Pelaburan Emas vs Pelaburan Hartanah

Setiap pelaburan yang dilakukan mesti ada risikonya yang tersendiri. Terpulang kepada individu untuk memilih dan menilai mana yang lebih baik dan mana yang lebih menguntungkan. Begitu juga dengan pelaburan emas dan juga pelaburan hartanah.

Ada risiko-risiko tertentu yang perlu dihadapi oleh mereka yang menjalankan pelaburan seperti ini. Kini, semakin ramai orang memilih untuk melabur dalam pelaburan emas dan juga hartanah. Apa yang bagusnya dengan kedua-dua jenis pelaburan ini? Mari kita semak!

1. Pelaburan Emas

Pelaburan emas adalah pilihan pelaburan terbaik kerana ianya bersifat kalis inflasi walaupun tidak sepenuhnya. Nilainya juga boleh berubah-ubah, naik dan turun sepanjang tahun. Namun, nilai emas adalah jauh lebih tinggi berbanding wang kertas dan juga boleh digunakan di mana-mana negara.

Modal untuk pelaburan emas juga jauh lebih kecil, tetapi boleh mendatangkan keuntungan berlipat ganda. Harga emas pula bergantung kepada keadaan ekonomi semasa, tetapi trend harga emas meningkat naik saban tahun.

Emas lebih mudah ditukarkan kepada wang tunai, kerana boleh dipajak pada bila-bila masa sahaja tanpa bimbang akan risiko kehilangannya. Adalah lebih baik bagi setiap individu untuk membuat pajakan emas di institusi-institusi yang bertauliah seperti Ar-Rahnu supaya aset emas anda dijaga rapi.

Terdapat pelbagai kaedah yang terdapat dalam pelaburan emas. Adalah lebih baik bagi anda untuk membuat pelaburan emas secara fizikal. Ianya boleh dilakukan samada melalui sijil atau akaun pelaburan emas, dan lebih baik daripada menyimpan emas sendiri di rumah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari berlaku seperti kecurian atau kebakaran.

2. Pelaburan Hartanah

Pelaburan hartanah adalah pelaburan untuk jangka masa panjang, samada daripada segi kenaikan nilai hartanah atau kenaikan sewa saban tahun. Pelaburan hartanah biasanya memerlukan modal yang lebih besar, jadi pelabur hartanah diberi kemudahan untuk membuat pinjaman dari pihak bank berdasarkan syarat-syarat tertentu.

Oleh kerana hartanah tersebut boleh disewakan, maka pemilik akan mendapat aliran tunai atau cash flow setiap bulan daripada pihak penyewa. Seolah-olah penyewa yang tolong bayarkan ansuran bulanan kepada pihak bank.

Nilai hartanah sangat susah untuk turun harganya. Sudah pasti ianya boleh memberi keuntungan yang berlipat ganda kepada pelabur, lagi lama ianya dimiliki.

Walaubagaimanapun, setiap pembeli perlu mempunyai ilmu dalam bidang hartanah supaya dapat mengurangkan risiko pelaburan. Maklumlah, beli rumah ada yang sampai 30-35 tahun. Kalau tersilap langkah, memang merana jugalah untuk tempoh masa panjang tersebut.

Nak Buat Dua-Dua Sekali Pun Boleh

Berdasarkan info di atas, bolehlah anda membuat pilihan sama ada untuk membuat pelaburan emas atau pelaburan hartanah. Kedua-duanya memberikan keuntungan yang banyak kepada pelabur atau pemiliknya, jadi tidak timbul soal mana lebih baik atau mana yang tidak baik. Terpulang kepada anda untuk menilainya.

Sumber Rujukan:

Jom Tengok Perbandingan Yang Lain Juga

Sukakan perbandingan, boleh juga tengok perbandingan-perbandingan yang lain seperti berikut:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend