4 Tips Berguna Untuk Membayar Balik PTPTN

Kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum yang lalu menyaksikan dasar kerajaan baru yang memutuskan bahawa pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajib dibayar selagi gaji peminjam belum mencecah RM4,000.  Sekatan perjalanan  kepada mereka yang gagal membuat bayaran selama ini juga telah dihapuskan.

Walaupun peminjam bergaji rendah tidak wajib membuat bayaran, ramai yang berkata ia suatu keputusan yang bijak jika anda masih membayarnya. Dari sudut perancangan kewangan, usaha untuk menyelesaikan hutang dengan segera akan memperoleh banyak kebaikan pada masa hadapan.  Sekiranya anda berhasrat untuk membayar hutang pendidikan anda dengan segera tanpa perlu menambah beban hutang baru, kami sediakan empat(4) tips berguna untuk anda ikuti.

1. Bertukar Ke Skim Ujrah

Sekiranya anda tidak mampu untuk membayar PTPTN sekaligus atau dalam tempoh yang singkat, adalah lebih baik untuk anda bertukar dari skim pembayaran balik PTPTN kepada skim Ujrah. Skim ini diperkenalkan untuk menggalakkan peminjam menyelesaikan pinjaman pada yuran yang lebih rendah.

Skim konvensional meletakkan caj yuran pentadbiran pada kadar 3% hingga  5% setahun pada baki yang berkurang manakala skim Ujrah meletakkan caj 1% setahun. Menurut laman sesawang PTPTN, jumlah penjimatan boleh mencecah 47%-49% sekiranya anda bertukar kepada skim Ujrah. Peminjam yang memilih skim Ujrah juga menerima manfaat dalam menstrukturkan dan menjadualkan semula pembayaran mereka. Kelebihan ini tidak diperoleh olem pemimjam konvensional.

2. Cari Pendapatan Sampingan, Kawal Perbelanjaan Yang Boleh Menyebabkan Pembaziran

 Walaupun anda diberi tempoh yang lama untuk menyelesaikan bayaran semula, adalah disarankan supaya anda menyelesaikannya seawal mungkin. Bukan sahaja anda tidak perlu membayar banyak untuk faedah, anda juga boleh menyimpan untuk pelbagai lagi rancangan masa hadapan seperti membeli rumah dan sebagainya.

Sekiranya pendapatan anda sekarang terhad, peruntukkan sebahagian daripada bonus tahunan atau perayaan yang diterima dan gunaknnya untuk bayar ekstra hutang PTPTN.

Anda juga boleh mencari pendapatan sampingan atau bekerja secara sambilan untuk mendapatkan pendapatan yang lebih. Satu lagi cara untuk memastikan anda mempunyai tabungan yang cukup untuk menyelesaikan hutang anda ialah dengan mengawal perbelanjaan dan tidak mengamalkan gaya hidup mewah yang berlebih-lebihan.

3. Jadi Pelabur Yang Bijak

Selain itu, anda juga boleh gunakan dividen daripada pelaburan anda untuk membayar hutang PTPTN.  Perkongsian viral yang dikongsikan oleh Alia Syahira boleh digunakan sebagai salah satu bentuk pelaburan yang bijak.

Menurut Alia, beliau telah menggunakan tabung amanah tempatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk melepaskan diri dari beban hutang.

Andaikan anda mempunyai hutang RM28,000 sebagai seorang graduan daripada institut pengajian tinggi awam. Anda perlu memperuntukkan RM500 untuk komitmen ini. Bahagikan RM180 untuk membayar PTPTN secara bulanan setiap bulan manakala RM320 untuk Amanah Saham Bumiputera.

Anda seharusnya dapat mengumpul RM20,544 dalam tempoh lima tahun yang mempunyai dividen  sebanyak 7% setap tahun. Dalam masa yang sama, dengan bayaran RM180 sebulan, anda telah berjaya membanyar sekurang-kurangnya RM10,800. Anda boleh bayar jumlah yang berbaki menggunakan hanya sebahagian daripada wang ASB.

4. Keluarkan Wang Dari Simpanan Persaraan Pekerja

 Satu lagi cara untuk anda menyelesaikan hutang PTPTN anda ialah dengan menggunakan wang simpanan persaraan pekerja . Skim persaraan ini membenarkan anda untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan anda untuk sebab-sebab tertentu.

Namun begitu, anda dinasihatkan untuk menggunakan cara ini sebagai pilihan terakhir setelah anda telah menggunakan pelbagai cara lain untuk menyelesaikan pinjaman pendidikan anda. Simpanan persaraan  sangat penting untuk hari-hari persaraan anda justeru anda sepatutnya menyimpan dengan lebih banyak, bukan gunakannya.

Dikarang oleh Ashraf Wahab untuk BBazaar Malaysia. Disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.com.

BBazaar Malaysia (BBazaar.my) adalah sebahagian daripada BankBazaar International,pasaran utama dalam talian neutral yang membantu pengguna membuat keputusan mengenai produk kewangan seperti pinjaman, insurans, kad kredit, simpanan tetap, akaun simpanan, dana bersama dan banyak lagi. Perkhidmatan BBazaar Malaysia ditawarkan melalui platform yang selamat, mesra pengguna dan intuitif. Ditubuhkan pada tahun 2008, BankBazaar bertumpu kepada penggunaan teknologi untuk menyediakan transaksi tanpa kertas dari mula hingga akhir yang memberi keselesaan kepada pelanggan. Hasilnya adalah pemberian tawaran peribadi hingga ke peringkat individu. Dengan bantuan pasukan khidmat pelanggan yang komited dan komuniti pengguna yang semakin meningkat, BankBazaar adalah cara paling mudah untuk orang ramai mencari dan memilih produk kewangan yang tepat secara dalam talian.

BankBazaar disokong oleh pelabur global berkaliber termasuk Walden International, Sequoia Capital, Fidelity Growth Partners, Mousse Partners, Amazon dan Experian.

Di samping menawarkan produk kewangan, BBazaar Malaysia (BBazaar.my) juga menyediakan artikel yang boleh diakses di: https://blog.bbazaar.my, mengenai topik kewangan dan gaya hidup peribadi setiap hari. Artikel artikel dipermudah kan untuk semua orang dari para pemula hinggalah ke pakar. BBazaar Malaysia (BBazaar.my) percaya bahawa setiap orang perlu diberi peluang untuk belajar mengenai dunia kewangan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend