7 Cara Nak Bayar Hutang PTPTN, Pilihlah Yang Mana Sesuai

Alhamdulillah hutang PTPTN penulis dah selesai 5 tahun lepas. Diberi rezeki untuk masuk umur 40an dengan tenang.

Apakah status hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional anda? Masih belum bayar sepenuhnya? Masih banyak yang tertunggak? Atau belum mula bayar?

Bagi mereka yang berniat nak bayar tu, tahniah kerana menunaikan tanggungjawab sekaligus membolehkan lebih ramai lagi orang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Tapi ramai juga yang tidak tahu cara untuk membuat pembayaran kepada pihak PTPTN.

Jangan risau, jom kita tengok 7 cara bayar PTPTN yang terkini. Bolehlah tengok cara mana yang mudah untuk kita laksanakan.

1. Bayar Di Kaunter

Kita boleh membuat pembayaran PTPTN melalui kaunter secara walk-in. Kita boleh membayarnya di cawangan PTPTN seluruh negara, kaunter-kaunter di Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional dan juga di Pejabat Pos Malaysia.

Kena ambil nombor giliran dan mungkin mengambil masa sedikit untuk sampai giliran kita untuk bayar di kaunter.

2. Melalui Potongan Gaji

Dengan membuat potongan gaji, ianya memudahkan urusan kita dalam membayar hutang PTPTN. Potongan gaji boleh dibuat melalui majikan atau Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Namun, kita harus rujuk kepada pihak PTPTN terlebih dahulu terutamanya tentang jumlah bayaran bulanan dan tempoh bayaran balik.

Kita juga boleh mendapatkan Borang Kebenaran Potongan Gaji Bayaran Balik di Portal Rasmi PTPTN. Cetak dan isi borang dengan lengkap, kemudian hantar borang tersebut beserta nama dan alamat majikan kepada PTPTN.

3.  Perbankan Internet

Bagi yang gemar menggunakan perbankan internet, kita semestinya boleh membayar hutang PTPTN dengan cara ini yang mudah dan selamat.

Hampir semua bank popular di kalangan rakyat Malaysia boleh, seperti Maybank, Ambank, Bank Islam, Public Bank, RHB Bank, Bank Rakyat, Pos Online, Agrobank, Affin Bank, CIMB dan juga Bank Simpanan Nasional.

4. Portal Rasmi PTPTN (FPX)

PTPTN juga menyediakan perkhidmatan bayar balik menggunakan FPX, di mana kita boleh login daripada laman web PTPTN. Di antara akaun bank yang boleh anda gunakan adalah Bank Islam, Bank Rakyat, Public Bank, Maybank, Ambank, Hong Leong Bank, RHB Bank, United Overseas Bank (UOB), Bank Muamalat, Affin Bank, Alliance Bank dan CIMB bank.

Malah, kita juga boleh bayar menggunakan kad kredit seperti Visa, MasterCard dan American Express.

5. Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Cara ni mungkin tak ramai yang tahu, tapi sebenarnya kita juga boleh membayar PTPTN dengan kaedah pengeluaran KWSP melalui dua cara.

Pertama, kita perlu mengisi Borang Permohonan Pengeluaran Pinjaman Pendidikan di Pejabat KWSP. Kedua, kita boleh membuat e-pengeluaran melalui online sahaja. Mana satu pilihan anda?

6. Electronic Data Capture (EDC) Terminal

Seterusnya, kita boleh membuat bayaran di seluruh kaunter PTPTN seluruh negara dengan menggunakan kad kredit (Visa dan Mastercard), kad debit atau pun kad ATM bank-bank tempatan yang mempunyai logo MEPS di bahagian kad tersebut.

Tapi kaedah ini memerlukan kita walk-in ke cawangan PTPTN, dan mungkin mengambil masa sedikit untuk setel.

7.  MyPay PTPTN

Cara terakhir untuk kita bayar PTPTN adalah melalui platform yang disediakan oleh pihak kerajaan. Kerajaan telah menyediakan Portal Rasmi Online Perkhidmatan Mudah Alih Kerajaan Malaysia iaitu www.mygovmobile.malaysia.gov.my.

Layari sahaja portal online ini untuk membuat pembiayaan.

Sumber:  PTPTN

Hutang Wajib Dibayar

Itulah dia 7 cara untuk membayar hutang PTPTN yang terkini bagi tahun 2019 yang ramai tak tahu. Semoga dengan adanya sedikit sebanyak info terkini ini, ianya dapat memudahkan urusan kita semua. Jemput terjah laman web rasmi PTPTN untuk maklumat lanjut.

Nakkan lagi tips power berkenaan PTPTN ni? Jemput baca:

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Ports,  Namun Perlu Patuhi Dasar – Anthony Loke

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Kementerian Pengangkutan (MoT) tidak mempunyai sebarang halangan jika MMC Corp Bhd berhasrat menjual 49 peratus kepentingannya dalam MMC Port Holdings Bhd (MMC Port) termasuk kepada syarikat asing, namun perkara berkaitan konsesi dan status pemilikan aset utama negara perlu diteliti.

Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata walaupun aspek berkaitan penjualan pegangan saham berkenaan adalah keputusan korporat, sebarang perubahan terbabit perlu dimaklumkan kepada kementerian selain mematuhi dasar kerajaan yang menetapkan bahawa 51 peratus aset utama negara dipegang oleh syarikat tempatan.

“Saya tidak dimaklumkan lagi berkenaan hal itu (rancangan MMC untuk menjual pegangan saham) tetapi sekiranya ini melibatkan konsesi, sebarang perubahan pemilikan perlu dimaklumkan kepada MoT.

“Penglibatan syarikat asing dalam sektor pelabuhan juga bukanlah sesuatu yang baharu…sebagai contoh, 30 peratus pegangan PTP (Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd) dimiliki oleh Maersk-Line,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran stesen pengecasan kenderaan elektrik Evlution bersama Mastercard dan RHB Bank Bhd di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan syarikat pelaburan berpangkalan di New York, Global Infrastructure Partners (GIP) menangguhkan rancangan pembelian sehingga 49 peratus kepentingan dalam MMC Port yang juga unit perniagaan konglomerat pelabuhan MMC Corp Bhd di bawah kawalan tokoh korporat terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Syed Mokhtar dilaporkan memohon penilaian bernilai RM15 bilion hingga RM20 bilion bagi syarikat itu yang akan menjadikannya sebagai urus niaga terbesar berkaitan pelabuhan di negara ini.

Sementara itu, majlis hari ini merupakan inisiatif awal EVlution untuk menyediakan 2,000 unit stesen pengecas EV di seluruh negara menjelang 2025, memudahkan akses pengguna kenderaan elektrik untuk mengecas kenderaan mereka di lokasi-lokasi strategik seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Evlution Jeffrey On berkata syarikat itu telah menetapkan sasaran tinggi bagi pemasangan 100 stesen pengecas EV di kawasan-kawasan metropolitan sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Johor.

“Kami sedang dalam proses penawaran bagi program Solar Berskala Besar (LSS) rundingan kelima tahun ini untuk mengukuhkan lagi komitmen terhadap penyelesaian tenaga lestari bagi masa depan lebih cerah,” katanya.

EVlution juga setakat ini merupakan satu-satunya Pengendali Titik Pengecasan (CPO) di Malaysia yang menyediakan sistem pembayaran tergabung bagi membolehkan pengguna membayar pengecasan EV melalui aplikasi mudah alih EVlution atau menggunakan kad fizikal. 

“Melalui kerjasama strategik dengan RHB dan Mastercard, EVlution memperkenalkan platform pembayaran terkini yang memudahkan transaksi dan memajukan penyelesaian mobiliti lestari,” katanya.

— BERNAMA