5 Situasi Yang Membenarkan Anda Mengambil Pinjaman Peribadi

Pinjaman peribadi bukanlah sesuatu yang murah, kerana ia melanjutkan kredit tidak bercagar untuk dibayar balik bersama dengan faedah dalam ansuran yang sama. Namun begitu masih ramai yang membuat permohonan untuk pinjaman peribadi kerana ia boleh diperolehi dalam masa yang singkat bagi memenuhi keperluan yang mendesak.

Tidak seperti pinjaman-pinjaman khusus yang lain seperti pinjaman perumahan atau pinjaman kereta, pinjaman peribadi boleh digunakan bagi memenuhi apa sahaja keperluan. Tetapi sesetengah sebab untuk mengambil pinjaman peribadi lebih masuk akal berbanding sebab-sebab yang lain.

Contohnya seperti 5 situasi di bawah ini, di mana anda mempunyai sebab yang baik untuk mengambil pinjaman peribadi:

1. Apabila Anda Ingin Mengubahsuai Rumah Anda

Mengambil pinjaman peribadi bagi mengubahsuai rumah anda agar ia lebih selesa untuk didiami merupakan suatu keputusan kewangan yang bijak kerana:

  • Anda membuat pelaburan kepada rumah anda, yang merupakan suatu aset yang boleh meningkat nilainya
  • Pinjaman perumahan anda mungkin tidak cukup untuk menanggung kos-kos tambahan seperti kerja-kerja pertukangan, kelengkapan bilik mandi, atau mengubahsuai bilik
  • Anda boleh menyimpan sedikit wang daripada pinjaman tersebut dalam tabung simpanan anda

2. Apabila Anda Ingin Membina Kerjaya Anda

Ia merupakan suatu idea yang bernas jika anda mengambil pinjaman peribadi untuk meningkatkan sebarang kemahiran profesional anda dengan menyertai sesebuah kursus ataupun melanjutkan pengajian tinggi sekiranya anda tidak mampu membayar yuran.

Dengan cara ini, anda sebenarnya membuat pelaburan ke atas diri anda, yang memungkinkan anda untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dan seterusnya memperoleh gaji yang lebih lumayan.

Tetapi jika anda hanya ingin meningkatkan sebilangan kemahiran profesional anda, jangan lupa layari portal-portal dalam talian seperti udemy.com dan LinkedIn Learning yang menawarkan pelbagai kursus-kursus yang percuma atau murah. Anda pastinya tidak memerlukan sebarang pinjaman dalam hal ini!

3. Apabila Anda Ingin Membayar Semula Segala Hutang Kad Kredit

Kredit Gambar: Kate Mangostar/Freepik

Pinjaman peribadi amat berguna dalam melangsaikan segala hutang kad kredit yang semakin bertambah bulan demi bulan. Ramai di kalangan rakyat kita yang memohon pinjaman peribadi untuk melangsaikan semua hutang kad kredit mereka kerana kadar faedah bagi pinjaman peribadi adalah lebih sedikit berbanding dengan kadar bayaran kad kredit yang lewat.

4. Apabila Anda Ingin Melangsungkan Perkahwinan

Majlis perkahwinan merupakan sesuatu yang mahal, lebih-lebih lagi jika anda ingin kelihatan hebat dan mewah. Akibatnya, semakin ramai orang yang mengambil pinjaman peribadi bagi menanggung segala keperluan majlis, seperti bersanding atau majlis resepsi dan juga untuk berbulan madu, di mana wang simpanan mereka tidak mencukupi.

Dengan cara ini mereka dapat memastikan yang hari istimewa mereka (ataupun sebarang pembayaran berkaitan yang lain) tidak akan terjejas meskipun wang simpanan mereka tidak mencukupi, dan mereka juga dapat mengurangkan beban kewangan terhadap ibu bapa dalam menanggung perbelanjaan perkahwinan.

Nasihat kami: tidak mengapa bagi anda untuk menanggung perbelanjaan perkahwinan anda dengan pinjaman peribadi jika anda tidak mempunyai simpanan, tetapi anda harus ingat bahawa anda hendaklah membuat pembayaran balik bagi pinjaman tersebut beserta faedahnya. Jadi yang penting sekali di sini ialah jangan berbelanja terlalu boros untuk majlis anda, dan cuba tetapkan bajet bagi setiap keperluan yang ada, contohnya seperti baju pengantin anda, fotografi pra-perkahwinan, hadiah, bilangan tetamu yang dijemput, tempat majlis diadakan, dan sebagainya.

5. Apabila Anda Berpindah Ke Rumah Baru

Berpindah ke rumah baru sama ada di bandar atau negara yang sama atau berlainan dengan membawa barangan anda merupakan sesuatu yang agak mahal, dan ramai juga orang yang mengambil pinjaman peribadi bagi menanggung segala perbelanjaan untuk berpindah. Cara ini juga membolehkan mereka menyimpan sedikit wang yang ada di dalam akaun simpanan setelah membuat pembayaran untuk tempat tinggal yang baru.

Jika pekerjaan baru anda memerlukan anda supaya berpindah lokasi, tanya majikan baru anda sekiranya mereka boleh menanggung (sekurang-kurangnya separuh) perbelanjaan untuk berpindah. Memindahkan perabot-perabot yang besar boleh menjadi mahal terutama bagi jarak perjalanan yang jauh, jadi beringat-ingatlah.

Beberapa Perkara Penting Yang Lain

Berapa banyak jumlah pinjaman peribadi yang anda terima dan pada kadar yang berapa bergantung kepada skor kredit anda. Jika anda membayar pinjaman peribadi anda sepenuhnya mengikut masa yang ditetapkan, skor kredit anda akan semakin meningkat. Ini mencerahkan lagi peluang anda untuk mendapatkan pinjaman yang besar seperti pinjaman perumahan dengan kadar faedah yang lebih murah di masa akan datang.

Berikut Adalah 5 Peraturan Terpenting Untuk Anda Ingat Sebelum Memohon Pinjaman Peribadi:

  • Ambil pinjaman peribadi sekiranya perlu sahaja
  • Jangan sesekali meminjam wang lebih daripada yang sepatutnya hanya kerana anda layak untuk menerima jumlah pinjaman yang lebih besar (ikutlah keperluan anda)
  • Pastikan anda tahu berapa banyak jumlah ansuran yang perlu dibayar semula (pertimbangkan kadar faedah yang paling efektif buat anda, dan bukan kadar faedah yang termudah) dan buat permohonan hanya jika anda mampu membayar balik bayaran bulanannya
  • Bandingkan semua pilihan pinjaman peribadi yang ada dan pilihlah yang terbaik mengikut keperluan anda
  • Jangan sesekali mengambil pinjaman peribadi bagi pihak lain

Dan jika anda mencari pinjaman peribadi, kami mempunyai berita baik! Mohon sekarang untuk Pinjaman Peribadi Standard Chartered CashOne atau Pinjaman Peribadi Citi Bank, di Bbazaar Malaysia, dan dapatkan baucer Tesco bernilai RM50 untuk pinjaman. T & Cs dikenakan.

Ditulis oleh BBazaar Malaysia.
Diterjemahkan oleh Dayana Sobri.
Artikel ini disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.com.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend