Potensi Wakaf Korporat di Malaysia

Baru-baru ini di persidangan Dewan Rakyat telah dibangkitkan berkenaan isu wakaf. Isunya adalah berapakah keluasan tanah yang telah diwakafkan oleh pemilik individu untuk kegunaan agama Islam di seluruh negara dan peratus dari keseluruhan tanah tersebut yang telah
dibangunkan serta jumlah yang belum dibangunkan.

Jawapan yang diterima agak mengejutkan kerana setakat tahun 2013, terdapat 30,888.9 hektar tanah wakaf direkodkan di seluruh negara dengan 11.35 peratus daripada jumlah itu sudah dibangunkan (Kosmo bertarikh 3 Disember 2018).

Tanah wakaf yang dibangunkan tidak sampai 50 peratus daripada keseluruhan tanah yang diwakafkan. Masalah geografi dan isu berkaitan pewaris antara punca tanah wakaf tidak boleh dibangunkan

Kita selalu mendengar perkataan wakaf tetapi mungkin kita sendiri tidak tahu apakah itu wakaf.

Berhenti, Menegah Atau Menahan

Wakaf berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘waqafa’ yang membawa maksud berhenti, menegah, atau menahan. Pengertian wakaf ialah harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah, dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah s.w.t.

Secara ringkasnya, pemilikan harta beralih kepada Allah s.wt. Antara institusi yang dibangunkan untuk memantau dan menyelaras program wakaf di Malaysia adalah Jabatan Wakaf, Zakat, dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Wakaf Malaysia.

Walaupun nampak ada kelemahan dari segi pengurusan tanah wakaf di Malaysia, namun ada juga organisasi yang berjaya mempraktiskan konsep wakaf ini untuk manfaat ummah.

Kita ambil contoh Waqf An-nur Corporation Berhad iaitu institusi wakaf yang berperanan mentadbir harta wakaf di bawah Johor Corporation. Konsep wakaf yang diaplikasikan adalah wakaf korporat iaitu berbentuk saham yang kemudiannya dimanfaatkan untuk kegunaan ummah.

Latar Belakang Waqf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp)

WANCorp merupakan sebuah syarikat berhad dengan jaminan tanpa syer yang ditubuhkan oleh Johor Corporation (JCorp). Penubuhannya bertujuan bagi menguruskan aset dan saham syarikat dalam Kumpulan JCorp yang diwakafkan. Oleh itu, WANCorp berperanan sebagai Maukuf Alaihi (badan yang berhak menerima harta wakaf) kepada saham dan lain-lain bentuk sekuriti syarikat perniagaan tersebut.

Pada asalnya WANCorp beroperasi secara khusus dengan nama Pengurusan Klinik Waqaf An-Nur Berhad bermula 25 Oktober 2000. Ketika itu ia ditubuhkan hanya untuk menguruskan klinik waqaf dan pusat dialisis di bawah Johor Corporation dengan pelaksanaan operasi oleh KPJ Healthcare Berhad.

Seterusnya, nama syarikat ditukarkan kepada Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad pada 19 Julai 2005 dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad pada 18 Mei 2009. Pertukaran nama mempunyai signifikasi yang jelas terhadap peranan lebih luas berkaitan skop yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat ini iaitu menjadi pentadbir wakaf dalam Kumpulan JCorp.

Waqaf An-Nur Corporation Berhad juga adalah pemegang saham syarikat berikut yang tersenarai di Bursa Malaysia:

Manfaat wakaf pula telah diagihkan seperti berikut:

Aplikasi wakaf masa kini adalah berbeza dengan zaman sebelumnya. Pelaksanaan wakaf tidak terhad kepada sumbangan berbentuk aset fizikal seperti bangunan atau tanah tetapi boleh diaplikasikan melalui wakaf korporat seperti yang dipraktiskan oleh Waqf An-Nur Corporation
Berhad. Bagi individu pula, kita masih boleh menyumbang melalui wakaf tunai.

Asalkan objektif wakaf iaitu untuk manfaat ummah tidak tersasar. Waqaf korporat dapat didefinisikan sebagai wakaf saham oleh institusi perniagaan dengan agihan manfaat bersumberkan dividen pelaburan
saham di Bursa Malaysia dan keuntungan tahunan syarikat.

Apa yang uniknya, wakaf korporat ini tidak hanya memberi sumbangan manfaat kepada golongan sasar tetapi mengoptimumkan harta wakaf bagi memaksimumkan nilai manfaat bagi kegunaan jangka panjang.

Secara keseluruhannya, penubuhan WANCorp oleh JCorp adalah satu langkah yang terpuji dan patut dicontohi oleh organisasi lain. Ini menunjukkan cara untuk berwakaf itu adalah luas. Perlu diingat, wakaf juga merupakan satu mekanisme perkongsian kekayaan sesama
ummah.

Selain daripada itu, wakaf boleh membantu untuk meningkatkan ekonomi sesebuah negara kerana adanya konsep pengagihan dari yang kaya kepada yang miskin. Ini menunjukkan keunikan Islam dengan memberi jaminan kepada umatnya bahawa mereka akan beroleh pahala
di akhirat sekiranya berkongsi kekayaan dengan orang lain.

Akhir kata, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada pengasas WANCorp Tan Sri Muhammad Ali Hashim, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt.

Wallahu’alam bisshawab.

Ditulis oleh Tuan Azharul Adha Bin Dzulkarnain. Beliau berkelulusan Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam daripada UiTM, dan kini beliau bekerja di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Penulisan adalah di atas kapasiti individu dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Memperkenalkan Waqaf Saham Larkin Sentral – Waqaf IPO Pertama Di Malaysia

Bagi mereka yang menetap di Johor atau yang sering ke sana, mesti tahu tentang kewujudan Larkin Sentral bukan? Kalau di Kuala Lumpur, kita ada KL Sentral, di Johor pula kita ada Larkin Sentral. Ianya merupakan nadi utama pengangkutan di Johor Bahru.

Penawaran Waqaf Saham Larkin Sentral ini melibatkan sehingga 850 juta saham biasa baru dalam Larkin Sentral Property Berhad (Larkin Sentral) kepada Institusi-Institusi dan Individu-Individu pada harga langganan sebanyak RM0.10, setiap saham terbitan yang kemudiannya diberikan (Melalui Wakaf) kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

Ianya memberikan peluang kepada pewakaf-pewakaf individu dan institusi-institusi untuk melanggan saham-saham baru Larkin Sentral dengan nilai langganan minima RM 100 atau 1,000 unit saham dengan harga tawaran sebanyak RM 0.10 setiap saham dan seterusnya mewakafkan saham-saham tersebut kepada WANCorp melalui Hujjah Wakaf yang akan dilaksanakan di hadapan dua saksi.

Waqaf Saham Larkin Sentral Boleh Buat Online Saja

Dua cara paling mudah untuk anda berwaqaf adalah melalui Maybank2u dan FPX.

A. Berwaqaf Melalui Maybank2u.com

  1. Layari http://www.maybank2u.com.my/
  2. Log masuk ke www.maybank2u.com.my dengan memasukkan pengenalan pengguna dan PIN/kata laluan anda;
  3. Layari ke seksyen laman web mengenai “Pelaburan”;
  4. Pilih “Waqaf” untuk melanggan saham; dan ikut arahan seterusnya

B. Berwaqaf Melalui FPX

  1. Layari website Waqaf Saham Larkin Sentral di www.waqafsahamlarkin.com
  2. Klik “Mari Berwaqaf” dan ikut arahan seterusnya.

Terdapat 17 bank pilihan bagi membuat transaksi melanggan Waqaf Saham Larkin Sentral.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend