Fahami CCRIS Dan CTOS Untuk Lulus Pinjaman

Impian memiliki harta sama ada kereta, rumah atau tanah boleh dilaksanakan dengan membuat pinjaman. Apa yang menjadi teka- teki di fikiran kita semua adalah bagaimana cara untuk lulus pinjaman dengan mudah dan lancar?

Jom kita fahami “double C” iaitu CCCRIS dan CTOS.

1. Central Credit Reference Information (CCRIS)

Central Credit Reference Information (CCRIS) ialah satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang. Ia dikawal selia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Di dalam laporan CCRIS terdapat maklumat-maklumat berikut:

  • Pinjaman tertunggak (outstanding balance)

Semua orang mempunyai komitmen bulanan seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman pelajaran dan lain-lain. Laporan CCRIS memaparkan jumlah keseluruhan dan baki pinjaman yang tertunggak, termasuklah kelakuan pembayaran dan status undang-undang. Berdasarkan laporan ini pihak bank akan mengira komitmen bulanan kita kemudian ditambah dengan komitmen yang baru. Sekiranya lebih dari kemampuan pemohon, pihak bank akan minta tambah guarantor atau deposit untuk kurangkan komitmen.

Apakah kelakuan pembayaran?

Kelakuan pembayaran ialah sikap kita terhadap komitmen bulanan untuk tempoh setahun. Pernahkah kita tertangguh membuat pembayaran? Kebanyakan orang gagal memperolehi pinjaman kerana CCRISS memaparkan dengan jelas rekod kelakuan pembayarannya. Berikut merupakan contoh rekod pembayaran dan penjelasan:

 

  • Akaun perhatian khusus (Special attention account)

Akaun perhatian khusus adalah seperti Non-Performing Loan (NPL) atau di bawah jadual pengurusan hutang khas yang dirundingkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit  (AKPK). Jika mempunyai rekod ini pihak bank tidak akan proses pinjaman baru sehinggalah pinjaman tersebut selesai.

  • Permohonan pinjaman terdahulu (Previous inquiry)

Laporan ini menunjukkan pinjaman yang pernah di pohon sebelum ini dan status sama ada pending, approve atau reject. Sekiranya terdapat banyak rekod previous inquiry, pihak bank beranggapan bahawa pemohon banyak membuat permohonan tetapi tidak diluluskan pasti ada alasan lain. Sekiranya kita tidak pernah buat pinjaman, maka CCCRIS kita tiada rekod. Kita boleh membuat semakan di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) di seluruh negara.

2. CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS)

CTOS Data Systems Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat persendirian yang memberi kemudahan maklumat kewangan seseorang kepada pihak bank dan syarikat pinjaman berlesen. Rekod CTOS akan disimpan satu tempoh masa. Terdapat 4 bahagian di dalam CTOS iaitu:-

Kesimpulannya CCRIS dan CTOS hanyalah sistem rujukan yang digunakan untuk menilai status kewangan kita sama ada nama kita disenaraihitam atau tidak, maklumat perniagaan berkaitan dan bayaran ansuran lain yang sedang ditanggung.

Baiki kelemahan dalam membayar balik pinjaman sedia ada untuk mengelakkan masalah membuat pinjaman di masa hadapan.

Guna RAMCI Pun Boleh

Dengan RAM Credit Info, mereka ada produk bernama RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda secara online.

Laporan ini megandungi maklumat seperti i-Score (skor kredit), CCRIS, SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Contoh laporan RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP):

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi?

Sama macam CCRIS, kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Bukan mahal pun, hanya RM15.00 untuk mendapatkan laporan tersebut secara on-line.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend