5 Sebab Permohonan Pinjaman Ditolak Pihak Bank

Apabila kita membuat permohonan pinjaman, tidak semestinya permohonan tersebut akan diterima oleh pihak bank. Bank akan membuat penilaian dahulu untuk meluluskan permohonan tersebut. Di sini disenaraikan 5 sebab yang menyebabkan permohonan pinjaman kita ditolak oleh pihak bank.

1. CCRIS (Central Credit Reference Information System)

CCRIS adalah satu laporan kredit yang memaparkan rekod pembayaran selama 12 bulan. Sebarang tunggakan bayaran, akan dipaparkan dalam rekod CCRIS.

Pastikan tiada rekod tunggakan dalam CCRIS ketika membuat permohonan pinjaman baru. CCRIS boleh didapati di Bank Negara Malaysia (BNM) atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

2. DSR (Debt Service Ratio)

DSR adalah merupakan nisbah komitmen/pendapatan*100. Setiap bank mempunyai DSR yang berbeza-beza untuk meluluskan sesuatu pinjaman.

Contohnya:
Komitmen = 2,000
Pendapatan = 3,000
DSR = 67%

Lebih elok jika kita bertanya dahulu pegawai jualan bank kelayakan DSR sebelum membuat permohonan pinjaman.

3. Baki Akaun

Pihak bank akan meminta pemohon untuk memberikan 3 bulan transaksi terkini dalam akaun. Tujuannya tak lain sebab nak menganalisa corak perbelanjaan dan pendapatan kita melalui transaksi tersebut.

Jika tak sampai setengah bulan baki akaun dah kosong, kemungkinan besar permohonan pinjaman akan ditolak.

Dokumen Tak Lengkap

Kebiasaannya pihak bank akan meminta kita menyediakan salinan slip gaji 3 bulan terkini, salinan kad pengenalan, penyata bank 3 bulan terkini, dan penyata KWSP terkini. Dokumen ini diperlukan supaya pihak bank dapat memproses permohonan pinjaman kita.

Sediakan dokumen seperti yang diminta oleh pihak bank supaya proses permohonan berjalan lancar.

5. Pemaju

Bagi pinjaman perumahan, bank juga akan mengambil kira faktor luaran iaitu latar belakang pemaju. Di antara sebab pemaju disenaraihitam oleh pihak bank adalah kerana bankrap, pernah dikenakan tindakan saman, dan mempunyai rekod buruk seperti projek terbengkalai.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyelidik dahulu latar belakang pemaju sebelum memohon pinjaman perumahan ( semakan boleh dibuat melalui laman web www.kpkt.gov.my )

Untuk makluman, BNM melalui CGC dan AKPK telah menubuhkan Khidmat Nasihat Pembiayaan (MyKNP) yang bertujuan memberikan panduan yang lebih baik kepada pemohon pembiayaan, termasuk meningkatkan kefahaman pemohon tentang faktor-faktor yang mempengaruhi permohonan pembiayaan mereka serta meningkatkan kelayakan mereka untuk mendapatkan pembiayaan pada masa hadapan.

Bagi pinjaman PKS boleh hubungi myknp@cgc.com.my manakala pinjaman perumahan boleh hubungi myknp.akpk.org.my

Ditulis oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Boleh dihubungi melalui emel azharuladha@gmail.com

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend