10 Sebab Kenapa Loan Rumah Anda Tak Lepas

Ramai tak tahu yang setiap bank mempunyai cara pengiraan dan penilaian yang tersendiri untuk menapis permohonan pembiayaan/pinjaman seseorang. Tiada garis panduan yang standard untuk semua bank. Tapi kalau anda bernasib baik kenal rapat dengan CEO bank, confirm senang lulus!

Sebaiknya, sebelum membuat permohonan anda semak dulu 10 kriteria penting ini agar kebarangkalian untuk bank luluskan lebih cerah. Jangan risau, tips ini diberikan oleh orang dalam industri bank sendiri iaitu Bella Leana. Baik baca dan fahamkan betul-betul. Sebab korang pun tak nak loan rumah tak lepas, kan?

Jom baca perkongsian beliau.


Ada banyak sebab loan kita boleh declined.. korang nak tahu tak sebabnya?
Ok Bella share sikit..

1. CCRIS history – Dalam tempoh setahun ni, kita pernah ada tunggakan bayaran 2 bulan dan berlarutan selama 3 bulan berturut-turut. Maksudnya dekat CCRIS kita tu ada nombor “2” sebanyak 3x. Walaupun dah “0” sekarang, tapi “sejarah” tu masih terlihat jelas. Kadang-kadang kalau kita tak justify kenapa kita ada sejarah tertunggak pun akan menyumbang ke arah loan “declined”.

2. Special Attention Acc (SAA) – Ada a few record SAA yang baru di selesaikan. Ada a few tu means lebih daripada 1 ok dan hutang tu baru sangat diselesaikan. Walaupun kita hantar sekali dengan Settlement Letter, tapi tetap effect juga. Case to case basis.

3. Baki Duit dalam Akaun Gaji – Ramai yang tanya Bella,

Berapa RM kena ada dalam akaun gaji?

Soalan ni terlalu “General” susah nak justify sebab setiap orang berbeza-beza. Cuma suka bella nak ingatkan, kalau baki dalam akaun gaji kita tinggal RM4.56 dan 15 hari sebelum next gaji, berat sikit lah. Lagi berat kalau tak ada justification.. tengok pulak ada “advance” gaji tapi tetap habis juga.

4. Property yang di beli – Selain daripada rekod kita, property yang kita beli tu pun mainkan peranan. Mungkin kita “terbeli” property di kawasan banjir. Atau market kawasan tu tak pernah naik walaupun dah lebih 10 tahun. Atau mungkin juga ada isu dengan status geran. Pendek kata, kena study sikit status hartanah yang kita nak beli tu. Jangan aci main hentam kromo saja.

5. Property yang dibeli melalui ahli keluarga terdekat. Mak ayah, adik beradik, mertua dan dan sebagainya. Bukan tak boleh, boleh. Tapi ada kes yang tak lepas di sebabkan status pembelian daripada ahli keluarga terdekat. Again, case to case basis.

6. Employment status – Mungkin jawatan kita sekarang ini berstatus kontrak dan syarikat tempat kita bekerja kita pula jenis “liat” nak bayar EPF. Jenis yang contribution bulan 1 tapi bayar pada bulan 5. Atau mungkin kita baru sangat pindah kerja, payslip baru hanya ada 1 bulan. Atau kita hanya ada Letter Offer kerja sahaja.

7. DSR + Cost of living – Lepas tolak segala komitmen, baki duit hanya ada a few hundred. Memang susah sikit lah nak lepas. Ye lah, kalau dah 80% gaji duk bayar hutang, nak hidup macam mana? Makan minum, utilities, mileage etc etc etc.

8. Dokumentasi – Dokumen tak lengkap. Bank statement takde, atau ada OT tapi bagi payslip cuma 4 bulan, sedangkan bank perlukan 6 bulan. Atau mungkin juga hanya bagi dokumen “basic” sahaja. Malas lah tu nak hantar banyak-banyak 😜

9. Tiada Saving – Dah lah gaji cun-cun jer, DSR exceed minimal percentage, baki akaun gaji pun kurang dari RM10, tapi saving sikit pun takde.. What? Simpan bawah bantal? Errr, ok!

10. Ada saving tapi baru minggu lepas bank in – Baki buku TH or ASB, baki ada 5 angka. Tapi tempoh simpan baru 5 hari. Then, tiada bukti duit tu dari mana. Pun masalah juga. Laaa, tadi takde saving nak saving, ni dah ada saving kenapa tak terima pula? Bukan tak nak terima, kalau tiada justification dan bukti transaksi, susah sikit lah.. sebab apa? Bank boleh fikir mungkin duit tu nak tumpang “parking” sekejap sebab nak bagi saving nampak “cun”. Kena faham lagi ni apa maksud saving.

Kredit: Bella Leana

OPR Naik, Pembiayaan Jadi Lebih Mahal Dan Mungkin Lebih Sukar Untuk Diluluskan

Pada 25 Januari yang lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) baru saja mengumumkan Kadar Dasar Semalaman / Overnight Policy Rate (OPR) telah naik sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus. Bahasa mudahnya, kadar pembiayaan menjadi lebih mahal kerana BNM mahu menggalakkan rakyat untuk menyimpan. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca Kadar Dasar Semalaman (OPR) Naik, Apa Kesannya Kepada Kita?

Adakah kriteria bank untuk meluluskan permohonan kita yang minta pembiayaan semakin ketat? Barangkali juga, kerana mereka mahu calon yang betul-betul layak sahaja diberikan pembiayaan.

Oleh itu, jangan putus asa dan berusaha dengan lebih kuat lagi untuk memperbaiki tahap kewangan anda.

Ambil Inisiatif Untuk Semak Sendiri Laporan Kredit (Credit Report) Anda

Dengan kemudahan internet dan semuanya kini di hujung jari, anda boleh dapatkan skor kredit (credit score) secara online saja. Dengan RAM Credit Info, mereka ada produk bernama RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini megandungi maklumat seperti i-Score (skor kredit), CCRIS, SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Contoh laporan RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP):

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi?

Sama macam CCRIS, kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Bukan mahal pun, hanya RM19.50 untuk mendapatkan laporan tersebut secara on-line.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend