Orang Bisnes Online Nak Ada KWSP Sendiri? Ini Caranya

Saya pasti ramai di antara kita atau kenalan kita yang berniaga online. Ada yang menubuhkan syarikat Sendirian Berhad, dan ada yang mempunyai syarikat Enterprise.

Tidak seperti golongan yang makan gaji dan mempunyai KWSP, mereka ini ada juga tabung persaraan dengan memotong sebahagian daripada gaji mereka serta sumbangan daripada majikan. Maklumlah, mereka yang bergaji ini wajib untuk mencarum.

Tapi bagaimana pula dengan mereka yang bisnes online? Boleh mencarum juga ke dalam KWSP?

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia – Pilihan Bisnes Online

Ya, kini anda yang mempunyai bisnes online dah boleh mencarum sendiri dengan jumlah minima RM50 sebulan. Mungkin tak banyak, tapi ini dapat juga menggalakkan anda untuk memiliki skim pencen sama seperti mereka yang bergaji tetap. Kalau mampu nak carum lebih, dipersilakan.

Apa Itu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia?

Merujuk kepada Laman web KWSP, Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.

Definisi Bekerja Sendiri Dan Tiada Pendapatan Tetap

Di antara pihak yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap adalah:

  • Petani / nelayan / pemandu teksi
  • Peniaga kecil / penjaja / peniaga pasar malam / peniaga uptown
  • Baby-sitter
  • Ejen menerima komisyen seperti ejen insurans/takaful dan ejen hartanah
  • Freelancer seperti menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding
  • Pemilik perniagaan samada pemilik tunggal atau rakan kongsi yang membeli dan menjual barangan serta perkhidmatan
  • Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
  • Pemilik praktis sendiri seperti akauntan, doktor dan peguam
  • Surirumah
  • Pekerja Berpencen

Bagaimana Nak Memohon? Ikuti 3 Langkah Ini

1. Daftar Sebagai Ahli KWSP Melalui 5 Cara Berikut:

(i) Mendaftar secara automatik

Anda akan didaftarkan sebagai ahli KWSP secara automatik apabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan anda.  Pendaftaran ini dibuat berdasarkan kepada nama dan nombor kad pengenalan anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Akaun anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

(ii) Pendaftaran melalui kaunter

Anda perlu hadir di mana-mana Cawangan KWSP dan pendaftaran dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pengesahan MyKad. Walaubagaimanapun, jika pengesahan melalui MyKad gagal atau anda bukan warganegara Malaysia, anda perlu melengkapkan borang KWSP 3(Daftar). Anda akan menerima notis beserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.

(iii) Pendaftaran melalui mel

Anda boleh mengemukakan borang KWSP 3 (Daftar) secara mel jika tidak dapat hadir di mana-mana Cawangan KWSP. Pendaftaran dibuat menggunakan maklumat anda yang telah dilengkapkan dalam borang pendaftaran. Anda akan menerima notis beserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.

(iv) Pendaftaran melalui i-Akaun majikan

Majikan boleh mendaftarkan anda sebagai ahli KWSP melalui i-Akaun majikan. Majikan perlu memasukkan maklumat demografik anda seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, jantina dan lain-lain maklumat anda dengan tepat ke dalam sistem dan menghantar maklumat anda ke KWSP. Anda akan menerima notis beserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.

(v) Pendaftaran melalui kios

Sumber: rojaklah

Anda hanya perlu membawa MyKad dan hadir di mana-mana Cawangan KWSP atau di mana-mana lokasi yang mempunyai Kios KWSP untuk melaksanakan pendaftaran. Pendaftaran dilaksanakan dengan menggunakana kaedah pengesahan MyKad. Anda akan menerima notis beserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.

2.

Muat Turun Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia [KWSP 16G (1M) Atau Walk-In Mana-Mana Cawangan KWSP Dan Isi Borang Tersebut

3.

Isi Borang KWSP 6A(2) Dan Buat Bayaran Minima RM50

Tips Nak Dapat RM250 Setahun Daripada KWSP

Bagi anda yang berada dalam kategori bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, ini caranya nak dapat RM250 setahun daripada KWSP.

Apabila anda dah ikuti 3 langkah di atas, pastikan akaun tersebut mempunyai RM1,667 di dalamnya. Ini kerana kerajaan Malaysia akan menyumbang 15% atau maksima RM250 setahun ke atas jumlah di dalam akaun Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia. Dan sumbangan ini berkuatkuasa 1 Januari 2018 sehinggalah tahun 2022.

Jadi kalau nak lagi senang, bila buka akaun tersebut, terus masukkan RM1,667. Kemudian anda hanya perlu tunggu selama setahun, dividen dapat, RM250 pun dapat.

Kalau rasa tak nak bayar lump sum, pastikan anda membuat caruman bulanan. Guna perbankan internet dengan Maybank dan Public Bank pun boleh.

Renung Seketika Bila Nak Bersara Nanti

Memang rasa best bila dah ada online bisnes kan? Lagi best apabila anda juga memikirkan tentang masa depan anda apabila mahu bersara kelak. Takkan nak berniaga sampai bila-bila kan? Nak juga merasa rehat di rumah apabila dah mencapai umur 55 tahun atau 60 tahun nanti.

Jadi pastikan anda mempunyai tabung persaraan yang cukup kelak. Ini kerana KWSP sendiri yang berkata bahawa 70% pencarum yang mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun, menghabiskannya dalam masa kurang daripada 10 tahun. Sedangkan jangka hayat rakyat Malaysia pula semakin meningkat dengan lelaki berada pada umur 72.5 tahun manakala wanita pula berada pada umur 77.4 tahun. Boleh baca lebih lanjut di Harapkan Duit Simpanan KWSP Tidak Cukup Untuk Bersara – Data KWSP.

Kami bukan nak menakut-nakutkan anda, tapi fikir-fikirkanlah sendiri.

Lagi-lagi apabila ada peluang untuk anda dapat RM250 setahun daripada KWSP ini.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend