Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Nak Mula Melabur

Sebelum kita membuat sebarang keputusan untuk melabur, kena pastikan dulu kita benar-benar faham akan instrumen pelaburan dan risiko yang terlibat dalam pelaburan tersebut.

Maklumlah, ada pelaburan yang berisiko tinggi sehingga hilang semua modal yang kita laburkan. Ada pula pelaburan yang memberi pulangan yang sedikit, cukup sekadar untuk melawan kadar inflasi setiap tahun.

Jom kita ambil tahu apakah yang disebut sebagai pelaburan, dan kenapa ianya penting?

Apakah Itu Pelaburan?

Pelaburan adalah komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain bagi mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen.

Kenapa Pelaburan Penting?

  • Mencapai matlamat kewangan
  • Mengatasi inflasi
  • Menambah pendapatan

Jenis-Jenis Pelaburan

1. Pelaburan tunai dan faedah tetap

Ia menyediakan kemudahan apabila anda memerlukan wang dan anda tidak mungkin kehilangan modal kerana ianya terjamin

2. Bon

Apabila anda membeli bon kerajaan atau bon syarikat, anda ‘meminjamkan’ wang anda bagi jangka masa tertentu pada kadar faedah yang telah ditentukan. Hasilnya, anda menerima pulangan pendapatan yang tetap melalui pembayarn faedah yang juga tetap.

3. Dana Unit Amanah

Dalam unit amanah, wang daripada ramai pelabur individu akan dikumpulkan untuk membeli beberapa kelas aset yang berlainan dalam kuantiti yang besar. Pengurus dana professional akan menentukan peratusan daripada dana yang akan dilaburkan dalam setiap kelas aset, dan mengenal pasti Negara, industry dan syarikat yang mempunyai prospek dan pulangan terbaik. Setiap pelabur akan menerima unit dalam dana ini, setiap unit mewakili campuran pelbagai kelas aset seperti saham, bon dan simpanan tetap.

4. Dana Amanah Pelaburan Hartanah (REIT)

Ini sama seperti unit amanah saham kecuali pelaburan yang dibuat adalah bagi bangunan dan hartanah. Keuntungan daripada pelaburan sedemikan akan diagihkan kepada pelabur dalam bentuk dividen.

5. Saham

Saham yang juga dikenali sebagai ekuiti atau syer mewakili pemilikan sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat dan berhak atas nilai masa depan sahamnya dan keuntungannya.

6. Hartanah

Pelaburan hartanah menawarkan pendapatan kepada pelabur dalam dua cara:

  1. Peningkatan dalam nilai modal memandangkan harga rumah dan tanah meningkat dalam sesuatu jangka masa.
  2. Memperolehi pendapatan daripada sewaan rumah

Bagaimana Memilih Pelaburan Terbaik?

1. Kenal pasti tujan pelaburan

  • Adakah untuk mengembangkan modal atau
  • Adakah untuk mendapatkan aliran tunai bulanan

2. Kenal pasti toleransi risiko

Secara umumnya, toleransi risiko seseorang dikelaskan kepada rendah, sederhana, dan tinggi

Orang yang mempunyai toleransi risiko yang rendah  tidak sanggup menghadapi risiko yang tinggi dalam pelaburan, mereka takut kehilangan modal dan tidak sanggup menunggu lama untuk mendapatkan pulangan modal. Mereka juga tidak sunggup menghadapi turun naik pasaran, Jadi, peilihan pelaburan terbaik untuk mereka adalah akaun deposit tetap (fixed deposit), bon dan sukuk.

Bagi yang mempunyai toleransi risiko sederhana dan tinggi, mereka boleh melabur dalam pelaburan yang bersifat jangka masa panjang dan mengabaikan turun naik pasaran dalam jangka masa pendek.  Bentuk pelaburan yang sesuai ialah unit amanah, saham dan hartanah.

3. Sentiasa menambah kefahaman dan pengetahuan

Intrumen pelaburan yang hendak dipilih seharusnya adalah pelaburan yang kita sendiri faham dan mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaannya.

Sebagai contoh untuk pelaburan saham, seseorang itu perlu tahu dan faham tentang perkara-perkara asas seperti cara jual beli, kiraan unit, caj-caj terlibat, modal yang diperlukan, cara memilih kauter terbaik, analisa fundamental, analisa teknikal dan sebagainya.

Begitu juga dengan pelaburan hartanah, anda perlu tahu tentang kos-kos yang terlibat, undang-undang ynag berkaitan, prosedur pembelian rumah, strategi pelaburan hartanah yang menguntungkan, dan teknik mendapatkan penyewa yang baik.

Dalam membuat pelaburan, jangan sekali-kali mengikut orang lain. Sebaiknya kita sendiri yang menbuat keputusan berdasarkan kefahaman dan pengetahuan sendiri.

Kesimpulannya, pelaburan yang terbaik tidak sama untuk semua orang kerana ia mengikut citarasa dan minat masing-masing yang berbeza. Oleh itu, kenal pasti toleransi risiko diri sendiri sebelum memilih untuk mula dalam sebarang pelaburan.

Sumber: AKPK

Dah tahu apa itu pelaburan, dan dah tahu pelaburan mana yang terbaik untuk anda; pastikan juga anda tahu nak kenal pasti scam. Ini kerana ramai di luar sana yang telah terpedaya dengan janji-janis manis daripada operator-operator skim cepat kaya yang menjanjikan keuntungan semata-mata, tiada langsung bicara pasal kerugian.

Secara logiknya pun, mana mungkin sesuatu perniagaan asyik untung saja, tak pernah rugi. Kalau kita berniaga nasi lemak tepi jalan pun, jika ditakdirkan hari tersebut hujan lebat – tak ramai pelanggan yang datang membeli, maka banyak nasi lemak yang tak terjual dan basi; ini pasti mendatangkan kerugian kepada peniaga nasi lemak.

Jauhi Skim Cepat Kaya Dan Kaki Scammers

Rajin-rajinlah baca berikut untuk timbul kesedaran dalam diri tentang scam-scam yang ada, agar tidak menjadi mangsa:

Akhir sekali, rajin-rajinlah melawat laman web Bank Negara Malaysia. Mereka sentiasa update nama-nama syarikat yang diletakkan dalam senarai watchlist. Kalau ada nama skim pelaburan dalam senarai BNM ni, seeloknya jauhkan diri daripadanya.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend