Dekat mana ASB melabur RM144 bilion duit kita?

ASB melabur dimana?

Dah tahu jumlah dividen dan bonus ASB yang diterima untuk 2016?

Khamis lalu, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan dividen ASB sebanyak 6.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 dan bonus 0.50 sen seunit melibatkan pengagihan berjumlah RM10.28 bilion.

Kita semua tahu PNB merupakan pe­ngurus dana unit saham ama­nah terbesar di Malaysia dengan dana yang diuruskan berjumlah RM260 bilion.

Daripada RM220 bilion tersebut, ASB merupakan skim unit saham amanah terbesar dengan jumlah RM144 bilion.

“Dekat manalah agaknya ASB laburkan duit kita tu ye?

68.5% daripada jumlah dana ASB yang dilanggan lebih 9 juta pemegang unit dilaburkan dalam saham-saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia manakala 2.6% dalam sekuriti hutang dan 28.9% dalam tunai.

Pelaburan-pelaburan saham utama itu termasuklah:

1. Malayan Banking Berhad (tidak patuh syariah)
2. Sime Darby Berhad
3. Axiata Group Berhad
4. Tenaga Nasional Berhad
5. Maxis Berhad
6. UMW Holdings Berhad
7.Telekom Malaysia Berhad
8. Petronas Chemical Group Berhad
9. Digi.Com Berhad
10. I&P Group Sdn Bhd
11. CIMB Group Holdings Berhad (tidak patuh syariah)
12. Kuala Lumpur Kepong Berhad
13. IOI Corporation Berhad
14. MISC Berhad
15. Petronas Gas Berhad
16. SP Setia Berhad
17. MMC Corporation Berhad
18. Petronas Dagangan Berhad
19. Fraser & Neave Holdings Berhad
20. Malaysia Airports Holdings Berhad (tidak patuh syariah)

Sumber : Utusan Malaysia & Laporan Tahunan ASB

Tahniah sebab sekarang anda dah tahu ASB melabur di mana.

Tak Puas Hati Dividen Sikit? Melaburlah Sendiri

Nak cerita ni. Kita sebagai rakyat biasa juga boleh jual beli saham yang tersenarai di atas tu dan buat untung. Janji ada Akaun CDS.

Contoh:

Pada Januari 2016 lalu anda mengambil keputusan untuk membeli saham syarikat Sime Darby Berhad (patuh syariah) yang ketika itu berharga RM7.45 sesaham.

(Ingat lagi minima perlu beli adalah 100 unit saham? 100 unit = RM745)

Katakan anda membeli 1,000 unit, maka MODAL = RM7,450.

22 Disember lalu harga saham Sime Darby Berhad adalah RM8.06. Maknanya jika anda menjual semua saham ini ianya akan bernilai RM8,060.

UNTUNG = RM8,060 – RM7,450 = RM610

ROI = UNTUNG / MODAL X 100
ROI = 610 / 7,450 X 100 = 8.19%

Alhamdulillah.

.

Bukan apa, cuma nak cakap yang sekarang kita ada pilihan. Bayangkan jika ada ilmu pelaburan saham dan tahu nak pilih saham-saham patuh syariah yang lebih berpotensi di Bursa Malaysia, maka tak mustahil boleh buat duit.

Atas ni contoh saja. Nak pulangan lebih lagi? Nah…Ini antara Saham Syarikat Paling Untung Tahun 2015 yang disediakan oleh Islamic Capital Market, Bursa Malaysia.

  1. Top Glove – 206%
  2. Petronas Dagangan – 40%
  3. Dutch Lady – 12%
  4. Malaysian Pacific Industries – 112%
  5. Kossan Rubber – 113%

Kalau ikut maklumat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sehingga bulan November 2016 ada lebih kurang 600 syarikat patuh syariah tersenarai di Bursa Malaysia.

Ingat, apabila melabur dalam ASB, pelabur tidak akan rugi kerana ASB ditawarkan pada harga tetap RM1. Ini bermakna pelabur tidak berdepan risiko kehilangan modal.

Berbeza dengan pelaburan di pasaran saham, risiko rugi itu pasti disebabkan turun naik harga saham. Tetapi kalau ada ilmu, memang boleh buat duit dan kuranglah risiko untuk rugi.

Nasihat Pak Teh, carilah sifu pelaburan saham yang berpengalaman dan mampu membimbing secara berterusan. Bak kata orang carilah guru yang boleh beri kita pancing untuk memancing ikan, dan bukan dia kasi je ikan tu. Faham tak ni?

Dengar cerita salah seorang ikon Bursa Malaysia iaitu Tuan Hj Mohd Asri ada buat roadshow satu Malaysia dan boleh buka Akaun CDS percuma, cuba terjah tengok.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend