Tabung Pendidikan Ke Perlindungan Takaful? Kenapa Tidak Kedua-duanya Sekali?

Simapanan SSPN-i Plus

Anak-anak bila membesar akan memerlukan dana untuk membiayai pendidikan mereka dan sebaiknya anda sebagai ibu bapa mestilah menyediakan dana tersebut supaya lebih bersedia atas segala kemungkinan yang mungkin berlaku.

Kos pendidikan semakin meningkat dan situasi ini pasti membimbangkan. Ingatlah perjalanan seribu kilometer bermula dengan langkah pertama. Jika anda ada anak kecil, mulakan menabung secara bijak untuk anak-anak anda dari sekarang.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau lebih dikenali dengan SSPN telah wujud sekian lama, dan telah membantu ramai rakyat Malaysia membiayai pelajaran anak-anak mereka ke institusi pengajian tinggi.

Apa Itu SSPN-i Plus?

Tapi sebelum itu, jom kita berkenalan dengan SSPN-i Plus terlebih dahulu yang diambil daripada portal rasmi PTPTN:

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. Ia ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilihCaruman serendah RM30 setiap bulan juga ada.

 

5 Kelebihan Utama SSPN-i Plus Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

Sekarang anda dah tahu apa itu SSPN-i Plus, kini ketahui pula 5 kelebihan utama kenapa anda perlu menyimpan di dalamnya:

 

  1. Perlindungan Takaful Untuk Keadaan Yang Tidak Dijangka

Serius, jangan pandang remeh isu takaful, kerana ianya sangat penting bagi kita meninggalkan keluarga dengan sedikit bekalan wang bagi mereka meneruskan kehidupan. SSPN-i Plus dilengkapi dengan perlindungan takaful yang tinggi, beserta perlindungan keilatan kekal (permanent disability), 36 penyakit kritikal, elaun kemasukan hospital harian dan khairat kematian (manfaat khairat kematian adalah bagi pendeposit termasuk pasangan).

Manfaat penuh boleh dilihat seperti di bawah:

Nota:

*   Pakej Berlian adalah terhad kepada 2 akaun sahaja bagi seorang pendeposit atau perlindungan takaful  maksimum sebanyak RM2,000,000.

Baca sendiri bagaimana sebuah keluarga telah mendapat manfaat daripada perlindungan takaful ini, dan RM709,840 telah diberikan kepada 65 penyimpan:

Guru Terima Sumbangan Takaful SSPN-i Plus RM170,037.20
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/241413

PTPTN Keluarkan Tuntutan Perlindungan Takaful RM709,840
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/245206

 

2. Dividen Yang Lebih Tinggi Berbanding Pelan-Pelan Simpanan Lain

Nama pun simpanan pendidikan, sudah pastinya anda mahu lihat duit di situ berkembang saban tahun kan? Dengan dividen lebih tinggi yang ditawarkan, duit anda akan berkembang dengan lebih cepat lagi.

Kadar Dividen SSPN-i Plus:

2010 – 3.25%

2011 – 3.75%

2012 sehingga 2016 – 4%

SSPN-i Plus merupakan pelan simpanan yang memberikan dividen tertinggi di Malaysia dan ianya juga patuh syariah.

 

3. Pemberian RM50 Kepada Pelajar Tahun 1

Di bawah Belanjawan 2017, semua pelajar tahun 1 di Sekolah Tanggungan Penuh Kerajaan akan mendapat geran sepadan sehingga RM50. Ini bermakna, jika anda membuka akaun baru dengan deposit minima RM50, anda akan mendapat tambahan RM50!

 

4. Pengecualian Cukai Taksiran Sehingga RM12,000

Berita gembira bagi anda yang setiap tahun membayar cukai. Nikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih (jumlah simpanan – jumlah pengeluaran) tahun semasa sehingga RM12,000 setahun. Maksimum RM6,000 untuk bahagian simpanan di bawah SSPN dan maksimum RM6,000 lagi untuk bahagian takaful di bawah Insurans Nyawa dan KWSP. Ini merupakan cara yang terbaik bagi mengurangkan cukai, di samping mendapat pelbagai manfaat lain seperti di atas.

 

5. Cabutan Bertuah

Cabutan Wow! SSPN-i Plus kembali lagi! Lebih 300 hadiah bernilai RM1,500,000 untuk dimenangi dalam Cabutan Tahunan dan Cabutan Suku Tahun.

Cabutan Wow! SSPN-i Plus Tahunan:

Cabutan Wow! SSPN-i Plus Suku Tahun:

Anak Muda Boleh Buka Akaun Sendiri

Tahukah anda, jika anda berumur 18 tahun dan ke atas, anda dah boleh buka akaun sendiri? Ini sangat sesuai bagi anak muda yang nak bekerja selepas tamat persekolahan bagi membantu keluarga. Jom mula menyimpan dan mengumpul duit untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dapat juga anda meringankan lagi beban ibu dan ayah.

Mula Menabung Hari Ini, Elakkan Meminjam

Sejak SSPN-i Plus dilancarkan Jun 2015 lalu, sebanyak 52,615 akaun skim itu dibuka dengan jumlah deposit sebanyak RM19.9 juta dan jumlah manfaat perlindungan takaful sehingga RM2.3 bilion. Dengan pelbagai manfaat yang boleh anda nikmati, mulakan langkah bijak dengan membuka akaun SSPN-i Plus anda hari ini juga.

Bagi mereka yang liat dan selalu terlupa, bolehlah buat potongan gaji bulanan. Untuk masa depan anak anda juga. Paling penting jangan bebankan anak-anak anda dengan pinjaman pelajaran.

Alhamdulillah, skim simpanan ini patuh syariah dan dijamin kerajaan.

Jika anda berminat, bolehlah buat Pendaftaran SSPN-i Plus secara online.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend