Amalkan Teknik 5C Agar Pembiayaan Perumahan Senang Lulus

Pembiayaan perumahan menelan jumlah wang yang banyak. Tidak hairanlah jika permohonannya lebih ketat dan sukar untuk diluluskan berbanding dengan pinjaman peribadi atau pinjaman kenderaan.

Walaubagaimanapun membeli rumah pada usia muda dengan gaji yang kecil bukanlah sesuatu yang mustahil. Banyak cara dan teknik yang telah dikongsikan, terpulang kepada anda untuk mengikut teknik tersebut atau terus menerus mencipta alasan. Sebagai panduan tambahan, Amir Syahir berkongsi tips agar pinjaman perumahan senang lulus.

“Ramai yang kata bank susah nak luluskan pembiayaan perumahan. Betul ke?”

Bank orang berniaga. Mereka hanya mahu berniaga dengan orang yang mampu memberi mereka untung dan yang mahu mendapatkan keuntungan.

Memang betul bank makin berhati-hati untuk meluluskan permohonan pembiayaan perumahan. Tapi, jika kau mempunyai kewangan yang kuat dan kukuh, bank pula akan menawarkan pembiayaan kepada kau.

Ramai tak layak dapat pembiayaan perumahan sebab tak analisa kewangan sendiri.

Jom baca apa 5C yang perlu kau orang ada sebelum memohon pembiayaan perumahan.

1. Character (Siapa Anda)

Asal, pekerjaan, rekod kewangan, sumber pendapatan. Adakah kau pembayar pembiayaan yang baik? Adakah pendapatan kau mampu untuk membayar ansuran. Adakah kau individu yang berisiko seperti sering bertukar tempat kerja? Umur lebih 35 tahun? Ataupun laporan CCRIS koyak?

2. Collateral (Jaminan/Cagaran/Sekuriti)

Kalau nak beli rumah pertama, jaminan cagaran adalah rumah kau. Jika kau tak mampu, bank akan ambil balik. Jadi, rumah yang kau nak beli haruslah ada nilainya yang tersendiri. Kalau rumah kau orang kena lelong, peluang untuk mendapatkan pembiayaan sekali lagi memang tipis.

3. Capacity (Keupayaan Bayaran Balik)

Keupayaan kau orang untuk membayar balik pembiayaan yang telah diberi. Bagaimana kau nak buktikan kau orang mampu bayar balik. Kau juga dinilai berdasarkan rekod pembayaran balik melalui laporan CCRIS. Jika rekod pembayaran balik kau barai, kau kena baiki dulu.

4. Conditions (Syarat-syarat)

Syarat-syarat yang bank tetapkan. Ketahui S.O.P mereka. Komitmen hutang kau yang lain. Berapa Debt Service Ratio (DSR) kau orang. Pastikan DSR bawah 70%.

5. Capital (Modal)

Kalau nak beli rumah, pastikan ada modal yang mencukupi. Segala aset, simpanan, keuntungan pelaburan, ASB, Tabung Haji semua boleh dijadikan modal untuk menunjukkan kau orang memang mempunyai modal yang kuat. Katakan pembiayaan perumahan pertama bank hanya bagi 85%. Jadi, kau kena ada back up plan.

Jadi, belilah rumah banyak mana pun kalau kau mahu. Selagi kau boleh buktikan yang kau tak perlu bayar ansuran dan orang lain yang tolong bayarkan rumah tersebut. Kau kena ada dokumentasi yang lengkap. Segala transaksi pembayaran kena telus, tepat mengikut isi kandungan dokumentasi.

Pegawai bank lagi suka jika ada seseorang yang berkemampuan untuk mereka luluskan pembiayaan perumahan. Dapat banyak komisen.

Sekarang tengok kewangan sendiri. Baiki profil kewangan. Tambahkan simpanan. Jangan nak salahkan orang sebab mampu beli rumah banyak padahal ansuran kereta kau pun dah mampu beli dua buah rumah. Kah!

Kredit: Amir Syahir

Ambil Tahu Juga Laporan Kredit (Credit Report) Anda

Selain daripada mengamalkan teknik 5C di atas, ambil tahu juga laporan kredit anda. Sebab apa kena ambil tahu? Sebab sekurang-kurangnya kita tahu kedudukan kewangan kita pada hari ini. Dah tahu kekurangan diri, berusahalah untuk memperbaikinya.

Bank sudah semestinya sayang orang yang mempunyai skor yang tinggi, dan tiada halangan untuk meluluskan pembiayaan. Siap bagi kadar pembiayaan yang terbaik lagi.

Boleh tengok-tengok RAM Credit Info, mereka ada produk bernama RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini megandungi maklumat seperti i-Score (skor kredit), CCRIS, SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Contoh laporan RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP):

Dapat gred 10 tu kira dah terbaik, bermaksud kedudukan anda dalam keadaan yang terbaik. Bank pun mesti suka kalau anda datang berjumpa mereka untuk membuat pembiayaan.

Sama macam CCRIS, kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Bukan mahal pun, hanya RM15.00 untuk mendapatkan laporan tersebut secara on-line.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend