Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Dan Peranannya

Jika anda seorang pelabur, pastinya pernah dengar akan nama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)? Nama SC sering terpapar di dada akhbar dan didengari di corong radio.

Tetapi malangnya, kebanyakannya adalah berkaitan kes-kes pelaburan yang melibatkan penipuan dan scam. Salah satu punca pelabur sering tertipu adalah kerana tidak menyemak terlebih dahulu samada syarikat tersebut mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan aktiviti pelaburan.

Tahukah anda, setiap aktiviti dan maklumat berkaitan pelaburan akan diselia oleh SC?

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) adalah sebuah badan organisasi yang ditubuhkan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1993 yang berkait rapat dengan penguatkuasaan dan Kementerian Kewangan. Badan berkanun biaya kendiri ini telah ditubuhkan pada 1 Mac 1993. 

Sc adalah badan yang bertanggungjawab untuk mengawalselia pembangunan kewangan dan pelaburan Malaysia serta undang-undang berkaitan.  Mengikut Jurnal Muamalat 2009, Suruhanjaya Sekuriti juga merupakan badan penasihat yang membangunkan pasaran modal Islam pada tahun 1995.

Peranan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Secara umumnya, SC menggalas amanah besar negara iaitu menjaga pelabur negara dengan baik dan memastikan ianya tidak mempunyai sebarang unsur jenayah. SC juga berperanan mengawal fungsi kawal selia perkara yang berkaitan bursa serta meningkatkan pembangunan sekuriti Malaysia. 

Jom kita tengok peranan SC yang ramai tak tahu.

  • Mengawal selia semua jenis perkara yang berkaitan dengan sekuriti dan kontrak niaga hadapan
  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi yang tidak tersenarai
  • Mengawal selia pertukaran tanggungjawab dan percantuman syarikat-syarikat
  • Meluluskan terbitan bon
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah supaya semua berjalan lancar
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen
  • Menggalakkan kawal selia sendiri
  • Memastikan perilaku yang betul dalam kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.
  • Menyemak segala perkara berkaitan bursa, pelaburan, penyewaan yang tidak patuh syariah
  • Mempromosi dan menggalakkan pembangunan sekuriti juga niaga hadapan di Malaysia

Majlis Penasihat Syariah (MPS) 

Sebagai sebuah badan yang mengawal selia dan melindungi pelabur, SC juga akan mengambil pandangan bagi sistem pasaran modal Islam untuk perkara berkaitan. 

Oleh itu, sebuah badan telah diwujudkan bagi membantu Suruhanjaya Sekuriti mendapatkan maklumat sistem pasaran modal Islam dengan lebih menyeluruh dan mengharmonikan pandangan Syariah untuk perkara tertentu. Badan tersebut dikenali sebagai Majlis Penasihat Syariah (MPS) yang telah ditubuhkan pada 16 Mei 1996.

Sumber Rujukan:  Jurnal Muamalat Bil. 2 • 2009

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend