Sebelum Gatal Melabur Emas, Dapatkan Jawapan Kepada 8 Soalan Ini

Biasa kan dengar pelaburan emas ni? Katanya ia adalah pelaburan untuk long-term, betul ke? Adakah pelaburan emas ini memerlukan modal yang besar?

Perlu diingat, kita perlu mempunyai maklumat yang lengkap sebelum membuat sesuatu pelaburan. Jangan dengar cakap ejen saja, sebaliknya buat penyelidikan sendiri. Apa susah, semuanya di hujung jari. Untuk itu, jom kita tengok 8 soalan lazim berkenaan pelaburan emas.

1. Perlu Modal Yang Besar Untuk Melabur Emas?

Jawapan ringkasnya, tidak. Ini kerana anda boleh mula melabur ikut kemampuan sendiri. Tengok kepada penjual emas tersebut berapa minima yang diperlukan.

Untuk kiraan mudah, kita ambil harga semasa emas iaitu RM180.

Kalau 10 gram emas = RM180 * 10 gram = RM1,800

Kalau 5 gram emas = RM180 * 5 gram = RM900

Ada juga tempat kita boleh beli 1 gram emas = RM180

Lagi best, ada tempat kita boleh beli emas serendah RM1!

2. Apa Pula Beza Emas 999, 995 & 916?

Kalau tanya dekat orang lelaki mungkin ramai tak tahu.

Nombor tersebut sebenarnya mewakili ketulenan emas tersebut. Kalau emas 999, bermakna ketulenan emas tersebut adalah 99.9%. Maka emas 995 bermaksud ianya mempunyai ketulenan 99.5%. Dan emas 916 sudah semestinya mempunyai ketulenan 91.6%.

Sudah pasti, emas berketulenan tinggi berharga lebih tinggi. Emas 999 lebih mahal daripada emas 995, dan emas 995 pula lebih mahal daripada emas 916.

Habis tu yang isteri selalu beli emas dekat kedai emas tu berapa ketulenannya? Kebiasaannya emas 916 yang selalu dilebur untuk menjadikannya barang perhiasan seperti rantai, gelang, cincin dan sebagainya.

3. Selamat Tak Beli Emas?

Ya memang selamat, kalau beli daripada bank dan ejen-ejen mereka. Yang tak selamat tu, kalau anda masuk skim-skim yang melibatkan emas seperti skim Tok Belagak dan sebagainya.

Boleh juga baca Kerugian Dianggar RM3.8 bilion. PDRM Dedahkan 30 Syarikat Tawar Skim Tidak Sah. Pelaburan saham, emas dan bitcoin paling banyak scam tau.

4. Pelaburan Emas Ini Patuh Syariah?

Emas adalah komoditi dan ada juga yang menggunakan emas sebagai mata wang. Sifat semulajadi emas tersebut, sangatlah senang untuk ia jatuh riba.

Sebagai contoh, beli emas kena dapat on-the-spot, time itu juga. Haram beli emas bertangguh (delay), beli hari ini, bulan depan baru dapat. Banyak lagi kriteria yang mesti dipenuhi, baru layak dikatakan pelaburan emas tersebut sebagai patuh Syariah.

Di antara badan berautoriti adalah Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) dan World Gold Council. Mereka ini yang boleh memutuskan sama ada sesuatu pelaburan emas itu patuh Syariah atau pun tidak.

5. Siapa Yang Memantau Pelaburan Emas Di Malaysia?

Mesti ramai akan kata Bank Negara Malaysia (BNM) kan? Jawapannya tidak, kerana sebarang jual beli emas dan perak tidak dipantau oleh BNM. Malah tidak perlu sebarang permit atau lesen khusus untuk jual beli emas.

Jadi sebelum membuat sebarang pelaburan emas, perlu berhati-hati dan buat due diligence yang secukupnya.

6. Berapa Peratusan Pelaburan Emas Yang Saya Perlu Peruntukkan?

Semuanya bergantung kepada tahap toleransi anda terhadap risiko. Pelaburan emas boleh disifatkan sebagai pelaburan jangka masa panjang yang berisiko rendah. Ini kerana emas seringkali dilihat sebagai alat untuk melawan inflasi.

Lagi penting anda mempelbagaikan portfolio pelaburan anda untuk memasukkan sekali emas, di samping pelaburan unit trust, hartanah, saham dan sebagainya.

7. Dekat Mana Nak Tengok Harga Terkini Emas?

Boleh rujuk goldprice.org dan Bullion Vault untuk mengetahui harga terkini emas. Lembaga Zakat Selangor pun ada harga emas untuk 999 dan 916 yang dikemaskini setiap hari.

8. Bila Masa Terbaik Nak Beli Emas?

Soalan ini agak subjektif, kerana harga emas sedang dalam fasa uptrend sejak tahun 1998 lagi. Harga emas jatuh sedikit pada tahun 2013 dan mula naik semula pada tahun 2015 sampailah sekarang.

Sumber: Trading View

Kalau ianya bersifat pelaburan jangka masa panjang, bila-bila masa pun merupakan masa yang terbaik untuk membeli emas.

Sekarang Boleh Beli Emas Patuh Syariah Secara Online Serendah RM1

Dulu orang kata nak melabur emas perlu modal besar.

Dulu orang kata susah nak cari pelaburan emas yang patuh Syariah.

Dulu orang kata nak jual beli emas tak boleh buat online.

Tetapi sekarang dah boleh membeli emas dengan guna aplikasi HelloGold, minimum RM1 je!

Bukan itu saja, antara manfaat membeli dengan HelloGold adalah:

• Jual beli emas online patuh Syariah
• Emas tersebut milik anda
• Emas selamat disimpan di dalam bilik kebal yang mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa

Paling penting sekali, ini bukanlah SCAM.

Amanie Advisors telah pun mengeluarkan fatwa (http://shariahgold.com/products) dan Kementerian Kewangan juga mengiktiraf HelloGold sebagai start-up yang paling berpotensi di Malaysia (http://dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=122086).

Eksklusif untuk pembaca MajalahLabur, dapatkan RM5 emas percuma apabila anda mendaftar akaun di HelloGold dengan menggunakan kod MLJAN18.

Tak perlu like page kami dan tak perlu share artikel ini untuk dapatkan emas percuma tersebut.

1. Layari laman web www.hellogold.com
2. Muat turun aplikasi dan selesaikan proses pendaftaran
3. Masukkan kod MLJAN18.

Semudah 1-2-3.

Masa terbaik untuk membeli emas adalah sekarang.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend