah salah satu instrumen yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia Derivatives (BMD) sebagai alternatif kepada pasaran saham.

Selain daripada FCPO, kita juga ada FKLI (Futures Kuala Lumpur Index), dimana FKLI adalah cerminan kepada KLCI. Andai kata berlaku kenaikan atau penurunan kepada KLCI, pasaran FKLI juga akan bergerak hampir sama dengan KLCI. Perkongsian ini akan tertumpu kepada FCPO kerana ia adalah pelaburan yang patuh Syariah.

FCPO Merupakan Pasaran Dua Hala

Apa itu FCPO? FCPO adalah instrumen di mana anda boleh membuat keuntungan semasa pasaran menaik (seperti saham) dan juga semasa pasaran jatuh merudum. Inilah yang dimaksudkan dengan pasaran dua hala.

Untuk ketahui kelebihan pasaran dua hala, kita ambil contoh Felda Global Ventures (FGV). Ianya telah jatuh terus menerus daripada hari ianya tersenarai, setelah mencapai paras tertinggi pada harga RM5.55.

Bayangkan jika anda boleh ‘Short-Sell’ daripada harga RM5.55 dan sekarang FGV mencecah paras terendah RM0.63. Keuntungan yang dijana adalah sebanyak RM4.92 satu lot.

Tapi dalam konteks saham, anda tidak boleh ‘Short-Sell’, berbeza pula halnya dengan FCPO.

Jual Dulu Bila Kita Rasa Harga Akan Turun, Dan Beli Semula

Disertakan sekali contoh carta FGV yang sedang menurun. Cuba lihat betapa besarnya peluang jika kita boleh Short-Sell, iaitu menjual dahulu apabila menjangkakan harga akan jatuh dan membeli jika sudah mencapai sasaran (target).

Alternatifnya adalah FCPO iaitu pasaran hadapan komoditi yang menjadi tumpuan satu dunia (benchmark) untuk harga Kelapa Sawit Mentah. Pesaing terdekat FCPO adalah Soyabean Oil (SBO) yang didagangkan di Chicago Board Of Trade (CBOT) di Amerika Syarikat.

Urusniaga FCPO boleh didagangkan di platform dagangan elektronik di BMD di bawah produk pasaran hadapan komoditi sawit iaitu FCPO. FCPO adalah intrumen pasaran hadapan yang patuh syariah seliaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Securities Commision). Untuk bacaan berkenaan produk FCPO boleh rujuk kepada laman web Bursa Malaysia seperti berikut:

http://www.bursamalaysia.com/market/derivatives/products/commodity-derivatives/crude-palm-oil-futures-fcpo/

Bagaimana Nak Mula Dengan FCPO?

Bagaimana nak mula dan apa yang perlu anda tahu? Secara khususnya, untuk berurusniaga dalam pasaran hadapan FCPO anda memerlukan kefahaman analisa teknikal yang berbeza daripada pasaran saham.

Ini adalah kerana FCPO bergerak sangat pantas (liquid) dan carta yang biasanya pedagang FCPO gunakan adalah carta 5 minit, 15 minit dan 30 minit.

Tapi kegemaran ramai pedagang FCPO adalah carta 5 minit, kerana pergerakannya banyak persamaan dengan carta harian atau pun carta 1 jam di pasaran saham.

Pergerakan harga (candlestick) sangat pantas berlaku dan peluang untuk menjana 5 mata ke 10 mata sehari adalah agak tinggi.

Berikut adalah contoh carta 1 jam FCPO di mana pedagang Short-Sell pada harga 2198 dan membeli kembali pada harga 1964, yang merupakan kejatuhan sebanyak 234 mata.

Bagaimana Nak Kira Keuntungan FCPO?

Ianya mengikut kontrak spesifikasi FCPO 1 lot bersamaan dengan 25 metrik tan (RM), dan untuk kiraan keuntungan adalah 1 mata pergerakan harga bersamaan dengan RM25

Kiraan mudah 1 mata = RM25, dan untuk contoh carta 1 jam FCPO ini kejatuhan adalah sebanyak 234 mata.

234 mata X RM25 = RM5,850.00 (1 lot)

Jika pedagang masuk 2 lot, ianya bersamaan keuntungan sebanyak RM11,700.00 belum ditolak komisen yang dikenakan oleh broker.

Komisen yang dikenakan oleh broker-broker tempatan tidak sama, tetapi biasanya antara RM15 hingga RM25 untuk 1 lot dagangan dan ia bergantung kepada aktiviti anda sebagai pedagang. Jika anda seorang yang aktif, biasanya broker akan memberi kadar komisen yang lebih rendah.

Berapa Modal Nak Trade FCPO?

Cash atau margin yang diperlukan untuk berdagang FCPO mengikut BMD, adalah RM4,500.00 untuk 1 lot (overnight) dan RM2,250.00 untuk berdagang jual/beli hari yang sama (intraday).

Dalam erti kata lain, jika hendak berdagang 2 lot memerlukan deposit sebanyak RM9,000.00 untuk dagangan overnight dan RM4,500.00 untuk berdagang 2 lot intraday.

Ridzuan Ibrahim – Sifu FCPO

Ditulis oleh pakar FCPO, futures dan saham, dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri. Beliau memberikan perkhidmatan coaching berdagang intraday FCPO secara PERCUMA kepada mereka yang berminat untuk mendalami ilmu futures FCPO, daripada asas teknikal sehingga ke advanced. Terutamanya mereka yang nak belajar strategi berdagang intraday, bolehlah hubungi beliau. Dan rajin-rajinlah follow beliau di FB.

Ridzuan Ibrahim (RI)

RHB Investment Bank Berhad

Equity & Futures Broker

Dual License Remisier

Certified Chartist (MSTA-UK) (MATA-MY).

Laman Web –> https://ridzuanibrahim.wixsite.com/freecoachingsahamcpo

WhatsApp –> www.wasap.my/601135652025

Youtube Channel –> https://www.youtube.com/channel/UCawH7C-OeOi7To9tuHI14Tw

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend